Kita dapat melihat bahawa generasi kini mempunyai kurang kemahiran dalam komunikasi ketika berbicara dengan orang lain tidak mengira usia. Mereka lebih berminat untuk mengunakan bahasa yang kurang sesuai ataupun dipanggil bahasa pasar.
Perkara ini amat membimbangkan kerana kemahiran komunikasi amat diperlukan dalam sesuatu pekerjaan. Dibawah ini adalah beberapa kemahiran komunikasi yang boleh diajar oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka:
1. Mengajar anak menggunakan bahasa tubuh yang betul semasa berkomunikasi .
2. Mengajar anak cara untuk memulakan perbualan.
3. Mengajar anak cara hendak menghadapi dan mengurus konflik dalam pergaulan seperti dibuli dan pergaduhan.
4. Teknik berkomunikasi di dalam kelas.
5. Cara memberikan pujian kepada orang lain.
6. Mengajar anak cara menghindari & menghadapi pemangsa seksual kanak kanak ( pedophile).
7. Mengetahui membezakan sentuhan selamat dan tidak selamat.
*Kami berharap bahawa tips ini boleh memberikan manfaat kepada ibu bapa diluar sana.
*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis iaitu Encik Taufiq Razif(Parenting Coach). Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.