Bila sebut perkataan selaput dara ia terus dituju pada perempuan. Sebabnya selaput dara adalah lambang keperawanan bagi seorang gadis. Dari segi istilah perubatan, selaput dara ini disebut sebagai hymen. Apakah selaput dara ini sebenarnya? Mengapa ia sangat penting untuk diperkatakan?

fakta selaput dara
image via : Lifestyle Okezone

Di negara Asia, terlalu banyak mitos berkaitan selaput dara diperkatakan. Malah menurut bacaaan melalui Google, pernah berlaku satu kes yang dimuatnaik melalui Twitter, bila mana seorang ‘lelaki / suami’ itu minta dilakukan ujian DNA pada anaknya sendiri sebaik saja bayi tersebut dilahirkan.

Ini semua disebabkan oleh isu selaput dara hanya kerana ‘si isteri’ tidak berdarah pada malam pertama selepas melalui hubungan intim!

3 Mitos Paling Kerap Dikatakan Tentang Selaput Dara

Mitos #1Selaput dara menutup pintu faraj wanita sepenuhnya dan akan ‘pecah’ saat melakukan hubungan kelamin pada kali pertama.

Mitos #2 – Selaput dara akan pecah dan berdarah semasa melakukan hubungan kelamin pada kali pertama tersebut.

Mitos #3 – Setiap wanita yang telah tidak ada dara bermakna telah pernah melakukan hubungan seks dan ini bermakna saat bernikah itu si wanita ini mungkin telah melakukan hubungan terlarang (zina).

Sebab Mengapa 3 Perkara Itu Disebut Sebagai Mitos?

Untuk pengetahuan, selaput dara itu tidak menutupi keseluruhan kawasan vagina dan ianya tidak pecah sebagaimana yang sering digembar gemburkan. Selaput dara ini hanya menutup sedikit ruangan vagina dan kelihatan seperti lubang di situ.

Ada kes di mana seorang wanita ini berkahwin dan tidak mengeluarkan sebarang dara disebabkan oleh ‘lubang’ itu semakin meregang tanpa melibatkan sebarang pendarahan.

Dan ketahuilah juga yang selaput dara ini ‘boleh pecah’ jika wanita atau seseorang gadis aktif itu aktif dalam bersukan seperti berbasikal, gimnastik, menunggang kuda dan sebagainya. Ini bermakna, walaupun dia tidak pernah melakukan hubungan kelamin namun isu kehilangan dara ini tetap boleh berlaku!

fakta selaput dara
image via : Gokid

5 Fakta Selaput Dara Sebenar (Wajib Baca!)

Berdasarkan sumber bacaan, terdapat beberapa fakta yang benar mengenai selaput dara ini. Ianya wajib untuk di baca bagi mengetahui apakah selapur dara ini sebenarnya dan sekaligus tidak terus percaya pada mitos. Antara fakta sebenar mengenai selaput dara seorang wanita itu adalah;

Fakta #1 – Selaput dara memang wujud pada si perempuan sejak dari bayi lagi.

Fakta #2 – Selaput dara hanya menutup sebahagian vagina dan kelihatan seperti ‘lubang’ di tengahnya

Fakta #3 – Tekstur selaput dara ini bersifat mudah lentur seperti suatu lapisan getah

Fakta #4 – Selaput dara tidak koyak atau tidak pecah sebaliknya beralih tempat sedikit apabila hubungan seks dilakukan

Fakta #5 – Selaput dara boleh kembali ke tempat asalnya sekiranya si perempuan ini sudah lama tidak melakukan hubungan intim , tidak lasak dan tidak melakukan aktiviti yang berat.

fakta selaput dara
image via : Health Uzone

7 Soalan Berkaitan Fakta Selaput Dara Untuk Diketahui

1 – Apakah Bentuk atau Saiz Selaput Dara/Hymen Bagi Wanita?

