Pada umur 3 hingga 6 tahun adalah di mana anak kita akan mula lasak dan sangat aktif. Lebih-lebih lagi ketika membawa mereka pergi ke ‘shopping mall’. Mereka akan berasa seronok dan berlari-lari di dalam ‘shopping mall’.

Pasti anda pernah melihat anak-anak yang jatuh kemudian menangis tidak henti di ‘shopping mall’, itu antara situasi biasa yang kita lihat. Namun, ibu bapa perlu berhati-hati kerana ia boleh membawa kepada luka dalaman seperti kecederaan otak. Ketika anak jatuh, lihat bahawa kepala yang jatuh dahulu atau badan. Jika kepala, cepat-cepat lihat jika ada sebarang lebam atau tidak.

Imej via Facebook

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai tanda-tanda anak kita mengalami kecederaan otak tanpa kita sedar. Info ini dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr Kamarul.

8 Tanda-tanda anak kita mengalami kecederaan otak tanpa kita sedar

Imej via Bidadari.my

1. Lebam

ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.

2. Luka

Jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.

3. Retak

Jika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.

4. Menangis tak henti (inconsolable cry)

Jika anak kecil (umur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.

Imej via Bidadari.my

5. Pandangan kabur

Bahagian otak yang memproses penglihatan terletak di bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.

6. Pengsan

Jika anak tidak sedarkan diri selepas terhantuk, mungkin berlaku kedeceraaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran(consussion), lebam(contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.

7. Muntah

Kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan oleh tekanan dalam otak meningkat. Bawa jumpa doktor.

8. Sawan

Ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.

*Berikut adalah tanda-tanda yang menunjukkan anak anda mengalami kecederaan otak. Jika anak anda pernah jatuh dan kepala yang terhantuk dahulu, lebih baik berjumpa doktor untuk check-up jika berlaku kecederaan di mana-mana. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Jemput baca artikel lain yang menarik di laman kami :

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.