“Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati bahawa; antara punca utama perceraian hari ini adalah disebabkan suami curang atau isteri enggan dimadukan yang mencatatkan jumlah sebanyak 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.”
Kajian ini menjadi salah satu sebab dan alasan seorang isteri tidak boleh memandang remeh perihal kecurangan seorang suami. Dek kecurangan suami, perkahwinan yang dibina bakal musnah jika tindakan sewajarnya tidak diambil. Berhati-hati dengan suami curang.
Awas suami curang. Hati mana yang tidak terluka jika suami yang kita sayangi bermain kasih dengan perempuan lain. Namun, jangan sesekali mudah putus harapan dan terus ingin berpisah. Perkahwinan anda masih boleh diselamatkan.
Berikut 5 langkah yang boleh anda lakukan jika berdepan dengan masalah ini:
Sebagai seorang isteri yang masih sayangkan perkahwinan yang dibina sekian lama, jangan sesekali terfikir untuk terus bertindak meninggalkan si suami yang curang. Masalah berlaku adalah untuk kita hadapi, bukan untuk kita lari daripadanya. Makin kita lari, masalah tetap akan mengekori.
Bersikap tidak peduli seolah-olah menunjukkan kita meredai kecurangan si suami. Ada sesetengah daripada wanita yang mengambil jalan mudah dengan tidak mengendahkan kecurangan suami, walhal mereka sudah tahu akan perkara tersebut.
Si isteri beranggapan dengan cara membiarkan masalah tersebut, lama-kelamaan masalah tersebut akan hilang dengan sendirinya. Ternyata ianya salah jika seorang isteri beranggapan sebegitu. Kecurangan suami akan menjadi-jadi sekiranya ia dibiarkan dan tidak diambil peduli.
Jiwa mana yang akan tenang bila menyedari suami curang yang kita cintai tiba-tiba berlaku curang. Makin difikir, makin bergelora hati dibuatnya. Oleh sebab itulah, seorang isteri patut tenangkan fikiran dan cuba untuk memberikan masa kepada diri sendiri dan juga suami sebelum mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya. Nescaya bila hati tenang, jalan penyelesaian pasti akan kunjung tiba.
Jika keadaan makin rumit dan sukar untuk diselesaikan secara bersama, segeralah dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa dan juga kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga.
Kadang-kala kita mungkin tidak sedar bahawa yang memberikan kebahagiaan hakiki adalah Sang Pencipta yang Maha Agung iaitu Allah S.W.T. Mana mungkin hati yang sentiasa lupa akan Dia akan tenang dan bahagia hidupnya. Samalah jua keadaannya dengan sesuatu perkahwinan. Perkahwinan yang bahagia bergantung juga kepada sejauh mana kita berhubung dengan-Nya.
ALLAH Maha Mendengar doa hamba-hamba-Nya dan Dia selalu menyeru agar setiap insan berdoa kepada-Nya. Firman-Nya,
“…Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir:60)
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang telah lama terbina. Anggaplah kecurangan suami itu sebagai salah satu gerhana dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti akan menerangi kembali. Wahai suami curang, kasihanilah isteri kamu