Hari yang paling gelisah bagi para wanita adalah hari mereka akan melahirkan anak pertama mereka. Ia adalah hari yang paling gelisah dan dalam pada masa yang sama perasaan gembira itu ada untuk menyambut anak.

Tetapi bagaimana jika bayi yang sepatutnya dilahirkan pada hari tertentu, dilahirkan awal? Atau dengan nama lainnya, bayi pramatang. Pasti si ibu akan berasa takut dan risau jika bayi yang dilahirkan pramatang.

Apakah tanda-tanda ibu melahirkan bayi pramatang?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tanda-tanda ibu melahirkan bayi pramatang. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

tanda lahir bayi pramatang
Imej via mypositiveparenting.org

Tanda-tanda melahirkan bayi pramatang

Antara tanda-tanda dan simptom kelahiran pramatang termasuk:

➡️Berlaku kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap dalam masa satu jam (lima atau lebih kontraksi dalam masa sejam).

➡️Lelehan air dari vagina (ini mungkin menunjukkan air ketuban anda telah pecah).

➡️ Rasa kejang di bahagian bawah perut yang datang sekejap-sekejap.

➡️ Rasa sakit di bahagian bawah garis pinggang yang datang sekejap-sekejap.

➡️Tekanan pada tulang pelvik di mana terasa seperti kepala bayi menekan ke bawah.

➡️Kekejangan di bahagian abdomen yang terjadi dengan atau tanpa cirit birit.

➡️Peningkatan atau perubahan keputihan vagina.

Jika anda merasai simptom-simptom tersebut maka segera hubungi doktor sakit puan (jika membuat pemeriksaan di hospital swasta) atau terus ke hospital berhampiran.

Satu-satunya cara untuk mengetahui anda akan melahirkan bayi pramatang adalah dengan pemeriksaan pada serviks. Jika serviks sudah terbuka, kelahiran pramatang akan bermula.

Punca bayi Pramatang

1) Anemia

2) Jangkitan kuman pada pundi kencing

3) Keputihan yang banyak

*Info-info ini sedikit dapat memberi persediaan untuk si ibu menghadapinya. Jangan rasa bimbang atau takut, dapatkan rawatan di klinik pakar puan atau di hospital yang berdekatan. Juga, ikut jadual berjumpa doktor dan nasihat yang diberikan.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.