Sebagai umat Islam, surah dalam Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Kitab ini mengandungi panduan lengkap hidup manusia dan petunjuk ke jalan yang benar.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda mengenai surah dalam Al-Quran yang perlu anda tahu.
Apa itu kitab Al-Quran
Al-Quran adalah firman Allah SWT, diturunkan dengan lafaz dan makna yang jelas, yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantara malaikat Jibrail AS.
Kitab ini ditulis dalam mashaf lalu dipindahkan kepada kita secara mutawatir atau beransur-ansur.
Susunan Al-Quran ini terdiri daripada cantuman 28 huruf Hijaiyah yang mana keseluruhan Al-Quran mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6236 ayat, 114 surah, 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’.
Kelebihan yang ada padanya antaranya adalah ia merupakan mukjzat teragung dan mukjizat Nabi ini akan kekal sehinggalah hari kiamat.
Hal ini seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW:
“Maksudnya: “Dan kelebihan kalamullah ke atas seluruh kalam (perkataan) seperti kelebihan Allah ke atas sekalian kejadian Nya.”
Umat Islam wajib beriman kepada kitab
Beriman kepada kitab-kitab yang Allah turunkan (Al-Quran, Taurat, Zabur, Injil) kepada Rasulnya hukumnya wajib.
Hal ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa beriman kepada kitab-kitab Allah merupakan salah satu dari enam Rukun Iman.
Dan beriman kepada kitab-kitab Allah merupakan Rukun Iman ke-3 yang perlu kita imani, akui, percaya, dan mengamalkannya.
Turutan 114 surah dalam Al Quran dan namanya
Secara keseluruhan, terdapat sebanyak 114 surah dalam Al-Quran yang perlu kita tahu. Ia bermula dengan surah Al-Fatihah sebagai surah yang pertama kedudukannya dan berakhir dengan surah An-Nas sebagai surah tang terakhir berdasarkan turutan yang umum dalam mushaf.
Kesemua surah ini memiliki nama-nama khusus dan bahkan ada diantaranya yang mempunyai lebih dari satu nama.
Contohnya surah Al-Fatihah mengandungi lebih dari 20 nama antaranya, al-Fatihah, Ummul Kitab, as-Sabiu, al-Matsani, al-Kanz, al-Wafiyah, al-Kafiyah, as-Syafiyah dan sebagainya.
Berikut ini adalah turutan 114 surah dalam Al-Quran yang perlu anda tahu:
Al Fatihah (Pembuka): 7 Ayat
Al Baqarah (Sapi Betina): 286 Ayat
Ali Imran (Keluarga Imran): 200 Ayat
An Nisa (Wanita): 176 Ayat
Al Ma’idah (Jamuan): 120 Ayat
Al An’am (Hewan Ternak): 165 Ayat
Al-A’raf (Tempat yang Tertinggi): 206 Ayat
Al-Anfal (Harta Rampasan Perang): 75 Ayat
At-Taubah (Pengampunan): 129 Ayat
Yunus (Nabi Yunus): 109 Ayat
Hud (Nabi Hud): 123 Ayat
Yusuf (Nabi Yusuf): 111 Ayat
Ar-Ra’d (Guruh): 43 Ayat
Ibrahim (Nabi Ibrahim): 52 Ayat
Al-Hijr (Gunung Al Hijr): 99 Ayat
An-Nahl (Lebah): 128 Ayat
Al-Isra’ (Perjalanan Malam): 111 Ayat
Al-Kahf (Penghuni-penghuni Gua): 110 Ayat
Maryam (Maryam): 98 Ayat
Ta Ha (Ta Ha): 135 Ayat
Al-Anbiya (Nabi-nabi): 112 Ayat
Al-Hajj (Haji): 78 Ayat
Al-Mu’minun (Orang-orang mukmin): 118 Ayat
An-Nur (Cahaya): 64 Ayat
Al-Furqan (Pembeda): 77 Ayat
Asy-Syu’ara’ (Penyair): 227 Ayat
An-Naml (Semut): 93 Ayat
Al-Qasas (Kisah-kisah): 88 Ayat
Al-‘Ankabut (Laba-laba): 69 Ayat
Ar-Rum (Bangsa Romawi): 60 Ayat
Luqman (Keluarga Luqman): 34 Ayat
As-Sajdah (Sajdah): 30 Ayat
Al-Ahzab (Golongan-golongan yang Bersekutu): 73 Ayat
Al-Mursalat (Malaikat-malaikat yang Diutus): 50 Ayat
An-Naba’ (Berita Besar): 40 Ayat
An-Nazi’at (Yang Mencabut dengan Keras): 46 Ayat
‘Abasa (Bermuka Masam): 42 Ayat
At-Takwir (Menggulung): 29 Ayat
Al-Infitar (Terbelah): 19 Ayat
Al-Mutaffifin (Orang-orang yang Curang): 36 Ayat
Al-Insyiqaq (Terbelah): 25 Ayat
Al-Buruj (Gugusan Bintang): 22 Ayat
At-Tariq (Yang Datang di Malam Hari): 17 Ayat
Al-A’la (Maha Tinggi): 19 Ayat
Al-Gasyiyah (Hari Pembalasan): 26 Ayat
Al-Fajr (Fajar): 30 Ayat
Al-Balad (Negeri): 20 Ayat
Asy-Syams (Matahari): 15 Ayat
Al-Lail (Malam): 21 Ayat
Ad-Duha (Duha): 11 Ayat
Al-Insyirah (Melapangkan): 8 Ayat
At-Tin (Buah Tin): 8 Ayat
Al-‘Alaq (Segumpal Darah): 19 Ayat
Al-Qadr (Kemuliaan): 5 Ayat
Al-Bayyinah (Pembuktian): 8 Ayat
Az-Zalzalah (Kegoncangan): 8 Ayat
Al-‘Adiyat (Kuda Perang yang Berlari Kencang): 11 Ayat
Al-Qari’ah (Hari Kiamat yang Menggetarkan): 11 Ayat
At-Takasur (Bermegah-megahan): 8 Ayat
Al-‘Asr (Masa): 3 Ayat
Al-Humazah (Pengumpat): 9 Ayat
Al-Fil (Gajah): 5 Ayat
Quraisy (Suku Quraisy): 4 Ayat
Al-Ma’un (Bantuan): 7 Ayat
Al-Kautsar (Nikmat yang Berlimpah): 3 Ayat
Al-Kafirun (Orang-orang Kafir): 6 Ayat
An-Nasr (Pertolongan): 3 Ayat
Al-Lahab (Gejolak Api): 5 Ayat
Al-Ikhlas (Ikhlas): 4 Ayat
Al-Falaq (Waktu Fajar): 5 Ayat
An-Nas (Manusia): 6 Ayat
Hikmah membaca Al-Quran
Terdapat banyak kelebihan yang boleh diperoleh sekiranya kita membaca Al-Quran. Antara manfaatnya adalah seperti yang berikut:
1. Menjadi syafaat di akhirat kelak
Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” – (Hadis Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadis 252)
2. Orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran adalah sebaik-baik amal
Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.” – (Hadis Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadis 5028)
3. Diangkat martabat golongan pembaca Al-Quran
Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran.” – (Hadis Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)
Selain dari senarai surah dalam Al-Quran ini, anda juga boleh baca artikel rohani kami yang lain berkenaan keagamaan seperti:
Jenis-Jenis Pembahagian Surah Di Dalam Al-Quran. Mengaji Online
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.