Kencing kotor ini berlaku apabila kuman telah memasuki saluran air kencing. Jadi, apabila terkena kencing kotor, ia sememangnya memeritkan dan menyakitkan lebih-lebih lagi di bahagian pundi kencing. Ia selalu berlaku di kalangan wanita.

Menurut kajian, hampir 50% wanita akan mengalami kencing kotor atau jangkitan kencing sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Daripada jumlah ini, 20% daripada mereka yang pernah terkena kencing kotor akan mengalaminya lagi.

Apakah tanda-tanda kita ada kencing kotor dan bagaimanakan cara untuk mencegahnya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 9 tanda rahim jatuh. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Tanda-tanda kencing kotor

tanda dan cara cegah kencing kotor
Imej via Facebook

⚠️Pedih semasa kencing

⚠️Kerap kencing

⚠️Tidak dapat mengawal kencing.

⚠️Kerap kencing malam

⚠️Sakit bahagian ari-ari

⚠️Kencing keruh / berbau / berdarah

⚠️Radang buah pinggang akut

⚠️Demam,sejuk dan menggigil

⚠️Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang

⚠️Loya dan muntah

⚠️Tanda-tanda dan gejala radang pundi kencing

⚠️Renjatan septik – perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.

Cara mencegah kencing kotor

tanda dan cara cegah kencing kotor
Imej via Facebook

1. Banyakkan minum air.

2. Jangan tahan kencing.

3. Jaga kebersihan alat sulit

4. Guna pakaian longgar

5. Buang air kecil sebelum dan selepas buat seks

6. Tukar tuala wanita dengan lebih kerap

7. Kurangkan kafein

8. Ambil vitamin C

*Bagi para wanita diluar sana, perlu berhati-hati kerana majoriti yang ada kencing kotor adalah wanita. Jangan pernah sesekali tahan kencing, jika rasa mahu terkencing cepat-cepat pergi ke tandas untuk melepaskan hajat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.