Memilih seterika terbaik adalah sangat penting kerana seterika merupakan alatan elektrik di rumah yang kerap anda gunakan. Setiap pagi anda perlu menyenerika pakaian untuk dipakai ke pejabat dan pakaian sekolah anak. Memilih seterika yang salah akan menyebabkan anda mengambil masa yang lama untuk menggosok pakaian.
Malah ia juga akan menyebabkan bil elektrik anda melambung tinggi. Paling sedih, pakaian kegemaran anda akan berlubang akibat hangus terkena seterika yang terlalu panas. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan tips memilih seterika yang terbaik untuk rumah anda.
Rasanya anda pun tahu tentang perkara ini, seterika berwap atau steam iron adalah lebih baik berbanding seterika biasa. Ini kerena steam iron akan memudahkan kerja anda. Apabila anda menggosok permukaan baju, permukaan yang sebelah lagi juga akan digosok secara automatik. Anda cuma perlu gosok sebelah sahaja. Mudahnya!
Tambahan pula, penggunaan seterika yang mempunyai wap akan membuatkan baju anda lebih cepat hilang kedutan kerana adanya wap panas yang keluar daripada seterika tersebut. Ianya tidak sama seperti menyemburkan air ke atas baju yang biasa anda lakukan. Ini kerana air yang anda sembur hanya melekat di permukaan baju dan suhunya adalah sejuk. Sementara stim dari steam iron adalah panas dan menembusi fabrik sehingga ke lapisan di bawah. Hebat tak hebat steam iron ni?
Nak tahu 4 iron steam terbaik di pasaran Malaysia sekarang? Jom kami senaraikan sebagai panduan anda.
Kami faham. Tak semua orang mampu untuk membeli iron steam yang mahal harganya. Jika anda cuma mampu membeli seterika biasa, tak mengapa. Jangan bebankan diri membeli seterika dengan harga di luar kemampuan anda. Tujuan anda membeli seterika ialah untuk menggosok baju. Tak kisahlah anda tak gunakan steam iron sekali pun, apa yang paling penting anda tak kelua rumah dengan baju yang berkedut seribu.
Jika anda membeli seterika biasa, elakkan daripada memilih seterika yang berat. Pilih seterika yang ringan. Dulu-dulu kita biasa dengar orang kata, kalau nak beli seterika pilih yang berat kerana kononnya lagi berat seterika, lagi cepat baju anda jadi licin.
Hakikatnya, apabila anda menggosok baju, kedutan pada baju anda hilang disebabkan oleh kepanasan yang dikeluarkan oleh seterika. Bukannya disebabkan oleh berat seterika itu sendiri. Malahan, seterika yang berat akan menyebabkan tangan anda menjadi lenguh dengan cepat. Nak-nak lagi kalau anda jenis suka seterika baju untuk seminggu sekali gus.
Oleh itu, jangan siksa diri dengan menggunakan seterika yang berat. Pilih seterika paling ringan yang anda boleh jumpa. Tangan anda tak mudah lenguh, tenaga anda pun tak habis semata-mata nak mengangkat seterika yang berat.
Ini adalah perkara yang sangat penting. Apabila membeli seterika, pilih seterika yang anda logo SIRIM pada kotaknya. Logo SIRIM bermakna seterika tersebut telah melalui ujian SIRIM dan didapati ianya memenuhi piawaian SIRIM dan selamat untuk anda gunakan tanpa risiko seperti meletup atau kebakaran.
Kami nasihatkan supaya anda memilih seterika dari jenama yang boleh dipercayai dan telah lama ada di pasaran Malaysia. Pilih jenama seterika yang dikenali ramai. Dewasa ini terdapat lambakan barangan elektrik tidak berjenama yang datang dari negara China. Membeli seterika tidak berjenama yang datang dari China akan membuatkan anda berisiko tinggi untuk mengalami perkara yang tidak diingini.
Seterika yang mempunyai logo Suruhanjaya Tenaga bermaksud ianya telah diuji dan terbukti sebagai alatan elektrik yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Menggunakan alat elektrik jimat tenaga akan menjimatkan bil TNB anda setiap bulan. Berkenaan logo dari suruhanjaya Tenaga, semakin banyak bintang yang diperolehi bermakna semakin jimat alatan tersebut. Maksimum ialah 5 bintang. Oleh itu, pilih seterika yang mendapat 5 bintang dari Suruhanjaya Tenaga.
Perasan tak, biasanya lama-kelamaan seterika yang telah lama digunakan akan mengalami masalah karat. Karat pada seterika akan melekat pada baju. Oleh itu, pilih seterika yang dibuat dari besi tahan karat untuk mengelakkan daripada ia mudah berkarat.
Itulah dia tips pilih seterika terbaik yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda.