Rasanya sudah menjadi budaya masyarakat kita..
Bila dah penuh satu rumah, mulalah nanti ada ibu ayah menjerit sana sini..
Semua pun jangan. Lama-lama nak senang, bagi anak gadjet. Rumah tak sepah, anak tak bising, kita pun tak penat. Betul tak?
Tapi, inikah suasana yang kita mahukan? Adakah tindakan kita ini membantu perkembangan mereka? Sudah tentu tidak!
Anak memerlukan ruang untuk bermain dan bereksplorasi. Jika terlalu banyak halangan dan kekangan dari ibu bapa, ini akan membantutkan perkembangan mereka dalam meneroka alam sekeliling.
Ayuh!kita simplify kehidupan sekeliling supaya dapat menyediakan suasana yang dapat merangsang perkembangan anak-anak.
Menurut Dr. Payne, adalah penting bagi ibu bapa untuk simplify kehidupan anak-anak kerana akan lebih memudahkan proses membesarkan mereka. Terdapat 5 tips yang diketengahkan oleh Dr. Payne dalam bukunya “SIMPLICITY PARENTING” yang boleh dijadikan panduan ibu bapa masa kini.
Pastikan kawasan rumah dan barang yang ada di dalam rumah adalah selamat, kalis air dan tidak bahaya.
Jadikan persekitaran rumah kita sebagai “ZON MESRA KANAK-KANAK” dimana anak-anak bebas berlari tanpa ibu bapa tidak perlu risau mereka akan terjatuh, terkena bahan-bahan yang tajam atau berbahaya.
Kita perlulah meminimalkan barang yang terdapat di dalam rumah seperti baju dan alat permainan anak-anak. Kita boleh asingkan atau menjual baju-baju dan mainan yang tidak digunakan lagi. Pilih mainan yang bagus dan terbaik untuk perkembangan anak-anak sahaja.
Dr. Payne menyatakan bahawa sebenarnya kanak-kanak tidak memerlukan barang permainan yang banyak. Bila kita meminimalkan alat permainan, anak-anak akan lebih focus bermain daripada menyepahkan dan berebut mainan antara satu sama lain. Logikkan?
Ada 3 jenis permainan yang akan membuatkan anak-anak kita tidak perlu bergantung kepada alat permainan semata-mata. Antaranya,
a) Trial and Error Play: Proses bermain semulajadi seperti anak merangkak dan berguling-guling di sekeliling rumah dan sebagainya yang tidak memerlukan sebarang alat permainan.
b) Touch and Experience Play: Adalah lebih baik anak-anak bermain dengan benda yang sebenar seperti buih, pasir, tanah dan sebagainya kerana dapat merangsang hampir keseluruhan sensori mereka dengan baik.
c) Imaginary Play: Anak-anak berlakon atau bermain olok-olok menjadi cikgu, doktor, chef yang sibuk di dapur. Permainan seperti ini mampu meningkatkan kreativiti dan imaginasi anak-anak tentang sesuatu perkara yang berlaku disekeliling mereka.
Ubahsuai jadual harian anak supaya anak tidak terlalu terikat dengan aktiviti akademik semata-mata. Berikan mereka peluang dan masa untuk diri mereka sendiri untuk melakukan aktiviti yang mereka suka.
Ibu bapa juga perlu cuba mewujudkan rutin yang ringkas dalam kehidupan harian anak-anak seperti:
Apabila mereka mempunyai rutin harian ringkas seperti ini, kehidupan mereka akan lebih lancar dan mereka akan lebih tahu apa yang perlu dilakukan setiap hari tanpa perlu disuruh-suruh atau dimarahi oleh ibu bapa. Ibu bapa juga akan kurang tekanan!
Kurangkan hidangan dimeja, tidak perlu memasak sehingga 4 hingga 5 hidangan dalam suatu masa. Cukup sekadar 1 atau 2 hidangan yang sihat dan lengkap untuk keluarga.
Apabila kita kurangkan masa di dapur, sudah pasti kita akan lebih banyak masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Bonding Time lebih berkualiti dan ibu-ibu sudah pastinya tidak letih mengusap peluh didapur!
Jadikan kerjasama itu nilai pegangan dalam keluarga. Agihkan tugas harian bersama-sama suami dan anak-anak. Kalau ibu masak, ayah tolong jaga anak. Mudahkan? Jadi ibu tidak perlu menanggung keletihan dan bebanan seorang diri sahaja di rumah.
Emosi ibu sangat penting dalam menentukan ‘cuaca’ sesebuah keluarga.
Mari kita amalkan tips di atas supaya kita dapat membesarkan anak-anak dengan lebih mudah. Semoga ibu bapa lebih tenang selepas ni ya!
Sumber: Artikel ini telah diolah daripada artikel asal Puan Farhan di laman facebook beliau.