Solat sunat tahiyatul masjid adalah solat sunat yang dilakukan bagi menghormati dan memuliakan masjid seperti yang dianjurkan oleh agama Islam.
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan tatacara mendirikan solat tahiyatul masjid dan kelebihannya.
Solat ini juga adalah solat sunat muakkad yang didirikan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk atau melakukan perkara lain.
Imam al-Nawawi juga ada menyebut bahawa para ulama sepakat bahawa solat sunat Tahiyatul Masjid adalah sunnah dan jika tiada keuzuran maka makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat. – (Rujuk Al-Majmu’Syarh Al-Muhazzab)
Rasulullah SAW sangat menggalakkan untuk umat Baginda melazimi solat sunat ini. Daripada Abu Qatadah sabda Baginda SAW:
“Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi atau memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” – (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Solat sunat ini boleh didirikan pada bila-bila masa sahaja sebaik melangkah masuk ke dalam masjid dan sebelum seseorang itu duduk mahupun melakukan sesuatu yang lain.
Solat sunat ini dilaksanakan sama sahaja seperti solat sunat yang lain. Bilangan rakaatnya adalah sebanyak 2 rakaat.
Berikut adalah panduan penuh cara untuk mendirikan solat tahiyatul masjid:
1. Niat
Usolli sunnatan tahiyyatal masjid rak’ataini lillahi ta’ala
“Sahaja aku Solat Sunat Tahiyatul Masjid kerana Allah Taala.”
2. Rakaat Pertama:
3. Rakaat Kedua:
Sebaik selesai menunaikan solat sunat ini, berniatlah beriktikaf di masjid seperti berikut:
“Sahaja aku beriktikaf dalam masjid ini sunat kerana Allah Taala.”
Terdapat banyak kelebihan bagi sesiapa yang melazimkan diri menunaikan solat sunat setiap hari. Berikut adalah antara manfaat yang boleh anda perolehi.
Kesimpulannya, Islam sangat menganjurkan agar umat Islam memuliakan masjid sebagai tempat ibadah dan rumah Allah.
Selain itu, solat sunat ini juga sering dilazimi oleh Rasulullah SAW, jadi sebagai umatnya perlulah mencontohi Baginda dan mengikuti segala saranan baginda.
Selain dari panduan solat sunat tahiyatul masjid ini, anda juga boleh baca artikel tips kami yang lain berkenaan panduan solat seperti: