Sebagai ibu bapa yang baru menerima kehadiran orang baru dalam keluarga, pastinya anda akan berasa sangat teruja dan tidak puas untuk bersama dengan bayi anda.
Disebalik keterujaan yang dirasakan, pastinya anda juga masih mencari ilmu keibu bapaan dengan niat untuk memberikan yang terbaik untuk bayi anda. Salah satu perkara utama yang menarik perhatian diawal kelahiran bayi anda ialah tali pusat yang melekat pada pusat bayi anda.
Ada ibu bapa yang berasa takut untuk menyentuh tali pusat tersebut kerana bimbang akan menyebabkan bayi anda berasa sakit. Malah ada juga ibu bapa yang berasa geli dengan kehadiran tali pusat yang tergantung dengan sedikit darah di hujungnya.
Tahukah anda bahawa tali pusat tersebut juga memerlukan penjagaan dari anda agar ia cepat kering dan gugur? Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan tips penjagaan tali pusat sebelum gugur.
Setelah dilahirkan ke dunia, bayi anda sudah mula bernafas dan makan dengan sendiri oleh itu bayi anda tidak lagi memerlukan plasenta. Itulah sebabnya sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat yang menghubungkan bayi anda dan plasenta akan dipotong. Baki tali pusat akan tertingga sendikit pada pusat bayi anda dan ianya akan luruh dalam masa terdekat.
Walau bagaimana pun, tali pusat perlu dijaga bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman atau tidak kering lalu menyebabkan tali pusat menjadi busuk dan boleh menjejaskan kesihatan bayi anda. Berikut adalah tips penjagaan tapi pusat yang boleh anda amalkan:
Untuk memastikan tali pusat bayi anda cepat kering dan mudah gugur, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah pastikan tali pusat sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Anda boleh mencuci tali pusat bayi anda setiap kali selepas bayi anda mandi dan juga setiap kali anda menukar lampinnya yang basah. Bagaimanakah cara untuk mencuci tali pusat bayi yang betul?
Selain memastikan tali pusat sentiasa bersih, anda juga perlu memastikan tali pusat bayi anda sentiasa kering. Ianya adalah sangat penting kerana tali pusat yang selalu basah akan lambat kering lalu menyebabkan lambat gugur.
Selain itu, tali pusat yang basah boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman atau bakteria yang boleh masuk ke dalam darah bayi anda lalu menyebabkan komplikasi yang teruk termasuk kematian.
Elakkan memasukkan tali pusat ke dalam lampin bayi kerana dikhuatiri tali pusat akan basah apabila lampin bayi anda dibasahi oleh air kencing atau najis.
Memasukkan dali pusat ke dalam lampin bukan sahaja akan menyebabkan tali pusat bayi anda basah, malah boleh menyebabkan risiko jangkitan apabila tali pusat dicemari air kencing atau najis. Anda perlu ingat, penjagaan tali pusat adalah sangat penting dan tidak boleh dipandang remeh.
Semasa memakain lampi atau barut, sebolehnya elakkan daripada menutup tali pusat kerana apabila anda menutup tali pusat, dikhuatiri ianya akan menyebabkan tali pusat berada dalam keadaan basah dan lambat kering.
Risiko jangkitan kuman ke atas bayi anda akan menjadi semakin tinggi jika anda menutup atau membungkus tali pusat. Jika anda ingin memakaikan barut kepada bayi, tunggu sehingga tali pusatnya betul-betul kering sebelum dipakaikan barut.
Seeloknya, bayi yang baru lahir dan belum luruh tali pusatnya dimandikan dengan cara mengelap atau sponging bagi memastikan tali pusatnya tidak basah.
Namun jika anda mahu memandikan bayi secara normal dengan memasukkan bayi ke dalam besen mandian, pastikan anda tidak merendam bayi terlalu lama di dalam air kerana dikhuatiri tali pusat bayi anda akan basah dan mengembang. Jika bayi anda selalu direndam dalam air, ia akan menyebabkan tali pusatnya lambat kering dan lambat jatuh.
Elakkan daripada menyapukan ubat atau minyak seperti minyak gamat, minyak panas, atau iodin pada tali pusat bayi dengan niat agar ia cepat kering dan tercabut. Biarkan sahaja tali pusat kering dengan sendiri. Mnyapu benda asing pada tali pusat boleh menyebabkan jangkitan yang tidak diingini.
Sentiasa perhatikan tali pusat bayi untuk memastikan ianya sentiasa bersih dan kering. Selain itu anda juga perlu perhatikan tanda-tanda jangkitan pada tali pusat seperti:
Itulah dia info tentang jagaan tali pusat bayi sebelum tanggal yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda menyukai artikel ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca perkongsian kami tentang simpton bayi berak berdarah aqiqah dan bayi demam campak