Jom pelajari tanda sakit jantung yang mungkin menyerang seseorang.
Penyakit jantung adalah digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit biasanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar berlakunya rasa kesakitan ini adalah disebabkan oleh kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut.
Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan serangan sakit jantung.
Apakah tanda sakit jantung?
Apabila usia seseorang wanita bertambah, kurang senaman dan berat badan meningkat secara beransur-ansur, ini menyebabkan masalah seperti sesak nafas atau sukar untuk bernafas. Ramai juga dalam kalangan wanita yang mengadu darah menjadi panas semasa menopaus.
Tetapi simptom ini boleh dianggap sebagai isyarat masalah jantung apabila ia berlaku dalam keadaan tertentu. Antaranya, masalah pernafasan yang semakin melarat dari masa ke masa, sesak nafas ketika berbaring dan bertambah baik ketika duduk.
Bakteria oral boleh mempengaruhi jantung apabila ia memasuki saluran darah, melekat pada plak berlemak di dalam pembuluh darah jantung dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Ini berkemungkinan jantung anda mempunyai masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. Individu yang mengalami penyakit periodontal, dua kali lebih cenderung menderita penyakit arteri koronari yang menyebabkan serangan jantung.
Pernahkah anda rasa tangan kebas selang 10 minit. Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. Namun biasanya bagi wanita, anda akan rasa kebas di kedua-dua belah tangan. Jika anda pernah merasa kebas berpanjangan di bahagian tangan kiri dan kanan, anda dinasihatkan untuk dapatkan rawatan lanjutan bagi pencegahan awal.
Menurut pembacaan sebelum ini, jika kadar denyutan tidak teratur, ia adalah sesuatu yang sangat membimbangkan kerana menunjukkan ada masalah yang sedang terjadi. Tambahan pula, apabila ianya disertai dengan sesak nafas, pening, ataupun letih. Ini merupakan tanda seseorang mengalami serangan jantung atau aritmia. Jika tidak diubati dengan segera, dapat membuat penderita mengidap stroke dan bahkan mengalami kematian secara mendadak.
Mengalami kesukaran untuk tidur juga sering dialami oleh penderita penyakit jantung. Hal ini dilihat berdasarkan hasil survey dari sejumlah wanita, yang mana 50% mengalami gangguan tidur pada beberapa hari sebelum positif mengidap serangan jantung. Sekiranya gangguan tidur anda berlanjutan, sila dapatkan rawatan lanjut.
Tanda yang mungkin anda rasa ialah pedih ulu hati. Rasa tidak selesa dan pedih di bahagian dada, di belakang tulang dada. Ini merupakan keadaan yang serius dan harus di kenal pasti sama ada pedih ulu hati ini serius atau tidak.
Angina ialah sakit dada disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke jantung dan ianya mirip dengan rasa pedih ulu hati. Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua penyakit ini, perhatikan jika anda rasa pedih ulu hati semasa melakukan kerja-kerja berat atau melakukan aktiviti ringan.
Disebabkan berlakunya pembengkakan pada perut, hal ini membuat pesakit tidak mempunyai selera makan, rasa mual dan ingin muntah. Gejala penyakit jantung ini merupakan ciri-ciri yang dapat dilihat secara fizikal dan mudah untuk dikenal pasti dengan lebih awal.
Kadang-kadang orang beranggapan bahawa sakit perut adalah disebabkan demam, atau salah makan. Namun ada beberapa kes serangan jantung, seorang wanita mengalami tekanan perut yang teruk seperti ada benda berat di atas perut. Malah, ada yang menyamakan kesakitan umpama gajah menimpa perut sehingga sukar bernafas. Jika perkara ini terjadi dan anda tidak mengalami haid, sila dapatkan pengesahan daripada doktor untuk kepastian.
Berpeluh pada waktu sejuk selalu terjadi walaupun tanpa sebarang pergerakan fizikal. Kenapa ianya berlaku? Apabila jantung mengepam darah melalui laluan yang tersumbat, ia memerlukan daya yang lebih dan untuk memastikan badan berada dalam keadaan selesa, badan akan mengeluarkan peluh untuk mengurangkan pergerakan.
Bagi wanita terutamanya, berpeluh pada waktu malam adalah perkara biasa bagi individu yang ada masalah jantung. Ramai yang akan salah faham dan menganggap ianya akibat daripada kesan menopaus.
Sakit kepala yang menyerang secara tiba-tiba boleh menyebabkan seseorang rasa pening dan pusing sehingga hilang daya keseimbangan dan jatuh. Punca yang berkait dengan pening dan serangan jantung ialah penyakit darah rendah. Selain itu, kekurangan darah dalam badan juga berkait rapat dengan penyakit koronari jantung.
Jika anda mengalami pening seperti ini, anda perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin. Pastikan anda membuat pemeriksaan awal bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan dan mengurangkan risiko serangan jantung.
Sama seperti sistem tubuh badan kita yang rumit, mereka sangat mahir memberi isyarat apabila terdapat sesuatu yang tidak kena. Apabila terdapat masalah dengan jantung, ia akan mencetuskan kesakitan saraf di kawasan tersebut, tetapi kadang-kadang anda merasa sakit di tempat lain.
Sakit di rahang, belakang atau lengan boleh dikaitkan dengan keadaan jantung, terutamanya jika ia sukar untuk dijumpai seperti tiada otot atau sendi tertentu yang sakit. Sakit ini kadang terasa dan boleh membuatkan anda terjaga pada waktu malam.
Anda mungkin merasa sakit yang spesifik di sebelah kiri, bahagian bawah rahang. Jika anda mula merasa tidak selesa, anda perlu dapatkan rawatan.
Seperti kebanyakan wanita, anda semestinya sibuk melakukan tugasan seharian dan menguruskan keluarga. Ini adalah rutin harian normal wanita. Jika anda mengalami kepenatan yang luar biasa, anda mungkin memerlukan pemerhatian. Keletihan yang melampau selalunya dianggap letih atau sebahagian dari simptom demam dan bukannya sakit jantung.
Tekanan dan stres pada jantung juga berlaku apabila jantung cuba mengepam darah di mana terdapat aliran yang tersumbat dan boleh menyebabkan anda mengalami kepenatan yang melampau. Jika anda selalu merasa penat, tanpa sebab yang munasabah, ini mungkin tanda serangan jantung.
Itulah dia tanda sakit jantung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Sekiranya anda seronok membaca artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang khasiat timun, khasiat pisang, dan khasiat avokado.