Bagaimanakah cara solat sunat witir dan doa mujarab yang bagus untuk diamalkan bersama selepas solat?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara solat sunat witir yang perlu anda tahu.
‘Witir’ atau ‘watir ‘merupakan istilah bahasa Arab yang bermaksud ‘ganjil’. Menerusi hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda;
“Sesungguhnya Allah itu witir dan Dia suka kepada yang ganjil.”
Solat witir merupakan solat sunat yang dilaksanakan antara selepas solat isyak sehingga terbit fajar.
Tujuannya adalah untuk mengakhiri solat malam seperti solat sunat tahajud dan solat tasbih hajat atau sebagai penutup kepada semua solat yang dilaksanakan.
Rasulullah SAW bersabda;
“Daripada Ibn Umar daripada Nabi SAW sabdanya; ‘Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam’.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Nabi Muhammad SAW diriwayatkan tidak pernah meninggalkan solat witir walaupun ketika bermusafir, malah baginda bersabda;
“Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” – (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
Solat sunat witir merupakan ibadat sunat muakkad, iaitu ibadat yang dituntut dan sangat digalakkan untuk ditunaikan.
Solat witir juga lebih utama daripada solat-solat sunat rawatib yang lain. Seperti sabda Rasulullah SAW;
“Wahai ahli al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir (Maha Esa) dan suka sekali kepada witir.” – (Hadis Riwayat Ahmad)
Solat witir dilaksanakan dalam jumlah rakaat yang ganjil iaitu sama ada satu, tiga, lima dan rakaat ganjil seterusnya. Solat witir tidak sah jika ditunaikan dalam bilangan rakaat genap.
Waktu yang sesuai untuk mendirikan solat sunat witir adalah selepas solat isyak sehingga menjelangnya waktu solat subuh. Iaitu waktu sunyi sepi di sepertiga malam.
Terdapat empat cara yang dianjurkan untuk melakukan solat witir:
1. Dua kali solat (2+1)
Solat witir yang pertama dilakukan sebanyak dua rakaat dan salam dan diikuti dengan solat satu rakaat dan salam. Ini adalah solat witir yang dianjurkan oleh mazhab Imam Syafie dan Imam Hanbali.
Imam Syafie dan Imam Hanbali berpendapat bahawa menceraikan rakaaat lebih baik kerana ada penambahan salam. Hujah ini dikukuhkan lagi dengan hadis dari Ibn Umar yang menyatakan;
“Nabi Muhammad SAW menceraikan antara rakaat genap (dua rakaat) dan witir (satu rakaat) dengan salam.” – (Hadis Riwayat Ahmad)
2. Tiga rakaat dengan satu salam tanpa duduk
Menurut riwayat Muslim, Nabi Muhammad SAW melakukan solat sunat witir lima rakaat dan baginda tidak duduk tahiyat kecuali pada rakaat terakhir.
Solat witir tiga rakaat dengan satu salam dilakukakan tanpa duduk pada rakaat kedua.
3. Tiga rakaat dengan satu salam dan disertai duduk
Mazhab Hanafi menganjurkan solat witir dengan cara ini. Cara pelaksanaan sama seperti solat maghrib cuma pada rakaat ketiga dibacakan surah selepas al-Fatihah.
4. Lebih daripada tiga rakaat
Menurut Imam Syafie sebaiknya solat witir yang lebih dari tiga rakaat dilaksanakan dengan menceraikan satu salam pada setiap dua rakaat.
Cara mengerjakan solat witir lazimnya dilakukan dua rakaat, sekali salam diikuti dengan satu rakaat sekali salam.
Ini bermaksud:
Supaya lebih jelas dan mudah dalam melaksanakan amalan sunnah ini, berikut disertakan tertib mengikut cara solat witir 2+1:
Rakaat pertama:
أُصَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala.”
Rakaat kedua:
Rakaat ketiga:
صَلِّى سُنَّةَ الوِتْرِ رَكْعَةً لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.”
Selepas membaca al-Fatihah, bacalah surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas, sebaik selesai tahiyyat dan salam, bacalah beberapa bacaan ini;
“Maha suci Allah kami mohon kepadaMu keimanan yang kekal, kami mohon kepadaMu hati yang khusyuk, kami mohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, kami mohon kepadaMu jadikan keyakinan kami pada kebenaran,
Kami mohon kepadaMu agar kami beramal soleh, kami mohon kepadaMu kemantapan beragama, kami mohon kepadaMu kebaikan yang banyak, kami mohon kepadaMu keampunan dan kesihatan, kami mohon kepadaMu kesenangan yang sempurna,
Kami mohon kepadaMu agar kami bersyukur di atas kesenangan tersebut, kami mohon kepadaMu kecukupan dalam kehidupan. Maha suci Allah Tuhan kami, Kau terimalah solat kami, puasa kami, kedudukan amalan kami, kekhusyukan kami kepadaMu,
Ketundukan kami kepadaMu Ya Allah Yang Maha Mengasihi(hamba-hambaNya) yang punya rasa mengasihi. Anugerah Allah lah ke atas kebaikan makhlukNya Muhammad serta ahli keluarganya juga sahabat-sahabatnya sekalian dan segala puji itu hanya bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.”
Namun bagaimana pula jika seseorang itu mahu menunaikan solat sunat lain lagi, tetapi telah bersolat witir sebelumnya?
Jika begitu, dia boleh bersolat lagi tetapi tidak boleh mengulangi lagi solat witir. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasullullah SAW yang bersabda;
“Tidak ada dua witir pada satu malam.” – (Hadis Riwayat Ahmad)
Tetapi, mengikut pandangan para ulama, sesiapa yang telah mengerjakan solat sunat witir pada awal malam dan bangun semula di tengah malam untuk bersolat lagi, hendaklah didirikan solat sunat witir satu rakaat lagi dengan niat menggenapkan solat witir yang awalnya tadinya.
Kesimpulannya, solat sunat witir adalah solat yang didirikan sebagai mengakhiri solat-solat lain pada sesuatu hari tersebut.
Ini bermakna, sebelum mendirikan solat witir perlu didahulukan solat lain terlebih dahulu kerana solat ini adalah penutup dan tidak ada lagi solat selepasnya.
Semoga kita sentiasa melazimi solat-solat sunat dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dan sentiasa berdoa agar segala amalan kita diterima baik olehNya, amin.
Selain dari cara solat sunat witir ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan panduan solat seperti:
Sumber: