Jom kenali punca bisul.
Bisul adalah benjolan pada bahagian kulit dimana didalamnya mengandungi nanah. Ia berlaku disebabkan jangkitan kuman pada liang roma yang tersumbat. Bisul boleh tumbuh pada mana-mana bahagian badan tetapi lebih kerap timbul pada bahagian belakang badan, dada dan juga bahagian pinggul.
Sumber: petua[/caption]
Benjolan ini selalunya berada di bahagian kulit dan berwarna merah. Jika ia sudah mengandungi nanah, bahagian tengahnya akan berwarna kekuningan menunjukan ia sudah dipenuhi dengan nanah.
Jika benjolan tersebut terlalu besar dan terjadi kepada seorang bayi, ia mungkin mendatangkan simptom yang lain seperti demam, rasa sejuk dan menggigil.
Pada peringkat awal, saiz bisul biasanya kecil dan kemudian semakin membesar. Kulit di sekitar menjadi merah lalu mula bengkak dan terasa panas apabila disentuh. Ini menunjukkan bahawa jangkitan telah merebak ke kulit di sekitarnya.
Bisul akan makin mengembang dan dipenuhi dengan nanah. Terbentuk dot putih di bahagian atas ketulan ini.
Terdapat 2 punca yang menyebabkan bisul tumbuh dibadan anda iaitu:
1) Jangkitan bakteria
Bakteria Staphylococcus adalah bakteria utama penyebab bisul. Risiko anda untuk mendapat bisul akan meningkat jika anda:
2) Jangkitan folikel
Folikel adalah kawasan tumbuhnya bulu ataupun rambut. Ia boleh terjadi selepas mencukur bulu dimana berlakunya luka dan memberikan peluang kepada kuman di atas kulit untuk masuk ke dalam lalu menyebabkan bisul.
Kebiasannya, bisul tidak berbahaya dan akan sembuh dengan sendirinya. Orang kata, bisul akan pecah sendiri apabila ia masak. Kalau tak tahan, anda juga boleh membeli krim antibiotik yang boleh didapati di farmasi untuk merawat masalah tersebut. Tetapi jika anda dalam kategori dibawah, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor:
Dalam sesetengah kes, bisul boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti:
Bisul yang kecil boleh dirawat di rumah dengan cara:
Jika benjolan tersebut semakin membesar ataupun masih tidak baik, pesakit boleh berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan nanah tersebut. Prosedur tersebut akan dimulakan dengan memberi bius disekeliling kawasan terlibat.
Kemudian, kawasan bisul akan dipotong dan nanah dikeluarkan. Selepas prosedur tersebut, pesakit selalunya akan diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan kuman yang masih ada.
Terdapat beberapa cara-cara untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat bisul. Cara-cara dibawah fokus kepada cubaan untuk mengurangkan jangkitan yang disebabkan bakteria staphylococcus iaitu:
Ada beberapa petua untuk mengehilangkan bisul dengan cepat dan selamat yang ingin kami kongsikan kepada anda iaitu:
Masukkan satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
Untuk petua ini, anda memerlukan 1 sudu madu, 1 sudu tepung dan 1 biji kuning telur. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati & sejukkan didalam peti ais. Apabila sudah sejuk, sapukan ke atas bisul dan biarkan sehingga kering. Apabila campuran kering, letakkan yang baru. Ulang sehingga bisul anda kecut.
Sapukan kapur sirih ke atas bisul supaya cepat kecut.
Ambil seulas bawang putih & tumbuk sehingga halus. Letakkan di atas bisul dan balut supaya bawang tidak jatuh. Ulang sehingga bisul anda mengecut.
Itulah dia info tentang bisul yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput baca petua hilangkan sakit gigi dan petua hilangkan bisul.