Selaput dara tidak tidak mempunyai bentuk atau saiz yang tertentu. Bentuk selaput dara wanita memang tidak seragam. Ini kerana saiz selaput dara dan bentuknya adalah berbeza bagi setiap wanita.

Kebiasaannya selaput dara berbentuk  bulan sabit dan merupakan lapisan yang nipis menutupi bahagian bawah lubang vagina.

2- Dimanakah Kedudukan Selaput Dara Ini Sebenarnya?

Selaput dara atau hymen ini terletak antara 1 hingga 2 sentimeter di dalam bukaan lubang vagina.

3 – Apakah Fungsi Selaput Dara Ini Pada Vagina Wanita?

Menurut apa yang di baca, selaput dara ini tidak ada fungi apapun untuk vagina. Tetapi ada kajian mengatakan yang selaput dara mungkin berfungsi untuk melindungi organ intim wanita ketika masih bayi.

Di sewaktu bayi sistem imun badan masih lemah dan vagina juga boleh mendapat jangkitan kuman dengan mudah.

4 – Selaput Dara Ini Memang Bersifat Akan Berdarah Atau Tidak?

TIDAK! Ini kerana tidak semua wanita akan mengalami pendarahan ketika kali pertama melakukan hubungan intim. Wanita yang memiliki selaput dara atau lapisan hymen yang sangat nipis dan mudah tertarik dengan sendirinya tidak akan berdarah sama sekali.

Selalunya, darah yang keluar saat kali pertama melakukan hubungan seks itu bukannya disebabkan oleh selaput dara. Sebaliknya, darah yang keluar saat pertama kali melakukan hubungan intim itu boleh disebabkan oleh si suami itu sendiri yang agak kasar hingga menyebabkan regangan pada selaput dara si isteri.

fakta selaput dara
image via : Parenting Orami

5 – Adakah Kita Boleh Nampak Selaput Dara Ini Dengan Mata?

YA! Kita memang boleh nampak selaput dara ini dengan mudah. Kedudukannya adalah di antara lipatan labia dan biasanya selaput dara ini bersaiz kecil serta memiliki sedikit benjolan dengan warna yang agak terang.

6 – Adakah Selaput Dara Ini Hanya Bersifat Nipis Pada Semua Wanita?

Tidak! Ada wanita yang lahir dengan selaput dara yang nipis tapi ada jugak yang lahir dengan selaput dara yang lebih tebal. Untuk wanita yang memiliki selaput dara yang tebal ini, mereka mungkin akan terasa lebih sakit saat kali pertama melakukan hubungan intim dan pendarahan juga adalah lebih banyak. Bagaimanapun selaput dara yang jenis tebal ini jarang-jarang berlaku. 

#7 – Apakah Ada Wanita Yang Lahir Tanpa Selaput Dara?

Memang wujud wanita yang dilahirkan tanpa selaput dara, dan ianya bukan mustahil, walaupun begitu ia tidak akan mengganggu hubungan intim wanita tersebut, dan itu tidak bermakna dia tidak sempurna  atau cacat, jadi bukanlah semua perempuan ada selaput dara seperti yang lelaki sangka.  

Isu mengenai selaput dara ini sangat sensitif pada mana-mana wanita. Dan sebagai lelaki pula jangan cepat sangat jatuh hukum pada wanita. Siasat dan kenali pasangan anda sebelum menuduh dan jika benar tidak ada dara ini, tanya dulu sebelum terus buat andaian.

Tidak semua perkara berkaitan ‘hilang dara’ itu disebabkan oleh hubungan kelamin. Baca juga fakta pecah dara lelaki dan wanita perlu tahu, persediaan untuk menjadi suami dan tanda isteri curang yang sebenar.

Sumber :

Wanista

MStar

Penulis: Siti Awadah

Minat menulis untuk pelbagai topik seperti kesihatan, keibubapaan, perhubungan, kecantikkan, makanan, travel, Islamik dan sebagainya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.