Zaman teknologi canggih ini serba sedikit telah meningkatkan ilmu kita dan memudahkan urusan kita dalam pekerjaan. Malah, Anak-anak seawal 5 tahun juga sudah bijak menggunakan gajet seperti menonton youtube, bermain game dan menangkap gambar atau video. Lebih-lebih lagi sekarang tengah hangat dengan bermain TikTok.

Dalam masa kita membiarkan anak kita bermain gajet kerana kita sibuk bekerja, sebagai ibu bapa kita perlu meneliti mereka. Hal ini kerana gajet boleh merosakkan pemikiran anak-anak dengan video, website atau iklan yang tidak senonoh. Selain daripada itu, banyak perkara yang kita perlu lindungi anak kita.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai hindari selamatkan anak-anak daripada 5 perkara buruk. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

Selamatkan anak kita daripada 5 perkara buruk ini

Imej via Bidadari.my

1. Selamatkan anak kita daripada Soft Porn yang bermaharajalela

– Soft Porn boleh menyerap ke dalam lagu Kpop dan Barat, iklan produk, game dan apps di smartphone.

2. Selamatkan anak kita daripada Toxic People yang bermaharajalela

– Toxic People boleh terdiri daripada kawan kawan anak kita, jiran tetangga dan keluarga kita sendiri.

3. Selamatkan anak kita daripada Toxic Belief yang bermaharajalela

– Toxic Belief adalah kepercayaan karut dan merosakkan akidah yang biasa ada dalam lagu lagu Barat, skrip filem dan game online.

4. Selamatkan anak kita daripada Sedentary Lifestyle yang merosakkan mereka

– Sedentary Lifestyle adalah cara hidup yang langsung tak ada aktiviti fizikal akibat terlalu lama bermain gadget dan game online.

5. Selamatkan anak kita daripada Hidden Sugar yang ada di mana mana

– Hidden sugar adalah kandungan gula yang tinggi tanpa kita sedari pada makanan harian anak kita seperti yang ada dalam sebahagian Yogurt, Energy bar, breakfast cereal, air jus dalam botol, tin dan banyak lagi

*Berikut adalah perkara-perkara buruk yang perlu kita selamatkan anak kita daripada terjebak. Perkara-perkara ini boleh membuatkan pemikiran anak kita menjadi toxic apabila mereka meningkatkan dewasa nanti. Maka, ibu bapa perlu sentiasa melihat anak dan mendidik mereka untuk menjadi seseorang yang sihat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnyanya oleh penulis. Baca artikel sepenuhnya di sini.

Jemput baca artikel lain yang menarik di laman kami :

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.