Bayi yang baru lahir perlu diberikan susu yang berkhasiat untuk pembesaran mereka. Mereka hanya boleh minum susu badan atau susu formula mengikut usia bayi. Pada awal kelahiran mereka tidak memerlukan susu yang banyak.
Bayi yang baru lahir akan rasa janggal untuk menghisap susu badan atau botol. Oleh sebab itu, mereka tidak banyak minum susu di awal kelahiran. Tetapi semakin meningkat usia bayi, mereka memerlukan susu yang banyak.
Tetapi, ada sukatan yang betul untuk menyusukan si bayi. Apakah sukatan yang betul?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai sukatan susu yang betul dan mudah untuk setiap usia bayi. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.
👩⚕️Purata bayi perlukan 2-3OZ bagi setiap 0.5kg berat bayi pada setiap hari .
🍼 1-2 oz susu setiap 2-3 jam
🍼 8-12 kali susuan dalam sehari
🍼 8-24 oz jumlah susu untuk sehari
🍼 3-4 oz susu setiap 3-4 jam
🍼 6-8 kali susuan dam sehari
🍼 24-32 oz jumlah susu untuk sehari
🍼 4-8 oz susu setiap 4-6 jam
🍼 4-6 kali susuan dalam sehari
🍼 24-32 oz jumlah susu untuk sehari
Waktu usia sekarang, bayi tidur lebih lena pada waktu malam . Bayi minum lebih banyak waktu pagi atau ketika hendak tidur.
🍼 6-8 oz susu setiap 4-6 jam
🍼 6 kali susuan dalam sehari
🍼 32 oz jumlah susu untuk sehari
Waktu usia 6 bulan ke atas sudah boleh diajar atau perkenalkan makanan pejal sebagai permulaan makanan.
🍼 7-8 oz susu setiap 4-6 jam
🍼 3-5 kali susuan dalam sehari
🍼 24 oz jumlah susu untuk sehari
🍼 4 oz susu setiap 6 jam
🍼 4 kali susuan dalam sehari
🍼 16 oz jumlah susu untuk sehari
Jangan bimbang sekiranya bayi kurang minum berbnding makan . Sediakan jenis makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti puree buah atau sup.
*Tips ini dikongsikan oleh doktor pakar dari klinik Dr, Asmah. Jadi, ini adalah sukatan yang betul untuk setiap usia bayi. Jika bayi bawah umur 6 bulan kurang minum susu atau susah. Segera pergi bawa berjumpa doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.