Kawasan tanah tinggi dikatakan sebagai kawasan yang sejuk dan dingin bagi mereka yang sukakan travel atau kaki jalan. Pastilah cuacanya sejuk kerana kawasan tanah tinggi selalunya terletak di atas bukit, gunung dan seolah-olah seperti luar negara.
Kali ini, kami akan berkongsi 10 kawasan tanah tinggi terbaik di Malaysia untuk percutian. Anda boleh membuat ranking tempat peranginan tanah tinggi kesukaan anda dan mengunjunginya suatu hari nanti.
Jangan lupa bawa baju sejuk ke tempat menarik di kawasan tanah tinggi di Malaysia ini. Anda bakal kesejukan dek anginnya yang menghembus-hembus riang bersama kabus-kabus putih.
Namanya Bukit Tinggi tetapi strukturnya juga agak tinggi berada di atas kawasan bukit. Di sini, anda boleh melawat dan berjalan-jalan sambil menikmati udara yang amat segar. Ia turut dijadikan tempat peranginan untuk anda bergambar dengan menarik dan penuh kreatif.
Antara tarikan utama di Bukit Tinggi ini adalah Colmar Tropicale yang dicipta berdasarkan seni reka bina bangunan di Colmar, Japanese Tea House & Botanical Garden, Perancis dan Animal Park.
Bukit Larut terletak di daerah Taiping, Perak yang juga dikenali sebagai Bukit Maxwell. Maxwell adalah nama penolong Residen British Pertama di Perak dari British pada tahun 1884, iaitu William Edward Maxwell.
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti lasak di sini. Salah satunya adalah aktiviti jungle tracking. Sambil beraktiviti, anda boleh menikmati keindahan alam di sini.
Broga Hill terkenal sebagai tempat pendakian yang boleh anda terjah. Lebih sesuai lagi, jika anda berkunjung ke sini pada waktu pagi dan petang. Masa itu adalah pemandangan terbaik untuk anda lihat. Tidaklah jauh, ia terletak di Broga, Semenyih dimana mengambil masa tidak sampai 1 jam dari Kuala Lumpur.
Sangat sejuk apabila berada di puncak Gunung Jerai. Walaupun anda masih mendaki, suhu badan sudah dikelilingi suhu antara 19 hingga 24 darjah celcius. Bolehlah anda bersantai dan mendapatkan udara sejuk pada dingin hari di sini. Anda juga dapat melihat keindahan semulajadi seperti sawah padi, hutan dan lain-lain lagi di sini.
Gunung Ledang terkenal dengan alam flora dan faunanya yang indah, gunung yang tinggi lagi mencabar serta hidupan eksotif pelbagai spesis. Anda boleh menaiki gunung setinggi 1,276 m dari paras laut dan berkelah di Air Terjun Sagil. Unik kan? Jangan lupa juga untuk mencuci mata melihat panoraa pantai sumatera dan selat melaka.
Bukit Bendera adalah salah satu kawasan tanah tinggi terbaik di Malaysia untuk percutian. Terletak di Pulau Pinang, anda boleh menaiki Bukit Bendera dengan kereta api yang disediakan di sini. Ia berketinggian 830 meter dan 3 darjah lebih sejuk dari tempat yang berdekatan pantai.
Apa yang ada di Bukit Fraser? Tanah tinggi di Pahang ini takkan mengecewakan anda. Terdapat aktiviti rekreasi yang boleh anda lakukan seperti Allan’s Water iaitu anda boleh mendayung bot merentasi tasik keruh.
Selain itu, Paddock memberikan anda pengalaman memanah dan menunggang kuda. Ada juga boleh berkunjung ke Air Terjun Jeriau di Bukit Fraser.
Cameron highland sangat terkenal sebagai tanah tinggi yang paling tenang, sejuk dan ‘strawberi’. Bukan apa, jika berkunjung di sini, pasti anda boleh merasai kemanisan strawberri yang segar dan manis.
Sepanjang berada di tanah tinggi ini, anda boleh melawat ladang strawberi, taman rama-rama, ladang teh, ladang lebah madu dan lain-lain lagi. Hotel yang disediakan juga sangat klasik, moden dan antik. Tempat makan malam ala Tudor juga terdapat di sini.
Ingin bercuti di kawasan tanah tinggi, negeri di bawah bayu pula? Kundasang War Memorial yang terletak 6 kilometer dari Taman Negara Kinabalu dan 12 kilometer dari pekan Ranau, Sabah adalah tempat terbaik untuk anda lawati.
Anda boleh berkunjung ke pasar sayur-sayuran yang dibuka setiap hari dan melihat barangan yang dijual di sana. Nak beli sayur-sayur yang segar dan susah didapati di negeri sendiri? Beli sahaja di tanah tinggi Kundasang!
Tinggi-tinggi gunung kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu,
Biru-biru hujung kinabalu,
Lihat dari jauh, hati saya rindu.
Memang rindu berkunjung ke Gunung Kinabalu, cuaca yang sejuk dan dingin membuatkan anda berasa tenang. Umumnya, kepanasan kawasan tanah tinggi di Gunung Kinabalu tidak terasa membuatkan ramai yang teruja untuk mendaki gunung tersebut.
Apa kata kali ini anda bercuti di Gunung Kinabalu dan meluangkan masa bersama tersayang dengan mendaki tanah tinggi ini? Pasti menyeronokkan dan takkan dapat anda lupakan. Datang bersama pasangan, keluarga, kawan-kawan membuatkan suasana percutian anda lebih meriah.
Gunung tertinggi di Malaysia adalah Gunung Kinabalu. Beruntunglah jika anda dapat merasa mendaki Gunung Kinabalu sampai ke puncak. Pernahkah anda terfikir, dari manakah nama ‘Gunung Kinabalu’ didapatkan? Ya, sungguh ada kisah di sebalik nama kawasan tanah tinggi ini.
Kisah seorang isteri bernama Kina yang menanti suaminya yang merupakan seorang nelayan. Suaminya tidak pulang-pulang dari lautan dan dikatakan telah mati di lautan.
Namun, Kina sering mendaki gunung tersebut untuk melihat-lihat bot suaminya dengan harapan suaminya pulang ke kampungnya. Akhirnya, gunung tersebut diberi nama ‘Gunung Kinabalu’ kerana Kina yang dikatakan menjadi balu sering naik ke situ.
Itulah dia 10 kawasan tanah tinggi terbaik di Malaysia untuk percutian. Anda boleh memilih mana-mana kawasan menarik ini untuk mengatur perjalanan percutian anda! Jemput baca Tempat menarik di Kota Tinggi, Tempat menarik di Pahang dan Homestay di Cameron Highland.