Niat untuk susukan anak tanpa campur susu formula hingga usianya 2 tahun memang satu hasrat yang sangat bagus. Usaha seorang ibu untuk menyusu bayi dengan susunya sendiri secara total memang patut di puji.

Walaubagaimanapun, usaha untuk susukan anak secara penuh dengan susu badan tanpa campur susu formula bukanlah satu tugas yang mudah. Si ibu perlu praktikkan beberapa tips supaya misi menyusu bayi dengan susu ibu sepenuhnya ini dapat dijayakan dari awal hingga akhir dengan penuh berkesan.

image via : Marie Claire

Untuk nak lengkapkan penyusuan anak hingga 2 tahun, si ibu perlu bersiap sedia dan kuat dari aspek mental dan fizikal. Lagi-lagi tanpa campur susu formula begini. Fully breastfeeding tanpa formula milk memang boleh tetapi tubuh badan ibu perlu sentiasa mampu untuk menghasilkan susu badan yang bagus dan mencukupi untuk menampung keperluan bayi.

Benar-Benar Nak Susukan Bayi Tanpa Campur Susu Formula? Ini Panduannya

Jika jawapan anda adalah ya, anda perlu amalkan beberapa tips sebagaimana yang akan dikongsikan di bawah ini.

#1 – Tanamkan Azam & Mindset Untuk Beri Baby Susu Badan Sejak Hamil

Nak susukan bayi sepenuhnya tanpa campur susu formula tidak hanya boleh disebut pada mulut. Niat ini perlu disematkan di kepala dan hati. Tanam sebagai azam untuk benar-benar dilakukan secara bersungguh-sungguh demi baby tersayang. Dengan cara ini barulah tubuh dan minda akan berasa lebih bersedia sejak awal.

susu badan sepenuhnya tanpa formula
image via : Nourisher

#2 – Beritahu Impian Nak Beri Bayi Susu Ibu Sepenuhnya Pada Suami

Niat nak susukan anak sehingga umur anak 2 tahun tidak boleh dilakukan secara berseorangan. Hasrat untuk susukan anak dengan susu ibu tanpa campur sebarang susu formula ini perlu dilakukan bersama dengan si ayah. Dengan beritahu impian ini pada suami secara tidak langsung suami boleh menjadi pendorong dan pembantu saat memerlukan.

#3 – Beli Bra Dan Pakaian Khusus Yang Sesuai Untuk Lebih Mudah Menyusu

Bra menyusu dan pakaian dengan style breasfeeding patut di beli untuk memudahkan lagi urusan menyusu bayi secara terus nanti. Dengan pemakaian bra dan pakaian khusus yang sesuai untuk menyusu ini, barulah urusan menyusu bayi akan menjadi lebih senang, santai dan tidak menyusahkan.

#4 – Amalkan Makanan Berkhasiat Dan Suci Untuk Penghasilan Susu Yang Bagus

Faktor pemakanan juga penting! Susu ibu dihasilkan oleh tubuh badan dan jika tubuh tidak dibekalkan dengan makanan seimbang dan berkhasiat, bagaimana pula tubuh nak berfungsi untuk membekalkan susu yang bagus untuk bayi. Maka makanlah makanan yang baik, bersih, suci dan halal kerana susu ibu ini akan menjadi darah daging untuk si bayi.

susu badan tanpa campur formula
image via : Sirap Limau

#5 – Mulakan Penyusuan Susu Badan Sejak Hari Pertama Bayi Dilahirkan

Susu ibu perlu di beri pada hari pertama bayi dilahirkan lagi. Memang pada awalnya susu tidak akan keluar dengan banyak namun jangan risau kerana susu ini akan keluar sesuai dengan kehendak si bayi itu sendiri. Yang penting teruskan penyusuan dengan kaedah yang betul.

#6 – Terus Menyusu Walau Kekok Dan Terasa Susah (Jangan Mengalah!)

Saat mula menjadi ibu memang akan terasa kekok. Semua ibu begitu. Jangan takut dan jangan putus asa. Di hospital akan ada nurse dan doktor yang akan bantu. Malah sejak mengandung lagi sudah boleh dapatkan info cara penyusuan susu badan yang betul dari klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang terdekat. Jika nak lebih mudah, search saja menerusi Google.

#7 – Nikmati Saat Penyusuan Sambil Berbual Dengan Baby Tersayang

Saat menyusu adalah detik terindah yang dapat merapatkan hubungan si ibu dengan bayi. Saat menyusu ini adalah masa khusus untuk berdua dengan bayi dan gunakanlah detik ini dengan sewajarnya. Sambil bayi menghisap susu, si ibu boleh berbicara, mengusap, mencium ubunnya, memeluk dan sebagainya.

ini boleh menjadikan si anak semakin rapat dan sayang pada ibu dari masa ke semasa. Ini juga adalah salah satu kelebihan yang ada untuk si ibu yang menyusu badan sepenuhnya.

#8 – Bergembiralah Bila Bayi Semakin Membesar, Sihat Dan Cerdas

Seronok tak terkata apabila berat badan bayi semakin meningkat, semakin sihat dan cerdas hanya dengan minum susu ibu sepenuhnya. Rasa seronok tu hanya Allah saja yang tahu dan terasa sangat bersyukur yang teramat sangat kerana si manja dapat membesar hasil dari susu yang dihasilkan oleh tubuh si ibu itu sendiri.

susu badan tanpa campur formula
image via : Nestle

Masalah Susu Badan Kurang, Apakah Tips Yang Boleh Dilakukan?

“Tiada susu. Susu tidak keluar. Susu badan sikit. ”. Ini antara rungutan yang sudah sering didengar terutama dari ibu yang baru pertama kali melahirkan anak.

Tidak dinafikan ramai ibu mengalami masalah susu badan kurang. Lagi-lagi di saat awal kelahiran di mana susu ibu tidak keluar dengan banyak. Saya sendiri pernah mengalaminya saat bertarung untuk susukan anak yang ke enam.

Saat mula kelahiran susu sama sekali tidak mahu keluar. Terdetik juga di fikiran untuk campur dengan susu formula namun saya lakukan tips dan petua untuk banyakkan semula susu ibu sebelum mengambil keputusan untuk campur susu ibu dan susu formula.

Antara tips yang pernah dilakukan untuk banyakkan semula susu ibu yang seakan kering ini ialah :

  • terus susukan bayi walau susu tidak keluar kerana hisapan bayi boleh bantu memberi rangsangan pada payudara ibu
  • semakin bayi menghisap maka semakin susu akan terhasil
  • ibu perlu banyakkan minum air kosong untuk tambahkan cairan dalam badan
  • ibu perlu hentikan makan sebarang jamu atau ubat lepas bersalin kerana ubat sebegini akan menyebabkan badan berasa panas hingga penghasilan susu turut menjadi kurang
  • ibu perlu amalkan makanan seimbang yakni nasi, lauk, sayuran dan buah
  • ibu boleh berurut atau sauna untuk lancarkan perjalanan darah
  • jangan panik dan putus asa, sentiasa setkan minda untuk terus susukan anak dengan susu sendiri sepenuhnya

Cara Jayakan Penyusuan Susu Badan Bagi Ibu Yang Berkerjaya

Untuk ibu yang berkerjaya, bagi menjayakan penyusuan susu ibu pada anak dengan penuh berhasil, si ibu perlu lakukan beberapa cara. Si ibu juga perlu berdisplin dalam menyediakan susu pada anak sambil menjalankan tugas yang diberi oleh majikan.

Antara tips yang boleh diikuti oleh si ibu yang berkerjaya ini adalah :

1- sentiasa jaga pemakanan dengan makan makanan yang seimbang

2- pakai coli menyusu yang selesa setiap hari

3- bawa pam kecil yang praktikal ke tempat kerja untuk mudahkan susu di pam

4- pam susu di tempat kerja dalam keadaan tersorok sekurang-kurangnya setiap 3 jam sekali

5- masukkan susu ke dalam plastik atau botol penyimpanan susu yang khas. Setelah itu masukkan pula ke dalam beg penyejuk supaya susu tersebut tahan lama dan tidak rosak.

Anda Berjaya Susukan Bayi Tanpa Campur Susu Formula? Jutaan Tahniah Diucapkan

Susu ibu adalah anugerah Allah SWT yang terindah! Susu ibu ini juga adalah susu yang paling terbaik sekali untuk si manja. Susu ibu tidak akan menyebabkan alahan malah susu ibu juga ada khasiat yang sangat banyak.

Susu pertama kolostrum juga sangat baik untuk membantu tingkatkan sistem imun pada baby. Jika ada peluang eloklah disusukan baby dengan susu ibu sepenuhnya melainkan jika keadaan tidak mengizinkan. Baca Juga maksud garis hitam di perut ibu mengandung, tips ajar anak dan cinta alQur’an sejak kecil dan kebaikan ajar anak berenang sejak kecil.

Sumber :

Majalah PaMa

Baby Center

Sirap Limau

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.