Ramai yang tercari resepi shell tart untuk buat kuih tart. Walaupun sudah ada shell tart yang sedia ada tinggal beli di kedai namun terkadang buat sendiri lebih yakin bebas bahan kimia, berbaloi dan puas.
Memandangkan hal tersebut maka kami tuliskan resepi shell tart yang boleh diguna untuk apa-apa sahaja jenis tart. Rupanya senang sangat buat dia. Hanya dengan menggunakan marjerin, gula kastor, telur, tepung, dan sedikit esen vanilla.
Menyediakan adunan pula tidak perlu terlalu kembang. Hanya sekadar sebati sahaja maknanya anda tidak perlu alat untuk menyediakan adunan. Resepi dikongsikan oleh Hlinda Hlinda di laman Facebook. Acuan yang diguna ialah saiz 4.5 cm. Adunan yang didapat sebanyak 110 – 115 biji. Selamat mencuba.
Selain shelltart, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai, sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.