Penjagaan kesihatan ibu semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan kesihatan bayi dalam rahim juga di tahap yang baik dan sihat. Semuanya ini bergantung kepada jenis makanan dan cara pemakanan yang diamalkan oleh ibu dalam kehidupan seharian. Susu ibu mengandung contohnya, adalah minuman yang sangat berkhasiat untuk diambil secara harian.

Masalah kurang nutrisi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada masa depan seorang ibu dan bayinya. Hal ini disebabkan setiap ibu mempunyai tahap kesihatan yang berbeza-beza setiap kali kehamilan.

Penting ke ambil susu ibu mengandung semasa hamil?

Umumnya, selain makanan tambahan yang dicadangkan kepada ibu mengandung, susu ibu mengandung juga penting bagi membekalkan nutrien lain yang diperlukan tubuh seperti protein, vitamin, kalsium, asid amino, dan pelbagai lagi bagi perkembangan janin.

Antara kelebihan susu ibu mengandung adalah seperti:

  • kaya dengan kalsum untuk membina tulang dan gigi yang kuat
  • keperluan protein untuk pembesaran janin
  • vitamin D dalam susu membantu tulang dan gigi yang kuat
  • mengelak dari gastrik ketika mengandung
  • menjadi sumber air yang diperlukan badan
  • anak membesar lebih tinggi
  • risiko diabetes pada ibu hamil berkurang

Berikut adalah senarai susu ibu mengandung yang boleh ada rujuk sebagai panduan sebelum membeli:

1. Frisomum Gold (membekalkan nutrisi & ibu mengandung yang mengalami anemia)

Ibu mengandung yang mahu mendapatkan lebih dari 6 nutrisi penting bagi kesihatan diri dan janin, susu dari Frisomum Gold inilah pilihan yang tepat. Nutrisi yang dimaksudkan ini termasuklah vitamin B, B12, D, kalsium, iodine, asid folik, magnesium, DHA, choline, prebiotik dan banyak lagi.

Ia malah bukan sahaja sesuai untuk ibu mengandung, bahkan boleh juga diminum ketika ibu menyusu. Susu khusus ini diformulasi khas dengan nutrien penting DualCare+ bagi menyokong perubahan fisiologi ketika kehamilan dan persediaan asas bagi anak nanti.

Didatangkan juga dengan Indeks Glisemik (GI) yang rendah, ia sangat berkesan membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan.

Apa yang menarik tentang susu formula Frisomum ini lagi adalah, bagi ibu mengandung yang menghidap masalah anemia (kurangnya zat besi dalam badan) atau diabetes, anda selamat dan sangat disarankan untuk meminumnya.

2. Nestle Mom & Me (untuk pertumbuhan janin)

Peminat susu, siapa yang tidak kenal dengan produk Nestle? Dari zaman ke zaman, tahun ke tahun jenama Nestle tidak henti-henti memberikan yang terbaik kepada seluruh masyarakat Malaysia dengan membekalkan produk susunya yang istimewa.

Kali ini, susu ibu mengandung jenama Nestle Mom & Me sangat digemari ramai ibu hamil ketika berada di trimester pertama. Dengan rumusan lebih 20 vitamin dan mineral zat besi, vitamin A dan C serta kalsium ia membantu ibu mendapatkan khasiat pemakanan yang sihat dan seimbang. 

Selain itu, susu ini juga mengandungi protein bagi menyokong keperluan janin mendapatkan bakteria baik Bifidus BL untuk melindungi usus ibu.

3. Anmum Materna Formulated Milk Powder (tanpa gula tambahan)

Anmum Materna menjadi pilihan ramai ibu di Malaysia oleh kerana harganya yang murah, kualiti serta khasiatnya yang hebat. Keperluan AHA/DHA yang menjadi komponen penting dalam formula susu ini membantu dalam perkembangan membran sel otak janin.

Nutrisi utamanya adalah gangliosida, dan GA juga mampu untuk membantu melancarkan sistem peredaran darah pada ibu hamil. Paling penting sekali, ia rendah lemak dan tanpa gula tambahan. Jadi memang selamat untuk diminum sebagai minuman harian.

4. Abbott Similac Mom (perkembangan otak)

Susu formula bagi ibu mengandung yang mengkhususkan kepada perkembangan otak, susu Similac Mom ini hadir dengan sistem EyeQ, vitamin E Asli dan Lutein untuk menyokong perkembangan otak anak ketika dalam kandungan lagi.

Justeru ini, mengurangkan risiko janin yang lahir nanti menghadapi masalah berat lahir tidak normal, obesiti, atau kelahiran pra-matang.

Bukan itu sahaja, susu ini juga sangat sesuai diminum kepada ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis dan mengawal nafsu makan ketika hamil.

5. Enfamama A+ (menyokong tumbesaran janin)

Enfamama A+ iaitu jenama popular dari produk Mead Johnson ini disarankan kepada ibu yang baru pertama kali hamil atau hamil anak pertama. Ini kerana, keperluan nutrisi dan khasiat khusus yang diperlulan dalam tubuh ibu hamil ada kesemuanya di dalam susu ini.

Enfamama A+ kaya dengan nutrisi sokongan seperti asid folik, vitamin B6 dan DHA serta Choline untuk membantu tumbesaran janin. Bagi mengekalkan kesihatan usus ibu pula, ia membekalkan khasiat Inulin atau ‘prebiotik’ yang sempurna.

6. Dumex Mamil Mama Precinutri (baik untuk sistem pencernaan)

Sembelit atau mengalami masalah pencernaan bagi ibu hamil ianya memang tidak pernah berpisah. Ibu hamil mudah loya di awal kehamilan juga akan menyebabkan dia hilang selera makan. Jika dibiarkan masalah ini boleh membahayakan kesihatan ibu dan janin.

Dumex Mamil Mama dirumuskan dengan nutrien khas seperti DHA, Omega 3 dan 6, asid folik dan rendah lemak. Tambahan lagi dengan adanya prebiotik, ia membantu perkembangan Bifidus BL dan menjaga sistem pencernaan.

7. Momma Pregolact (meningkatkan kualiti susu ibu)

Dikenali dengan gelaran “milk booster”, susu Momma Pregolact ini amat sesuai bagi ibu yang menghadapi masalah kekurangan susu. Apabila ibu tidak mempunyai susu, dia terpaksa memberi anak susu formula.

Seperti yang kita tahu, susu ibu sangat banyak khasiatnya dan tidak terbanding dengan apa jua susu yang ada di dunia. Bagi mengatasi masalah tersebut, Momma Pregolact hadir sebagai perangsang susu kepada ibu-ibu di luar sana untuk menambah kuantiti dan memekatkan susu badan.

8. Susu Karihome Mama Goat’s Milk (untuk ibu menyusu)

Ibu hamil yang mencari susu ibu mengandung dari susu kambing? Susu Karihome Mama mungkin pilihan tepat untuk anda cuba. Ia dirumuskan khas dari susu kambing tulen dari New Zealand.

Dikatakan protein susu kambing Karihome ini hanya 1/3 daripada saiz protein susu lembu biasa. Ia kaya dengan 8 nutrien utama seperti protein, folat, kolin, DHA, kalsium, zat besi, zink dan multivitamin bagi memberi tenaga kepada ibu dan anak kekal sihat.

9. Susu Wildan Mama Premium (untuk mengatasi HB rendah)

Jenama tempatan kita iaitu susu Wildan Mama Premium juga diformulasikan dari susu kambing yang diimport dari Belanda. Bagi ibu hamil yang loya dengan susu lembu, susu kambing ini sesuai dijadikan gantian.

Hal ini kerana, kandungan nutrisinya cukup hebat dan setanding dengan susu ibu hamil yang popular di pasaran.

10. Susu HiGoat

Akhir sekali, pilihan susu ibu hamil yang terbaik untuk anda cuba adalah HiGoat. Menjadikan susu kambing sebagai formulasi utama, HiGoat sangat sesuai untuk mengatasi ibu yang mempunyai masalah HB rendah.

Menariknya, ia mempunyai rasa susu kambing sebenar tanpa apa-apa campuran pewarna tambahan. Ada tiga jenis pilihan susu kambing jenama ini yang sesuai untuk ibu mengandung. Antaranya seperti, HiGoat Original, HiGoat HiRich dan HiGoat Premium (kurma+madu). 

Bila ibu boleh minum susu mengandung?

Ibu hamil sangat disarankan oleh pakar dan doktor pemakanan untuk mengamalkan minum susu mengandung. Hal ini disebabkan wanita berisiko tinggi terdedah dengan penyakit osteoprosis (tulang reput).

Justeru itu, waktu yang sesuai untuk ibu hamil minum susu adalah sewaktu merancang kehamilan lagi. Tidak perlu tunggu sudah berbadan dua baru mula minum susu sebenarnya.

Jangan lupa jaga kesihatan diri dan anak dalam perut. Semoga ibu-ibu diluar sana dipermudahkan segala urusan kehamilannya sehingga ke hari kelahiran.

Selain dari artikel berkenaan dengan susu ibu mengandung ini, anda juga boleh baca artikel kesihatan kami yang lain dan menarik berkaitan kehamilan seperti:

Rujukan:

  1. Drinking Milk During Pregnancy – Is It Good? First Story Parenting
  2. 7 Benefits Of Drinking Milk During Pregnancy. Parenting Mini Klub
  3. 8 Susu Ibu Mengandung Terbaik di Malaysia 2022. Productnation

Penulis: hannani

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.