Ketahui tanda hati hitam. Kebaikan seringkali membuatkan hati seseorang manusia itu tenang, manakala hati yang penuh keburukan akan menjadikan seseorang itu gelisan dan tidak tenteram.
Pada awalnya, setiap hati manusia itu adalah putih dan bersih, namun setiap kali melakukan dosa akan tertinggal satu titik hitam dan kesan tersebut menjadi bertambah banyak apabila melakukan lebih banyak dosa yang yang lain. Dan jika tidak dibersihkan semula hati tersebut menjadi semakin hitam, keras serta tidak takut melakukan apa-apa dosa lagi.
Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa tanda hati sudah mula hitam, apabila berbuat dosa, kita tak rasa bersalah, hilang kemanisan beribadah dan, hati yang tidak makan nasihat.
Terdapat banyak petanda apabila hati seseorang sudah menjadi hitam, antaranya;
Solat, jika ditinggakan sekali sahaja, dosanya sudah sangat besar. Bahkan sedikit demi sedikit cahaya keimanan akan ditarik sehinggalah dia tidak berasa apa-apa salah lagi jika tidak bersolat. Apatah lagi jika tidak mendirikan solat banyak kali, sudah pasti semakin berganda dosa yang diterima.
Hati yang mati adalah tidak merasa gelisah jika tidak melakukan apa-apa ibadah, bahkan tidak menyesal dengan kesalahan yang dilakukan.
Hati yang hitam tetap akan tenang kerana dosa-dosanya telah menutup hati, dan dengan itu mereka tidak berasa apa-apa kesalahan lagi. Bahkan tetap berasa tenang tanpa gusar kerana sudah menjadi kebiasaan baginya.
Hati yang telah hitam tidak akan tersentuh atau terpengaruh dengan ayat-ayat suci al-Quran, bahkan berpaling darinya. Berbeza dengan umat mukminin, hati mereka akan bergetar jika mendengar atau membaca ayat-ayat al-Quran.
Firman Allah;
“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.”
(Muhammad : 24)
Hati yang hitam berasakan tidak perlu memikirkan soal agama dan masa yang ada dihabiskan untuk melakukan hal lain.
Firman Allah :
“Mereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(an-Nahl : 108)
Hati yang hitam adalah sahabat baik dalam hal yang berunsur maksiat. Ini kerana tidak ada rasa takut dan bersalah dalam hati pemiliknya. Bahkan tidak terbuka hati untuk mempercayai azab dan balasan atas perbuatan mereka.
Golongan yang memiliki hati yang hitam ini sangat tidak gemar mendengar nasihat atau kebaikan lain. Jika dengar pun, bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Dari hati yang hitam itu akan lahir ke mulut dengan kata-kata yang buruk, begitulah sebaliknya. Kata-kata itu adalah pernan penting menunjukkan hati seseorang. Fitnah, mengumpat, mengeji itu dengan perlahan-lahan akan terus mematikan hati seseorang.
Sebuah hati yang telah mati, tidak akan melihat apa-apa peringatan bahkan tidak memiliki sedikitpun rasa takut serta kesal. Disebabkan itulah mereka berterusan melakukan dosa dan kesalahan.
Hati yang hitam sangat cintakan dunia dan melakukan apa-apa sahaja untuk memiliki dunaiawi. Tidak takut dan ingat akan kematian dan tidak sedar dunia ini akan berakhir kelak.
Hati yang hitam sememangnya tidak pernah terpengaruh jika Allah menurunkan ujian dan dugaannya. Baginya itu adalah satu musibah yang diikuti dengan cercaan dan tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.
Allah SWT berfirman;
“Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahwa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, dan mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?”
(at-Taubah:126)
Jauh sekali untuk bersyukur, tetapi lebih banyak mengeluh kesah dan merungut. Bahkan sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian yang Allah SWT kurniakan kepadanya.
Selain dekat dengan perbuatan dosa dan meremehkan kemaksiatan. Hati yang hitam tidak kenal atau tidak tahu membezakan sesuatu hal yang ma’ruf dan munkar. Bahkan tidak pernah mendekatkan diri dengan kebaikan dan kebajikan.
Pemilik hati yang hitam tidak menyukai golongan yang baik yang bertentangan dengannya. Ini kerana mereka tidak menyukai perkara baik yang disampaikan seperti kata-kata atau perbuatan yang baik serta ajakana melakukan kebaikan yang sangat merimaskan baginya.
Pendek kata hati yang hitam ini sudah tidak ada apa-apa perasan yang menjurus kepada simpata, kasihan serta empati terhadapa kesusahan orang lain. Perasaan hasad dengki, cemburu, khianat lebih menguasai dirinya, bahkan apa yang penting hanyalah kegembiraan dan kepuasan hatinya sendiri.
Dalam menangani hati yang hitam ini, Allah sentiasa membuka pintu kepada hamba-Nya yang ingin pulang ke pangkal jalan. Dengan itu, hati yang hitam ini boleh dibersihkan dan dirawat dengan diri sendiri yang mahu pulang kepada-Nya. Selain itu, terdapat beberapa cara yang sesuai untuk membersihkan hati, antaranya;
Hati adalah segumpal darah yang sangat penting dalam jasad manusia, juga untuk jiwa dan rohani yang baik. Hanya kerana hati menentukan baik atau buruknya seseorang.
Seperti sabda Nabi SAW:
“Ketahuilah, dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Jika segumpal daging itu baik, seluruh tubuh akan baik. Jika daging itu rosak, seluruh tubuh juga akan rosak. Ingatlah, segumpal daging itu adalah sebuah hati.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sama pentingnya jika kita gagal menjaga hati dengan baik, barangkali hati boleh menjadi keras, hitam atau mati. Jadi, hati mestilah dijaga dan sentiasa dibersihkan sebagai cerminan kepada kita sendiri. Oleh itu, jangan sesekali biarkan hati menjadi rosak, kerana untuk mengubatinya adalah lebih sukar.
Semoga anda menyukai artikel tentang tanda hati hitam. Jemput juga membaca artikel-artikel menarik kami yang lain, anda mungkin menyukai artikel Sikap Perlu Ada Pada Anak dan Ayat Al-Quran Tentang Kesedihan