Apakah itu suntikan HPV? HPV atau nama penuhnya Human Papilloma Virus ialah penyebab utama kanser pangkal rahim atau kanser servik. Tahukah anda bahawa setiap wanita yang sudah berkahwin berisiko dijangkiti HPV. Ini bukan mitos, tetapi fakta.
Kanser servik merupakan kanser yang ketiga paling kerap terjadi dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal (kanser usus besar). Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa kanser servik dilaporkan berlaku setiap tahun.
Penyakit ini menyumbang 6% daripada jumlah kematian akibat kanser bagi golongan wanita. Laporan ini amat merisaukan kita semua. Justeru, dalam artikel ini, penulis akan berkongsi info-info yang perlu diambil tahu oleh semua wanita berkaitan suntikan HPV.
Suntikan HPV ialah sejenis vaksin atau pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di bahagian lengan dalam tempoh 6 bulan.
Jadual pemberian suntikan adalah seperti berikut:
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mendedahkan bahawa gadis yang menerima walau hanya 1 atau 2 dos suntikan, lebih dilindungi berbanding yang tidak menerima suntikan langsung.
Kandungan vaksin ini halal dan tidak meragukan.
Pada masa ini, KKM hanya memberikan suntikan secara percuma kepada semua gadis yang berumur 13 tahun. Ini disebabkan anak gadis berisiko untuk mendapat HPV. Dengan mengambil suntikan seawalnya, vaksin ini boleh melindungi diri mereka untuk mendapat kanser servik pada masa akan datang.
Jika sudah melepasi umur minimum itu, anda masih boleh mendapatkan suntikan HPV di klinik atau hospital swasta. Bayaran akan dikenakan bergantung kepada institusi tersebut.
Jika gadis berusia 13 tahun masih bersekolah, mereka akan diberikan suntikan di sekolah. Jika sudah tidak bersekolah lagi, mereka masih boleh mendapatkannya secara percuma di klinik kesihatan berdekatan.
Bagi golongan bukan sasaran (melepasi umur 13 tahun) anda perlu ke hospital atau klinik swasta.
Hanya anggota kesihatan yang berdaftar, bertauliah dan terlatih boleh memberikan suntikan HPV.
Setiap ibu bapa atau penjaga perlu memberikan persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda mendapat suntikan HPV secara percuma. Pastikan anak gadis anda mendapat ketiga-tiga suntikan mengikut jadual yang ditetapkan.
Jika anak anda tidak dapat hadir ke sekolah semasa suntikan diberi, temujanji yang baru perlu dibuat. Tarikh yang baru akan diberi oleh anggota kesihatan. Pastikan anak anda tidak terlepas suntikan yang tertinggal itu.
Suntikan HPV ini selamat. Namun begitu, ada kes sampingan yang berlaku (1 kes bagi setiap 10 orang), iaitu:
Namun, ada juga kes di mana terdapat alahan yang bersifat sederhana dan teruk. Anda boleh dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu jika pernah ada alahan selepas suntikan MMR semasa Tahun 1.
Jika ada kesan sampingan selepas suntikan, anak anda akan diletakkan di bawah pemerhatian. Jika teruk, kemungkinan suntikan kedua dan ketiga tidak boleh diberi. Namun, keadaan seperti ini amat jarang berlaku.
Jika ada simptom-simptom lain akibat suntikan, segera dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital berdekatan. Jangan risau, suntikan ini tidak menyebabkan kemandulan, keguguran, kematian atau kecacatan bayi.
Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan anda tidak boleh menerima suntikan HPV iaitu:
Untuk mendapatkan perlindungan yang optimum daripada kanser servik setiap wanita perlu mengambil suntikan HPV. Jika tidak pernah mendapat suntikan ketika berusia 13 tahun di sekolah, masih tidak terlambat untuk mendapatkannya di klinik atau hospital swasta.
Pastikan juga ketiga-tiga dos telah diambil mengikut jadual yang ditetapkan.
Selain memberikan suntikan HPV secara percuma bagi anak gadis berusia 13 tahun, kerajaan juga membantu golongan wanita yang melepasi umur tersebut. Pada tahun 2019, suntikan HPV melalui Program MyHPV diberikan secara percuma.
Bantuan ini diberikan kepada wanita bujang atau belum pernah berkahwin, warganegara Malaysia atau taraf penduduk tetap. Syarat utamanya ialah wanita yang lahir pada tahun 1992 hingga 1996 yang terdiri daripada golongan B40 dan M40.
Mengikut rekod, bantuan suntikan HPV secara percuma telah diberikan pada setiap tahun sejak 2012. Namun buat masa ini, pemberian suntikan MyHPV 2019 telah ditamatkan pada tahun 2020. Bagi program tahun 2020, kerajaan belum membuat sebarang pengumuman.
Jika anda hendak mendapatkan maklumat lanjut tentang suntikan HPV, bolehlah dapatkannya di:
Diharapkan dengan info-info penting yang dikongsikan ini, para pembaca mendapat manfaat sepenuhnya. Ibu bapa janganlah bersikap enteng dalam hal seperti ini. Maklumkan kepada anak gadis anda tentang kepentingan suntikan HPV demi kesihatan mereka.
Bagi wanita yang sudah berkahwin, namun tidak pernah mengambil suntikan ini, anda boleh mendapatkan nasihat berdasarkan info di atas. Sesungguhnya lebih baik mencegah daripada merawat.
Semoga bermanfaat. Jemput juga baca artikel tentang kanser ovari makanan kuatkan rahim dan punca payudara bengkak
https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/44-pelalian-hpv