Dewasa ini ramai wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa walau pun berkelulusan tinggi. Bukan sesuatu perkara yang pelik kalau anda lihat ramai wanita berijazah tidak bekerja sebaliknya menjadi suri rumah tanpa rasa rugi sedikit pun.

Ini kerana ramai yang beranggapan bahawa menjaga anak dengan tangan sendiri adalah yang terbaik memandangkan zaman sekarang ada ramai manusia kejam yang tak bertimbang rasa.

Namun tahukah anda bahawa memegang status seorang suri rumah tak menghalang seseorang daripada menjana duit. Pada zaman moden serba serbi di hujung jari, duduk rumah sambil membesarkan anak pun boleh buat duit.

Sibuk memasak di dapur, duit masuk ke akaun bank. Menarik kan? Takde lagi istilah isteri tak bekerja duduk rumah menghabiskan duit suami. Nak tak kalau kami kongsikan tips tambah pendapatan dari rumah yang boleh anda cuba. Lepas ni tak perlu mengeluh takde duit lagi.

Berniaga online

Imej via Bidadari

Pada hari ini segala benda orang beli secara online. Malah barang dapur seperti sabun basuh, syampu, dan ubat gigi pun orang dah mula beli secara online. Hinggakan pasaraya besar seperti Tesco, Mydin sudah menjual secara online. Nampak tak betapa besarnya pasaran online? Jika anda seorang wanita yang duduk di rumah dan berniat untuk menjana pendapatan, cadangan pertama dari kami ialah berniaga secara online.

Pilih sahaja produk apa yang anda berminat nak jual. Di antara produk yang sedang hangat di pasaran pada masa ini ialah:

  • Produk penjagaan kulit muka (skincare)
  • Sarang burung
  • Kosmetik
  • Pakaian muslimah
  • Makanan kering seperti serunding, daging dendeng, pekasam
  • Tudung, shawl

Pasatinya anda tertanya-tanya, macam mana nak mula berniaga kalau modalnya tiada? Itulah kelebihan berniaga online. Anda boleh memulakan perniagaan dengan modal kosong.

Anda tak perlu keluarkan modal walau satu sen pun. Macam mana caranya? Anda mula dengan dropship. Sistem dropship bermaksud anda tidak perlu menngeluarkan duit untuk membeli stok.

Apabila menjadi dropship, semua stok akan dipegang oleh ejen, stokis, atau ibu pejabat. Anda cuma perlu mempromosikan barang. Apabila ada order yang masuk, anda hantar order dan mereka yang memegang stok akan poskan untuk anda.

Nampak tak? Anda langsung tak perlu keluar dari rumah. Itulah untungnya menjadi seorang dropship. Tak perlu keluar modal, tak perlu keluar rumah mengepos barang, tau-tau dah dapat untung.

Walau pun keuntungan dropship tak sebanyak seorang ejen, namun tak salah kalau anda bermula dengan bergelar seorang dropship. Lama-kelamaan apabila anda mempunyai semakin ramai pelanggan, boleh naik menjadi ejen.

Manalah tahu dimurahkan rezeki terus menjadi stokis. Siapa tahu? Tak mustahil. Yang penting kita berusaha. Allah dah janji, siapa berusaha pasti akan membuahkan hasil.

Mengasuh

Cara menambah pendapatan yang kedua ingin kami cadangkan ialah mengasuh anak kecil. Ini adalah pilihan buat anda yang sukakan anak kecil dan bayi.

Namun harus diingatkan bahawa walau pun anda cuma mengasuh dari rumah, sebaiknya anda berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan dapatkan sijil yang berkenaan agar anda menjadi seorang pengasuh yang berilmu.

Untuk menjadi seoranh pengasuh berdaftar, anda cuma perlu menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kursus ini boleh diambil sepenuh masa atau separuh masa di mana anda boleh menghadiri kelas pada hujung minggu sahaja.

Pilihlah yang mana satu paling sesuai dengan anda. Mungkin kursus separuh masa adalah yang terbaik kalau anda menguruskan anak sekolah pada hari biasa.

Selepas menghabiskan kursus, anda akan mendapat sijil dan kini anda adalah seorang pengasuh yang berdaftar. Pastikan ibu bapa akan bertambah yakin untuk menghantar anak kepada anda memandangkan anda seorang pengasuh terlatih yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jika anda jenis sukakan bayi, pastinya ini adalah pilihan terbaik buat anda.

Home baker atau home caterer

Kalau anda suka memasak atau baking, anda juga boleh menambahkan pendapatan dari dapur anda sendiri. Hari ini ramai ibu berkerjaya yang tidak sempat memasak untuk keluarga lalu memilih untuk membeli makanan secara online.

Malah nasi goreng dan nasi berlauk pun anda boleh jual secara online tanpa membuka kedai. Caranya mudah sahaja, anda iklankan masakan anda dalam kumpulan sokongan di media sosial seperti facebook atau group whatsapp, insya Allah ramai yang akan membeli masakan anda.

Begitu juga kalau anda suka baking. Hari ini ramai yang menjual cream puff, tat nenas, kek, malah trend terbaru ialah bombolini yang dijual secara online dengan memasak di rumah. Caranya sama juga, anda iklankan di media sosial.

Bila ada order anda boleh buat penghantaran sendiri atau upah runner untuk melakukan penghantaran. Atau kalau anda mempunyai masa boleh jual hasil tangan anda di belakang bonet kereta atau bahasa inggerisnya car boot sale. Parking kereta anda di kawasan tumpuan ramai dan jual.

Makanan ibu berpantang juga adalah satu lagi idea yang menarik untuk anda cuba memandangkan kini ramai wanita yang memilih untuk berpantang sendiri tanpa pulang ke kampung. Pasti ramai yang akan order kalau anda tawarkan servis menyediakan makanan untuk ibu berpantang.

Itulah dia info tentang tips tambah pendapatan dari rumah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Pilihlah yang mana sesuai untuk anda. All the best!

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.