Susu kambing mengandungi Beta Casein A 2 dan ini bererti ia lebih mudah hazam dari susu lembu Beta Casein A 1.
Namun dipasaran ada banyak jenis susu kambing
1. Susu kambing segar frozen raw ( belum dimasak )
2. Susu kambing segar pasteurised ( di panaskan tetapi sekejap)
3. Susu kambing tepung organik dan tidak campur apa-apa dan lalui proses freeze drying.
4. Susu kambing tepung yang dicampurkan dengan krimer dan banyak lagi bahan seperti madu, korma, delima, gam arab dan seribu satu lagi tambahan .
5. Susu kambing formula yang merupakan functional food dan mengandungi minyak sayur, corn syrup solids dan maltodextrin etc.
Susu kambing yang bukan formula hanya boleh diberikan kepada anak atas dari umur setahun.
Pilihan terbaik adalah susu kambing segar, jika raw kena didihkan selama 15 saat untuk keselamatan walaupun bila masak ada sedikit kurang khasiatnya.
Pilihan kedua adalah susu tepung organik yang freeze dried. Harganya jauh lebih mahal dari susu kambing campuran dan bau dia lebih hamis serta lebih susah larut tetapi ini pilihan saya selain yang segar.
Jika saya nakkan senang larut senang sahaja, saya boleh campurkan dengan gam arab sedikit, yeast powder sedikit dan goncang sebelum tambah air.
Susu yang ada krimer ibarat kita tambah margarine pada susu. Krimer dari lemak sayur dan adalah ibarat margarine dan ada kemungkinan mengandungi trans fatty acids yang mudarat pada kesihatan dan tidak sesuai untuk kanak-kanak .
Awas kebanyakkan susu kambing dipasaran mengandungi krimer.
Kenapa saya tidak pilih susu kambing yang banyak campuran itu? Saya tidak tahu mutu bahan yang dicampur.
Jika dicampur madu, madu apa yang dicampur? Dicampur korma? Saya lebih suka ambil korma dan campur sendiri. Lagipun kebanyakan yang dicampur itu mengandungi krimer.