Langkau ke kandungan
Bidadari
Menu

Ketahui Tanda-Tanda Kita Terkena Penyakit Kayap

Pernahkah anda dengar mengenai penyakit kayap ? Atau adakah anda salah seorang yang pernah terkena penyakit kayap? Penyakit kayap lazimnya terkena kepada…

KesihatanDikemas kini 12 Julai 2020oleh aqirah
Imej ruam merah pada kulit sebagai tanda jangkitan penyakit kayap atau zoster.

Ringkasan Ringkas

  • Kayap atau zoster ialah ruam kulit akibat jangkitan virus saraf, lazimnya menyerang individu dengan antibodi lemah.
  • Tanda-tandanya termasuk demam, loya, pening, sakit kepala, sengal, ruam, hilang selera makan, dan kulit rasa gatal atau panas.
  • Gejala lebih teruk menyebabkan gelembung air di bahagian tertentu badan dan sakit teramat apabila kulit disentuh.
  • Antara jenis kayap ialah kayap api, kayap katak, kayap harimau, dan kayap ular.
  • Kayap ular adalah jenis paling merbahaya kerana ruamnya menjalar, boleh menyerang urat saraf, dan berpotensi membawa maut.
  • Penghidap tanda-tanda kayap dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.

Pernahkah anda dengar mengenai penyakit kayap ? Atau adakah anda salah seorang yang pernah terkena penyakit kayap? Penyakit kayap lazimnya terkena kepada individu yang mempunyai antibodi yang lemah dan pernah terkena demam cacar air atau ‘chicken pox’. Apakah tanda-tanda awal terkena penyakit kayap? Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tanda-tanda terkena penyakit kayap. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Kayap

tanda penyakit kayap

Imej via Facebook

Kayap dikenali sebagai zoster. Ia adalah ruam kulit akibat jangkitan virus saraf. Penyakit kayap, tidak ramai yang benar-benar tahu mengenai jangkitan ini.

Tanda-tanda dijangkiti kayap

  • Badan akan berasa nak demam
  • Tekak rasa loya dan mual
  • Pening berpanjangan dan sakit kepala
  • Badan dijangkiti ruam
  • Badan rasa sengal dan sakit
  • Hilang selera makan
  • pesakit akan dijangkiti gelembung air pada bahagian tertentu di badan untuk jangkitan yang lebih teruk
  • pesakit alami sakit teramat sangat apabila disentuh pada kulit
  • kulit juga akan rasa gatal2 dan kulit merasa panas seperti terbakar

Jenis-jenis penyakit kayap

1.. kayap api 2.. kayap katak 3.. kayap harimau 4.. kayap ular

Kayap Ular

🍁 Kayap ular menyerang dibelakang badan 🍁 Paling merbahaya dan boleh membawa maut, boleh akibatkan badan kurus akibat hilang selera makan. 🍁 Kayap jenis menjalar / melilit (merebak). 🍁 Boleh terjadi dimana-mana bahagian badan. 🍁 Bermula dari tengah belakang dan menjadi semakin panjang sehingga mengelilingi badan ke bahagian dada. 🍁Ada juga menyerang bahagian dada saja. boleh menyerang bahagian urat saraf ‘rasa’. 🍁 Biasanya ruam kayap ular ini berkumpul ataupun berbaris mengikut lengkaran urat saraf ‘rasa’. 🍁 Bila ini terjadi, seseorang akan merasa pening2 dan sakit diikuti pula dengan tumbuhan ruam di bahagian dahi dan di bahagian tepi mata. *Berikut adalah tanda-tanda terkena penyakit kayap. Di atas juga menunjukkan contoh salah satu penyakit kayap iaitu kayap ular yang sangat merbahaya. Jadi, jika ada tanda-tanda penyakit kayap, anda dinasihatkan untuk terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.