Mencari serum terbaik untuk kulit kusam? Sebelum itu, anda tahu apa itu serum? Rasanya pasti ramai sudah tahu kan. Almaklumlah, produk dengan fungsi serum ini semakin lama sudah semakin terkenal di Malaysia.
Saya yakin anda pasti telah mengetahui serum wajah secara umum akan berperanan untuk membantu mengatasi masalah garis-garis halus, kedutan mahupun bintik-bintik hitam pada wajah. Tapi, tahukah anda manfaat utama serum? Ini dia manfaat khusus dari serum untuk wajah!
Di sini saya senaraikan beberapa kepentingan atas pemakaian serum sebagai rutin penjagaan wajah. Semoga dengan perkongsian ini anda akan lebih faham mengapa ramai wanita semakin suka memaki serum sebagai salah satu produk utama penjagaan wajah buat masa ini.
Kulit wajah yang berjerawat tak bermakna tidak boleh mengenakan serum pada wajah. Bahkan ramai pengguna yang telah memberi maklum balas wajah semakin cantik dan bebas dari masalah jerawat / jeragat setelah mengamalkan pemakaian serum yang sesuai.
Serum ini sebenarnya boleh membantu mengatasi masalah jerawat pada kulit dan mencegahnya dari datang kembali.
Kulit wajah yang lembut dan berseri memang menjadi idaman semua. Makin seronok jika kulit wajah kelihatan lembab dan gebu sepanjang masa. Penggunaan serum boleh memainkan peranan kerana serum ini turut mengandungi air untuk meningkatkan fungsi enzim dan daya tahan dari sel kulit.
Dengan adanya tambahan kadar air akibat penggunaan serum secara tidak langsung kulit wajah akan menjadi lebih lembab dan bebas dari masalah kulit kering dan kusam.
Usia golongan wajah untuk wanita yang berusia dari 25 tahun dan ke atas memang perlu di beri penjagaan yang lebih. Ini kerana pada golongan usia ini, proses penuaan sudah mula berlaku dan garis-garis halus di sekitar wajah semakin kelihatan.
Dengan menggunakan serum sebagai rutin pada wajah, masalah kedutan pada wajah ini boleh dihilangkan dan akan membuat wajah anda kelihatan muda dari usia sebenar. Bahasa lebih mudah, anda akan dapat kelebihan awet muda sepanjang masa.
Satu lagi kelebihan serum ini, ianya turut dapat membantu anda bagi mendapatkan kulit wajah yang lebih putih dan cerah. Hanya dengan penggunaan serum secara teratur anda telah dapat menjimatkan banyak wang untuk proses mencantikkan tekstur kulit wajah masing-masing ini.
Dengan adanya serum begini, anda juga tidak perlu bazir masa dan bazir duit dari perlu mengunjungi mana-mana spa rawatab masa untuk rawatan wajah.
Semakin bertambah jumlah usia bermakna akan semakin bertambah juga masalah penuaan pada wajah. Tekstur kulit juga akan turut mengalami masalah akibat pori-pori wajah yang semakin membesar.
Pori wajah yang membesar ini agak susah untuk menghalang kotoran dari masuk. Tapi tak mengapa kerana serum juga boleh membantu mengecilkan pori kulit wajah dan mengatasi beberapa masalah lain yang ada.
Untuk pengetahuan anda juga, terdapat tiga jenis kategori serum yang ada di pasaran sana. Serum ini bergantung kepada bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.Buat masa ini antara serum yang banyak ada di pasaran adalah serum vitamin C, serum vitamin E dan juga serum kolagen.
Serum dari jenis Vitamin C ini dapat membantu untuk mencerahkan kulit sehingga kulit itu kelihatan lebih segar. Hal ini disebabkan oleh vitamin C yang akan membantu menghasilkan glutathione dalam kulit untuk berfungsi sebagai pencerah kulit.
Vitamin E berperanan sebagai antioksidan yang boleh membantu wajah untuk melindungi struktur sel yang penting dari kerosakan akibat radikal bebas. Kelebihan serum dari vitamin E ini juga, ia dapat menghalang penghasilan kedut dengan menyekat kerosakan radikal bebas. Vitamin E juga akan merawat kedutan dengan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru.
Kolagen adalah tisu yang menyimpan elastisiti kulit. Serum kolagen ini paling banyak digunakan oleh mereka yang mahu cantik dengan cepat. Namun untuk para wanita muslim, anda bperlu berhati-hati dengan mengenal pasti terlebih dahulu bahan yang digunakan untuk penghasilan serum kolagen terbabit. Takut nanti kolagen itu diperbuat daripada bahan yang terlarang seperti khinzir dan sebagainya.
Serum jenama Alpha-H ini mempunyai fungsi untuk memberi kelembapan secara berpanjangan, meningkatkan sistem imunisasi kulit, memperbaiki kulit bermasalah serta melindungi kulit daripada masalah radikal bebas dan sinaran UV. Ia mengandungi kandungan Vitamin E yang sangat bagus untuk bantu pulihkan kulit anda daripada masalah kulit kasar, kering, merekah dan kemerahan.
Serum ini juga berkesan untuk menutup cela pada kulit wajah seperti parut, jerawat, sunburn dan gigitan serangga. Ia turut mempunyai fungsi untuk bantu menghalang daripada berlakunya masalah liang pori tersumbat. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita.
Jenama Cosmoderm sememangnya sudah terkenal, maka tidak hairanlah mengapa serum muka ini mendapat sambutan hangat. Serum ini dihasilkan dengan menggunakan bahan yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi sel stem epal, kolagen, lidah buaya dan biji minyak rosehip.
Tujuan fungsi utamanya adalah untuk membantu dalam memperbaharui sel kulit dan juga mencerahkan kulit dengan selamat. Dengan corak gaya pemakaian yang konsisten, wajah akan tampak lebih muda, cerah, licin dan berseri.
Alami kulit yang lembut dan licin dengan serum yang diekstrak dari bunga sakura ini. Ya bunga sakura. Lain daripada yang lain kan? Serum ini dapat membantu dalam mencerahkan parut di wajah dengan kuasa tindakan 3 kali ganda untuk mencerahkan kulit. Serum ini juga dapat memudarkan garis halus dan memastikan kulit lebih tegang supaya tampak sentiasa muda selalu berbanding umur sebenar.
Trilogi putih Safi Balqis semakin hebat diperkenalkan di sana ini. Serum daripada jenama Safi yang boleh digunakan tanpa was-was ini mengandungi arbutin, nano white dan kiwi.
Ia bertindak melalui 3 lapisan kulit menjadikan kulit lebih cerah dan dilindungi dari sinaran UV. Ia juga amat seusia untuk para remaja yang sering terdedah dengan cuaca panas matahari akibat sering melalukan aktiviti luar.
Serum ini mengandungi Vitamin C, Tea Tree Oil dan alga laut yang dapat memperbaiki masalah parut jerawat dan pigmentasi. Ia juga dapat bantu kurangkan kadar pertumbuhan jerawat pada masa akan datang.
Dengan Nanotechnlogy, Omega White-C dan ekstrak natural, serum ini berkesan untuk mencerahkan dan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dengan pantas dan baik. Penggunaan yang konsisten dapat bantu pengguna perolehi kulit yang bebas dari masalah bintik hitam.
Serum makin terkenal di kalangan wanita dewasa dalam lingkungan 30an kerana fungsi utama serum ini adalah untuk mengurangkan kedutan. Ia juga untuk melicinkan kulit wajah untuk tetap licin bersinar tanpa masalah wajah yang ketara.
Pendekata, jika mahukan wajah yang maintain awet muda, eloklah amalkan pemakaian serum ini. Makin bagus jika diamalkan sejak awal untuk kesan yang lebih hebat. Jemput juga baca artikel toner terbaik dan sunblock terbaik
*Tahap keberkesanan adalah berbeza mengikut jenis kulit dan individu. Produk di atas hanyalah sekadar cadangan oleh penulis berdasarkan pembacaan dan pengalaman dan ianya bukan mewakili kenyataan Bidadari