Anda sedang mengandung? Teruja nak tahu sama ada kali ni anda berjaya dapat anak lelaki atau pun perempuan? Kalau anda tak sabar nak tahu jantina bayi dalam kandungan anda, jom baca perkongsian kami tentang tanda hamil anak lelaki.

tanda hamil anak lelaki

Sumber: Parents

1. Bentuk Perut

Kata orang tua, kalau perut anba berbentuk bulat dan tajam, itu adalah tanda anda sedang mengandungkan anak lelaki. Sementara perut lonjong seperti belon ialah tanda anda sedang mengandung anak perempuan. Sebab tu bila anda jumpa orang tua, mereka biasanya akan memegang dan mengusap perut anda untuk melihat bentuknya.

2. Kedudukan Perut

Kebiasaanya, jika anda mengandung anak lelaki, perut anda akan kelihatan ke bawah sedikit. Kandungan anda akan berada pada paras rendah. Sementara bayi perempuan akan duduk pada paras yang lebih tinggi.

3. Payudara kanan lebih besar

Ibu mengandung kebiasaannya akan mengalami perubahan pada payudara apabila mengandung. Aerola akan menjadi semakin gelap dan membesar. Malah saiz payudara anda juga akan semakin besar dan berat kerana kilang susu mula bekerja. Namun, jika anda sedang mengandung anak lelaki, biasanya payudara belah kanan anda akan menjadi lebih besar daripada belah kiri. Cuba perhatikan saiz payudara anda. Sama besar atau yang kanan lebih besar?

4. Muka penuh dengan jerawat

Setiap ibu mengandung akan mengalami perubahan hormon sepanjang tempoh kehamilan. Perubahan hormon yang berlaku akan menyebabkan berlakunya perubahan pada kulit, terutamnya di bahagian muka. Salah satu tanda hamil anak lelaki ialah banyak jerawat tumbuh pada muka.

Jika sebelum ini muka anda bersih tanpa jerawat, tiba-tiba naik jerawat. Kalau anda memang jenis yang mempunyai masalah jerawat, ia akan menjadi semakin buruk. Jangan risau, nanti lepas bersalin, masalah jerawat akan reda semula dengan sendiri.

5. Banyak naik berat badan

Sekali lagi, semua ibu mengandung akan mengalami kenaikan berat badan memandangkan perut anda sedang dipenuhi oleh seorang bayi dan air ketuban. Ditambah pula dengan selera makan yang membuak-buak semasa mengandung, eating for two katakan.

Walau bagaimana pun, kebiasaannya ibu yang mengandungkan anak lelaki akan mengalami kenaikan berat badan yang lebih banyak berbanding mengandungkan anak perempuan.

tanda hamil anak lelaki

Sumber: Phantom

6. Suka makan makanan masam

Satu lagi cara nak tahu sama ada anda mengandung anak lelaki atau perempuan ialah dengan cara melihat apa yang anda suka makan sepanjang mengandung. Kalau anda suka makan makanan masam seperti jeruk dan asam, itu adalah petanda anda sedang mengandung anak lelaki.

Kalau anda sentiasa rasa nak makan makanan manis seperti coklat, aiskrim, kek dan pastri, kemungkinan besar anda sedang mengandung anak perempuan.

7. Suka makan makanan tinggi kalori

Ingat tak tadi kami ada tulis bahawa mengandung anak lelaki akan menyebabkan berat badan anda naik dengan lebih banyak berbanding anak perempuan? Ini berlaku kerana biasanya anak lelaki akan menyebabkan anda lebih suka makan makanan yang tinggi kalori.

8. Tidak suka berhias

Tanda hamil anak lelaki yang seterusnya ialah sikap ibu yang malas bersiap setiap kali nak keluar dari rumah. Anda akan berubah menjadi seorang yang simple. Anda jadi malas untuk memakai produk penjagaan kulit, malas nak bermakeup, malas nak jaga rambut, dan lebih suka pakai pakaian simple.

Kalau dulu anda suka berhias dan bersolek, tiba-tiba anda lebih suka keluar dengan sekadar memakai sedikit bedak kompak dan secalit lipstick. Kalau dulu biasanya anda suka melilit shawl dengan gaya terkini, mungkin sekarang anda sekadar meletakkan shawl ke bahu.

9. Posisi tidur

Posisi anda tidur juga merupakan salah satu tanda yang boleh diperhatikan. Jika mengandung anak lelaki, anda akan lebih selesa tidur sambil mengereng belah kiri.

10. Lebih penat

Ibu mengandung sememangnya akan berasa penat memandangkan anda sedang membawa muatan berat dalam perut. Namun, kalau anda perhatikan, mengandung anak lelaki akan menyebabkan anda berasa lebih letih dan tak bermaya sedangkan mengandung anak perempuan akan menyebabkan anda rasa lebih energetik.

tanda hamil anak lelaki

Sumber: Deltaquestmedia

11. Wajah kusam tidak berseri

Tanda hamil anak lelaki yang seterusnya ialah wajah anda akan kelihatan kusam dan tidak berseri. Ini kerana anda berasa malas untuk menjaga kulit muka. Takde mood nak pakai pelembab, toner, dan serum seperti biasa. Akibatnya, muka anda akan kehilangan serinya. Nampak kusam dan tak bermaya.

12. Kulit jadi kering

Selain kulit kusam dan kehilangan seri, kulit menjadi kering juga merupakan tanda anda hamil anak lelaki. Ya, kulit anda menjadi kering kerana anda malas nak memakai produk kecantikan kulit seperti biasa. Ditambah pula dengan kecelaruan hormon dalam badan, lagilah kering muka anda.

13. Pergerakan bayi dalam kandungan

Kebiasaannya, bayi lelaki akan bergerak dengan lebih teratur dan mudah dijangka. Sebagai contoh, anda tahu bayi anda akan lebih aktif pada waktu pagi atau semasa anda lapar. Sementara pergerakan bayi perempuan lebih sukar untuk dijangka.

14. Denyutan jantung ibu

Ada yang mengatakan bahawa jika sepanjang kehamilan, deyutan jantung ibu ialah kurang daripada 150 denyutan untuk setiap minit, itu adalah tanda hamil anak lelaki. Sementara ibu yang mengandungkan anak perempuan akan mempunyai denyutan jantung yang lebih laju.

15. Sikap ibu sepanjang tempoh kehamilan

Tanda hamil anak lelaki yang seterusnya ialah dengan melihat sikap anda sepanjang tempoh kehamilan. Kalau anda rasa diri anda semakin tegas, keras kepala dan asyik rasa nak menang dalam semua perkara, itu tandanya anda sedang mengandungkan anak lelaki.

Jika anda perasan diri sendiri menjadi lebih cerewet, moody, mudah terasa dan mudah menangis, kemungkinan besar anda sedang membawa anak peremppuan didalam kandungan.

tanda hamil anak lelaki

Sumber: Scarymommy

Itulah dia 15 tanda hamil anak lelaki yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda juga mungkin meminati perkongsian kami tentang posisi menyusu, persediaan bersalin, dan checklist barang bersalin.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.