Persediaan untuk menyambut bayi yang baru lahir perlulah lengkap dan tiada barang yang tertinggal. Bagi pasangan suami isteri yang sudah ada pengalaman, mereka sudah tahu apa yang perlu dibawa untuk ke hospital. Begitu juga persediaan mental juga kerana mereka bukannya menyambut anak pertama.

Pasangan suami isteri yang ada pengalaman, mereka akan kelihatan sedikit tenang berbanding suami isteri yang tiada pengalaman dalam menyambut bayi yang baru lahir. Sudah pasti mereka akan rasa gementar dan agak kelam kabut kerana tidak tahu perlu buat apa. Maklumlah, sambut anak pertama memang begitu, semua orang mengalami pengalaman yang sama.

Jadi, sebelum bawa isteri ke hospital untuk bersalin, suami perlu tahu barang apa yang perlu dibawa bersama. Apakah barang-barang tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai senarai barang persediaan untuk bayi dan ibu sebelum ke hospital. Info ini dikongsikan oleh Puan Aminah. Puan Aminah adalah seorang ibu yang mempunyai 2 orang anak lelaki yang masing- masing berusia 3 dan 1 tahun. Puan Aminah gemar berkongsi rasa dan pengalaman dengan ibubapa diluar sana cara untuk mendidik dan membesarkan anak syurga kita.

Senarai barang persediaan sebelum ke hospital

Persediaan untuk bayi

1. Baju bayi

Bawalah 3,4 pasang baju berlengan dan berseluar. Jangan lupa sarung tangan, stokin dan penutup kepala. Jangan bawa baju tebal atau baju yang susah di pakai seperti jumpsuit. Kadang- kadang nurse hanya pakaikan baju dan bedung sebab saiz anak yang kecil. Baju saja pun dah labuh hingga kaki.

2. Kain bendung, baby wipes, newborn diapers

barang persediaan sebelum ke hospital
Image via ibudoakan.com

Ada hospital yang sediakan tapi tak bolehlah bawa balik. Hari pertama lepas bersalin, kain bedung, dypers, baby wipes semua hospital support. Tapi mungkin bukan semua hospital provide semua ini. Kalau ke hospital kerajaan  tue ada la diorg bagi 3 keping. Boleh la standby guna dulu sementara nk tunggu beli yg lain. Sebaiknya beli dypers yang pack kecil 10 keping sahaja.

3. Buku merah/biru bayi

Kalau buat check up di Klinik Kesihatan, mesti ada buku merah. Kalau buat di hospital swasta, anda akan dibekalkan buku biru. Warna buku bergantung kepada hospital swasta tu sendiri.

Jangan lupa Buku Rekod Kesihatan / Kehamilan Ibu, Kad Pengenalan dan dokumen penting yang lain. Kalau boleh letakkan setempat / mudah capai dan cari.

4. Beg plastik

Untuk baju kotor dan juga untuk bawa pulang uri bayi. Sesetengah hospital siap bersihkan dan berikan sekali dalam bekas yang disediakan pihak hospital

5. Baby kit spa

barang persediaan sebelum ke hospital
Image via ibudoakan.com

Set ini dah cukup lengkap untuk bayi. Ada minyak telon, mandian baby, massage oil baby dan paling penting semuanya semulajadi tanpa bahan kimia seperti paraben atau SLS. Tasneem kit baby spa ini adalah yang pertama di Malaysia. Didatangkan dengan kotak khas dan ianya kecil senang di bawa ke mana sahaja walaupun dalam labour room atau wad selepas bersalin.

Boleh terus dapatkan baby kit spa di sini

Persediaan untuk Ibu

1. Baju salin ibu

Ibu jangan lupa bawa baju salin ye. baju tshirt longgar lengan panjang atau blouse. Yang suka pakai kain batik boleh bawa kain balik, atau skirt longgar. Baju yang kita pakai sebelum masuk labour room tu kadang- kadang boleh hilang tanpa dapat dijejak.

2. Bra menyusu dan seluar dalam

Boleh bawa 3-4 helai bra menyusu kerana susu akan meleleh dan kita tidak akan selesa memakai bra yang basah. Seluar dalam juga kena bawa banyak sebab biasa akan lekat darah bila kira berbaring

3. Pad

barang persediaan sebelum ke hospital
Image via ibudoakan.com

Selepas bersalin nurse akan pakaikan pad bertali untuk kita. Pad bertali ini boleh dibeli di farmasi atau kedai ibu dan anak. Kemudian bila darah makin kurang kita akan mula pakai seluar dalam dan pad biasa. Boleh beli pad overnite untuk cover darah yang banyak.

4. Alat kebersihan

Ubat gigi, berus gigi, pencuci muka perlu dibawa ke dalam wad. Jika tidak mahu bawa sabun mandi boleh gunakan pencuci muka sebagai sabun mandi.

5. Special need

  • Getah rambut. Sediakan banyak dalam beg sebab biasanya kita akan lupa mana kita letak.
  • Sikat rambut sangat penting sebab bila kita sikat rambut ia akan menghilangkan pening kepala lepas bersalin
  • Termos. Di hospital kerajaan termos, cawan dan sudu kena sediakan sendiri.
  • Buku. Bila baby dah tidur biasa kita akan bosan jika mata belum mengantuk. Pilihlah buku untuk dibaca selain dari layan facebook di phone.

6. Stokin

Perlu sediakan beberapa pasang stokin juga. Takut nanti stokin basah dan kita akan kesejukan. Sebelum pakai stokin boleh sapu minyak panas pada tapak kaki atau betis supaya tidak kejang dengan suhu wad yang sejuk atau berangin.

*2 minggu sebelum tarikh bersalin itu, perlu siap sedia semua barang dalam sebuah beg. Jadi, senang apabila tiba masanya, tidak perlulah kelam kabut mahu ambil baju itu ini, barang bayi semua. Hanya angkat saja beg yang sudah siap sedia semua keperluan untuk bayi dan ibu semasa tinggal di hospital. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Jemput juga baca artikel checklist barang baby ke hospital

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.