Anak-anak zaman sekarang semakin terdedah dengan budaya yang tidak baik. Bagi mereka itu adalah ‘trend’ zaman sekarang. Jika tidak ikut, dikategorikan sebagai ketinggalan zaman. Perasaan malu, bersyukur, sifat kemanusiaan, semuanya semakin pudar dalam diri anak-anak sekarang.

Anak-anak adalah generasi yang akan meneruskan dan membangunkan negara. Tetapi, jika anak itu sendiri tidak mempunyai sifat hati dalam diri, bagaimana mahu meneruskan generasi untuk masa hadapan? Ianya menjadi satu masalah bukan sahaja kepada ibu bapa malah kepada negara juga.

Bagi mengelakkan anak-anak kita daripada tercemar dengan budaya tidak baik, ibu bapa perlu serapkan sifat hati di dalam diri anak-anak. Apakah sifat hati yang perlu diserapkan ke dalam diri anak-anak?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 sifat hati yang diserapkan dalam diri anak. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

5 sifat hati diserapkan dalam diri anak
Image via Facebook

5 Jenis sifat hati

Berikut adalah sifat-sifat hati :

1. Supaya anak kita belajar sifat hati yang bernama Qana’ah

Maksudnya merasa cukup walau dalam serba kekurangan.

2. Supaya anak kita belajar mempraktikkan Tasamuh

Maksudnya sifat hati memaafkan & menghormati orang lain dalam pergaulan tanpa mengira agama, warna kulit dan jumlah harta

3. Supaya anak belajar sifat hati bernama Syukur

Maksudnya merasa berterima kasih pada Pemberi Rezeki walau sekecil apa pun rezeki yang diterima

4. Supaya anak kita belajar juga sifat hati yang bernama Tawadu’

Bermaksud merasa tidak sombong bila berhadapan dengan orang lain terutamanya yang lebih miskin dan kurang berharta

5. Supaya anak belajar sifat hati yang bernama Itsar.

Inilah sifat mulia yang tertinggi dalam pergaulan iaitu sifat mengutamakan kepentingan saudara se-Iman dan se-Islam melebihi kepentingan diri sendiri.

*Sifat hati ini perlu diserapkan ke dalam diri anak-anak kita agar mereka dapat dibesarkan dengan sifat yang baik dan penuh sifat amalan murni. Sifat hati ini perlu diajarkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana waktu itu mereka boleh menerima ilmu yang kita berikan kepada mereka. Selain itu, waktu itu minda mereka lebih luas dan rasa ingin tahu yang kuat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.