Cuaca panas yang dihadapi sekarang ini boleh mengakibatkan penyakit iaitu bawaan haba atau bahasa barat adalah Heat Illness. Tahukah anda tentang penyakit bawaan haba? Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira muda atau tua. Info sebenar mengenai bawaan haba.
Mari kami kongsikan info ini yang ditulis oleh Dr. Suhazeli Abdullah mengenai penyakit bawaan haba.
Perlu diingatkan bahawa stress haba (heat stress) juga boleh berlaku di dalam keadaan cuaca bukan panas, iaitu di suasana persekitaraan yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Ini adalah kerana persekitaran yang berkelembapan tinggi boleh menghalang penyejatan peluh berlaku dengan sempurna. Terutamanya apabila seseorang itu berada dalam lautan manusia. Haba panas setiap individu akan mempengaruhi persekitaran yang sudah sedia panas.
(i) Merasa kepala huyung, pening kepala.
(ii) Mual (Nausea)
(iii) Kelihatan kelesuan yang jelas.
(iv) Badan berhenti mengeluarkan peluh.
(v) Kehilangan kebolehan daya dan kordinasi/kekalutan ataupun hilang keseimbangan badan yang jelas.
(vi) Kekeliruan dalam percakapan dan tingkahlaku
(vii) Bertindak agresif ataupun menunjukkan perangai yang tidak rasional.
(viii) Tahap kesedaran berubah.
(ix) Jatuh pengsan.
(x) Warna kulit bertukar menjadi kelabu-keputihan.
Jika berlaku tanda-tanda di atas; Dapatkan bantuan segera dari ahli yang mahir dalam merawat pesakit. Panggil pasukan perubatan dengan mendial 999 untuk tindakan segera.
(i) Bawa keluar mangsa daripada padang/ tempat berhimpun yang sesak dengan orang ramai.
(ii) Baringkan/rehatkan mangsa terbabit di persekitaran yang nyaman.
(iii) Meninggikan kedua-dua kaki dan pinggul untuk melancarkan tekanan darah.
(iv) Melonggarkan/menanggalkan lebihan pakaian yang ketat
(v) Membasahkan kulit dengan air/ais dan pengipaskan badan.
(vi) Meletakkan ais di kawasan tengkok, celahan ketiak dan paha. Ais tidak bahaya. Badan kita akan beradaptasi dengan segera apabila diletakkan ais kepada badan atau kulit.
(vii) Memberikan air minuman sekiranya sedar. Tiada masalah memberikan air sejuk atau air suam. Ianya tidak mendatangkan mudarat kepada mangsa. Malah membantu memulihkan hidraasi badan.
Walau bagaimanapun, selepas mengambil langkah-langkah seperti di atas, jika individu berkenaan masih kelihatan sakit, kekeliruan (confusion), muntah-muntah (vomiting) atau menunjukkan perubahan pada tahap kesedarannya (altered consciousness), bantuan perubatan wajiblah diperolehi dengan kadar segera.
Perlu diingatkan bahawa Strok Haba tidak sama dengan Strok (Angin Ahmar). Angin ahmar adalah melibatkan salur darah di bahagian otak mangsa samada tersumbat atau pecah. Manakala Strok Haba tidak berlaku sedemikian, mangsa pengsan akibat kepanasan yang melampau.
Amat disarankan kepada semua mangsa, sebelum terjadinya kejadian penyakit bawaan haba (heat illness), ianya boleh dielakkan,
(i) Menghadkan aktiviti luar semasa cuaca panas terik atau menggunakan pelindung dari panas terik matahari seperti payung atau khemah.
(ii) Mengelakkan melakukan aktiviti pada masa cuaca paling panas pada siang hari, pada kebiasaannya di antara jam 11 pagi – 3 petang.
(iii) Memastikan badan sentiasa mendapat air yang secukupnya iaitu dengan meminum air kosong sebelum, semasa dan selepas aktiviti/kerja luar. Minima keperluan meminum air seharian adalah 2 liter atau 8 gelas.
(iv) Disarankan untuk meminum:
(v) Pemakaian seharuslah berkebolehan untuk menyejat peluh daripada kulit dengan baik, berwarna cerah, ringan dan tidak ketat serta memberikan perlindungan daripada sinaran matahari.
*Kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga dari sekarang. Sekarang kita tidak pernah menghadapi bawaan haba tetapi mungkin satu hari nanti kita atau orang-orang terdekat akan terkena bawaan haba. Sebelum terkena, mari kita ikuti nasihat doktor seperti minum air yang bersih secukupnya. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini.