Sebelum ini mungkin anda tidak mengenali semut charlie. Namun sejak kebelakangan ini semut charlie sering disebut-sebut di media sosial berikutan banyaknya kejadian anak yang menderita sakit akibat digigit semut charlie.
Yang sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan semut charlie? Dari mana semut ini datang? Apakah yang akan berlaku jika anda digigit semut charlie?
Semut charlie atau nama saitifiknya Staphylinidae sudah wujud di Malaysia sejak dahulu lagi tapi ianya tidak menjadi sebutan kerana dahulu tiada media sosial untuk memviralkan kes gigitan semut charlie yang berlaku.
Semut charlie adalah dari keluarga kumbang walau pun namanya adalah semut. Selain semut charlie, ia juga mempunyai nama lain seperti rove beetle, semut semai, dan semut kayap. Lain tempat, lain nama yang diberikan kepada semut charlie.
Semut charlie kelihatan seperti semua biasa yang selalu ada di kawasan rumah anda. Apa yang membezakan semu charlie daripada semut biasa yang tidak merbahaya ialah warnanya.
Semut charlie berbelang dengan warna hitam pada tubuh badannya. Oleh itu, jika anda ternampak semut berbelang hitam di rumah, segera buang semut tersebut.
Semut charlie mempunyai sayap namun kebiasaanya, sayap semut charlie tidak kelihatan kerana semasa merayap, semut charlie menyimpan sayapnya.
Apabila terkejut, semut charlie akan mengangkat abdomennya seperti kelakuan kala jengking dan melepaskan bisanya. Oleh itu, pastikan anda tidak membuatkan semut charlie tersebut lalu menyengat anda dengan bisa yang ada pada perutnya.
Semut Charlie suka bersarang dan tinggal di habitat seperti kawasan sawah padi, semak-samun, padang & hutan. Semut charlie selalunya datang ke tempat tinggal manusia pada waktu malam kerana tertarik kepada cahaya lampu. Semut charlie cukup sukakan cahaya lampu pada waktu malam.
Ya. Racun semut charlie sangat merbahaya kepada manusia. Dikatakan bahawa racun yang terdapat dalam badan seekor Semut charlie adalah bersamaan dengan 12 kali ganda racun yang terdapat di dalam badan seekor ular tedung sela.
Di dalam badan semut charlie terdapat sejenis cecair hemolimf atau toksin yang paling bisa di dunia yang dipanggil pederin.
Malah, semut charlie yang dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih mempunyai racun. Jika bisa semut charlie terkena pada kulit, kulit anda berasa sakit, pedih, dan gatal serta menjadi merah kehitaman.
Apabila anda terkena bisa semut charlie, kulit yang terjejas akan menjadi:
Racun semut charlie boleh melekat pada cadar, baju, dan lantai rumah anda. Cara paling berkesan untuk mengelakkan daripada terkena bisa semut charlie ialah dengan cara mengelakkan semut ini daripada masuk ke dalam rumah anda atau dekat dengan tubuh badan anda. Di antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
Jika anda mengadakan aktiviti luar di kawasan yang mempunyai habitat semut charlie, anda boleh mengelakkan daripada digigit semut charlie dengan cara:
Itulah dia info tentang semut charlie yang ingin kami kongsikan pada hari ini. semoga bermanfaat buat anda. Elakkan orang tersayang, terutamanya anak kecil anda daripada terkena bisa semut charlie kerana ianya sangat menyakitkan.