Sujud Sajadah juga dikenali sebagai Sujud Tilawah. Tilawah bermaksud bacaan. Oleh itu, Sujud Sajadah ialah perbuatan sujud apabila seseorang bertemu dengan Ayat Sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat.
Hukum melakukan Sujud Sajadah adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan. Namun begitu, jika tidak melakukannya, ia bukan suatu dosa.
Dari Umar ra, “Pada suatu hari Jumaat, dia (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, dia lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya suruh berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajadah, dia berkata:
“Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka tidak mendapat dosa.” (HR Bukhari)
Ayat 24, Surah Sod menurut mazhab Syafie dan Hanbali tidak termasuk dalam Ayat Sajadah, tetapi ayat tersebut disunatkan untuk Sujud Syukur. Manakala, Ayat 77, Surah al-Hajj pula menurut mazhab Syafie dan Hanbali dimasukkan sebagai Ayat Sajadah.
Bagi al-Quran Rasm Uthmani, Ayat-ayat Sajadah akan ditandai dengan simbol kubah.
Sebenarnya, bacaan ketika Sujud Sajadah adalah sama seperti bacaan sujud ketika solat. Namun begitu lafaz bacaan Sujud Sajadah ini terdapat banyak khilaf dalam kalangan ulama.
1) Dari Hudzaifah ra, beliau menceritakan bahawa Nabi saw ketika sujud membaca:
Maksudnya, “Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi” (HR. Muslim)
2) Dari ‘Aisyah ra, Nabi saw biasa membaca do’a ketika ruku’ dan sujud,
Maksudnya, “Maha Suci Engkau Ya Allah, Rabb kami, dengan segala pujian kepadaMu, ampunilah dosa-dosaku.” (HR. Bukhari dan Muslim)
3) Dari ‘Ali bin Abi Talib, Nabi saw ketika sujud membaca,
Maksudnya, “Ya Allah, kepadaMu lah aku bersujud, keranaMu aku beriman, kepadaMu aku berserah diri. Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta.” (HR. Muslim)
Namun begitu, terdapat 1 lafaz bacaan Sujud Sajadah yang biasa diajar kepada masyarakat kita, iaitu:
4) Dari ‘Aisyah ra, beliau mengatakan bahwa Rasulullah saw biasa membaca dalam sujud tilawah di malam hari beberapa kali bacaan:
Maksudnya, “Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta” (HR. Abu Daud, Tirmizi dan an-Nasai)
Hadis di atas terdapat perselisihan ulama mengenai statusnya. Hadis ini dikatakan sahih oleh at-Tirmizi, al-Hakim, an-Nawawi, adz-Dzahabi, Syaikh Ahmad Muhammad Syakir, Syaikh al-Albani dan Syaikh Salim bin ‘Ied Al Hilali. Sedangkan tambahan “Fatabaarakallahu ahsanul kholiqiin” disahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi dan an-Nawawi. Namun sebagian ulama lain seperti Syaikh Abi ‘Umair menilai bahawa hadis ini lemah (dho’if).
1) Para ulama bersepakat bahwa sujud sajadah cukup dengan sekali sujud.
2) Bentuk sujudnya sama dengan sujud dalam solat.
3) Tidak disyariatkan (berdasarkan pendapat yang paling kuat) untuk takbiratul ihram dan salam.
Ibnu Taimiyah mengatakan,
Maksudnya, “Sujud tilawah ketika membaca ayat sajadah tidaklah disyariatkan untuk takbiratul ihram, juga tidak disyariatkan untuk salam. Inilah ajaran yang sudah ma’ruf dari Nabi saw, juga dianut oleh para ulama salaf, dan inilah pendapat para imam yang telah masyhur.” (Majmu’ Al Fatawa, 23/165)
4) Namun begitu, terdapat juga pendapat menyatakan disyariatkan pula untuk bertakbir ketika hendak sujud dan bangkit dari sujud. Hal ini berdasarkan umum hadis Wa’il bin Hujr,
Maksudnya “Nabi saw biasa mengangkat kedua tangannya ketika bertakbir. Beliau pun bertakbir ketika sujud dan ketika bangkit dari sujud.” (HR. Ahmad, ad-Darimi, at-Thoyalisi)
5) Bagi Sujud Sajadah yang dilakukan di luar solat, adalah lebih utama Sujud Sajadah dimulai dari keadaan berdiri. Inilah pendapat yang dipilih oleh Hanbali, sebagian ulama dari Hanafi, salah satu pendapat ulama-ulama Syafie, dan juga pendapat Ibnu Taimiyah.
Dalil mereka adalah:
Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud.” (Surah al Isra’, Ayat 107).
Ulasan mereka, yang namanya ‘yakhirrun’ (menyungkur) adalah dari keadaan berdiri. Namun, jika seseorang melakukan sujud sajadah dari keadaan duduk, maka ini tidaklah mengapa. Bahkan Imam Syafi’i dan murid-muridnya mengatakan bahwa tidak ada dalil yang mensyaratkan bahawa Sujud Sajadah harus dimulai dari keadaan berdiri. (Shahih Fiqih Sunnah, 1/449)
Majoriti ulama berpendapat bahawa Sujud Sajadah disyariatkan untuk berwudhu’ sebagaimana solat. Oleh kerana itu, para ulama mensyariatkan untuk bersuci dan menghadap kiblat dalam Sujud Sajadah sebagaimana syarat-syarat sah solat.
Namun, ulama lain iaitu Ibnu Hazm dan Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa tidak disyariatkan untuk berwudhu’ kerana Sujud Sajadah bukan solat. Namun Sujud Sajadah adalah ibadah yang berdiri sendiri. Dan diketahui bahawa jenis ibadah ini tidaklah disyariatkan bersuci (toharah). Inilah pendapat yang dipilih oleh Ibnu ‘Umar, asy-Sya’bi dan al-Bukhari.
Terdapat beberapa khilaf ulama dalam hal Sujud Sajadah. Berkenaan dengan bacaan Sujud Sajadah, kita oleh sahaja membaca bacaan tasbih seperti yang dibaca ketika sujud di dalam solat. Namun, jika ingin membaca lafaz Sujud Sajadah yang biasa diajarkan kepada kita iaitu ‘Sajada wajhia lillazi kholaqahu…’ juga tidak menjadi masalah kerana lafaz itu juga memiliki syahid (penguat).
Tatacara Sujud Sajadah di dalam solat tidak banyak ulama yang berbeza pendapat, kerana sewaktu solat, kita sememangnya berada dalam keadaan berwudhu’. Namun bagi Sujud Sajadah yang dilakukan di luar solat, terdapat percanggahan dalam beberapa hal.
Oleh kerana Ibn Taimiyah berpendapat bahawa Sujud Sajadah bukan solat, kerana ia adalah ibadah yang berdiri sendiri, maka, tatacaranya tidak semestinya perlu sama seperti ibadah solat. Maka, adalah tidak salah jika kita tidak berdiri, tidak melakukan takbiratul ihram, tidak salam, tidak berwudhu’ dan tidak menghadap kiblat untuk melakukan Sujud Sajadah di luar solat.
Namun, sekiranya kita ingin berwudhu’, berdiri, melakukan takbiratul ihram, memberi salam serta menghadap kiblat ketika melakukan Sujud Sajadah di luar solat, ia juga adalah satu amalan yang dibenarkan malah ia adalah lebih afdhal. Wallahu a’lam.
Bagaimana dengan artikel berkenaan Sujud Sajadah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?
Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:
Rujukan: