Saya mahu kongsi kali ini kisah anak bongsu saya Awwab Niyaz Nazali. Awwab berusia hampir 4 tahun dan antara salah seorang anak saya yang lahir di bumi ratu selain Adam anak yang keempat.
Dari kesemua anak anak saya Awwablah yang paling ‘Melayu” sekali. Oleh kerana itu dari Awwab lahir lagi Ain dah katakan pada saya;
“Awwab ni memang paling Ain sekali. Muka macam Ain, kulit macam Ain, semualah macam Ain. Kalau jumpa mana manapun orang cakap ni mesti anak Ainon ni”
Dan memang Awwab sangat sangat mirip Ain. Dia yang paling sangat Melayu dalam banyak segi. Awwab paling suka makan durian. Saya masih ingat lagi tahun lalu masa kami sekeluarga pulang ke Malaysia Awwab makan durian tak henti henti sampai saya terpaksa hentikan ulas durian yang dia makan kerana sudah hampir tiga pangsa durian dia makan tanpa henti.
“I love Duyannnnn Babahhhh”
Dia yang paling suka makan nasi. Paling suka makan buah jambu batu cicah asam boi. Sukakan sos cili. Memang dia anak Melayu di kota Inggeris! smile emoticon
Tapi disebalik wajah macho kemelayuannya Awwablah yang paling manja. Sangat sangat manja terutamanya dengan Ain.
Sampai sekarang masih tidur menyelit dicelah ketiak mamanya. Barangkali kerana Ain sentiasa di rumah maka Ainlah yang lebih banyak mengenali Awwab dari banyak segi. Selalu Ain ceritakan pada saya setiap sikap Awwab untuk kami sama sama menilai potensi dan memahami karekter Awwab agar lebih mudah kami memahami gelagat dan tingkah lakunya.
“Awwab ni berani dari Adam tau bang. Dia ni caring sangat. Senang nak luahkan rasa sayang. Selalu sangat tak pasal pasal dia datang kat Ain tanya.
Hi Mama. Are you okay mama? Bila Ain jawap I am good Awwab, how about you?
Dalam pelat dia jawab balik
I pineeeeee mamaaaa (I am fine mama).
Dah tu dia kiss kiss kiss AIn tak henti henti tau bang?
Dah tu cakap kat Ain
I yeyouuu mama (I love you mama)
Sweet sangat Awwab ni.”
Dan saya rasa jadi anak bongsu mungkin memang lebih rapat dengan ibu terutamanya bila ibu sentiasa di rumah dan tak bekerja di pejabat.
Tambahan pula Ainlah yang selalu menghantar dan mengambil Awwab ke nursery sekolah Awwab.
Awwab bersekolah di nursery Montessori dari usia 3 tahun. Sekolahnya bagus dan guru gurunya penyayang dan sangat prihatin dengan kanak kanak. Di sini semua sekolah bermula nurseri adalah percuma.
Awwab bersekolah 5 jam sehari dan 3 hari seminggu. Di sekolah ini dia didedahkan dengan budaya pergaulan dan lain lain pendedahan untuk psikologi anak anak sebaya Awwab,
Salah satu budaya Mat Salih yang baik yang diajar guru gurunya untuk anak anak seusia Awwab adalah budaya a mengapresiasi.
Dari kecil lagi anak anak diajar empat perkara yang menjadi sinonim dalam budaya mereka.
Thank You
Excuse Me
I Am Sorry
Please…
Saya masih ingat ada suatu hari kebetulan saya pulang awal ke rumah dan sepanjang Awwab mula bersekolah saya tak pernah berpeluang ke sekolah Awwab kerana Awwab bersekolah bermula 1 petang higga 6 malam setiap Selasa-Khamis.
Ain yang selalu menghantar dan mengambil Awwab ke sekolah yang jaraknya 5 minit berkereta dari rumah.
Sampai aja di rumah sekitar 5 petang Ain pelawa saya mengambil Awwab.
“Eh Abang nak ikutlah boleh tak Ain?
Tak pernah masuk sekolah Awwab”
“Mehlah bang. Mesti Awwab happy nampak Babah datang ambik dia”
Kami terus ke sekolah Awwab.
Sampai di sekolah saya lihat kawalannya baik.
Di sini keselamatan anak anak satu perkara yang tak boleh dipandang mudah.
Kesemua anak anak mahu ke sekolah perlu dihantar dan diambil ahli keluarga yang dimaklumkan kepada pihak sekolah an hanya mereka dari kalangan keluarga berusia lebih 16 tahun sahaja dibenarkan menghantar dan mengambil anak anak ke dan dari sekolah.
Sampai di muka pintu kami disambut mesra cikgu Awwab.
“Awwab look who is here to pick you up”
Awwab berlari riang melihat kelibat kami.
“BABAHHHH…MAMAAA”
“Hi Awwab.. are you okay sayang?”
Saya sapa Awwab sebaik saja dia memeluk saya
“I pineee Babahhhh (I am fine Babah)”
“Bye bye Awwabbbb. See you tomorrow dear”
Mesra cikgu Awwab melepaskan Awwab pada kami.
“Byeeeee”
Selangkah menuju pintu keluar tiba tiba kami ditahan cikgunya
“Ohh Awwab come inside for awhile. You forget something do you?”
Saya fikir barangkali Awwab terlupa beg atau jaketnya.
Awwab dipimpin semula cikgunya ke dalam kelas.
Seminit kemudian Awwab keluar bersama sekeping kad dan gubahan bunga dari kertas berwarna di tangannya dan dia terus mendapatkan Ain.
“Happy mothers day mama. I do this for you.
Do you like itttttt Mama?”
Saya lihat Ain terpaku dan terkejut
“Ohhh Awwab is this for me?
Thank you sayang. You are so sweetttt”
Ain pantas rangkul Awwab dan cium pipinya
” I love you mamaaaa. Do you love meeee?”
” Of course Awwab. Thank youuuu”
Awwab tersengih bangga.
Saya perhatikan cikgu Awwab juga ceria bangga.
Saya buka kad istimewa hari ibu yang Awwab tandatangan menyatakan apresiasi pada mamanya.
Dan sepanjang dalam kereta dia asyik bercerita tentang kad dan gubahan bunga istimewanya untuk Ain.
Aduhai dah besar dah anak abah kan?
Dah makin pandai meluah kasih dan apresiasi.
Satu lagi memori indah melihat anak membesar di depan mata yang kalau ditukar wang setinggi gunungpun takkan mampu membeli momen istimewa sebegini kan teman?
Memang murni budaya sebegini dalam kehidupan Mat Salih di sini.
Budaya ini kita kena perkasakan kembali dalam kehidupan kita orang timur.
Tapi budaya sebegini bukan tanggungjawab cikgu semata mata.
Yang lebih penting kita sebagai ibu dan bapa
Di mana kita waktu anak anak kita cipta sejarah peribadi sebegini?
Apa momen indah ini penting dalam kitaran 24 jam yang Allah pinjamkan pada kita?
Anak anak talian hayat kita kan teman?
Di mana kita masa mereka mula pandai meluah sayang?
Di mana kita?