Sengsaranyalah apabila serangga masuk ke dalam telinga, lebih-lebih lagi jika situasi ini terjadi kepada budak-budak. Memang bertangisanlah tanpa henti. “Mak…Mak…telinga sakit” Ayah…Ayah…telinga sakit”

Apatah lagi jika serangga yang masuk adalah lipas. Masih hidup! Bayangkan orang tengah kesakitan meminta tolong, kita pula kegelian melihat kelibat lipas. Hujung-hujungnya, kita jadi keliru hendak buat apa dalam keadaan sebegini.

Usah risau lagi, kami kongsikan di sini petua penting dari Dr. Ezairy M.Sallih (pakar telinga, hidung dan tekak). Benda yang sama juga berlaku pada salah seorang pesakit beliau, seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun, mujur sahaja tidak luka ketika lipas dikeluarkan.

serangga
Imej via Self

Apa Patut Anda Lakukan Jika Serangga Masuk Telinga Anak?

1. Bertenang. Ini paling penting.

2. Jangan masukkan apa-apa objek untuk cuba mengeluarkannya. Risiko tercedera!

serangga
Imej via Earlens

3. Iringkan kepala ikut graviti, sambil menggoyangkan kepala dan telinga, sesetengah keadaan serangga akan keluar.

4. Letakkan minyak zaitun, minyak sayuran, atau baby oil ke dalam salur telinga.

5. Sekiranya serangga tidak lagi bergerak, besar kemungkinan ia sudah mati.

6. Jumpa doktor untuk mengeluarkannya di klinik atau hospital.

Bolehkah ia dibiar sahaja walaupun sudah mati?

TIDAK BOLEH. Jangkitan telinga boleh berlaku dan ia perlu dikeluarkan.

*Marilah kita kongsi info bermanfaat ini kepada orang lain supaya mereka tidak akan buntu kepala apabila mengalami situasi genting seperti ini.

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.