Anak-anak adalah generasi muda yang akan membantu untuk membangunkan negara. Ramai yang berkata, mendidik dan menjaga anak bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu tahu teknik yang betul dalam mengajar.
Kanak-kanak yang berumur lingkungan 3 tahun hingga ke 6 tahun adalah usia yang sesuai untuk mendidik mereka dengan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni seperti menghormati orang lebih tua, suka tolong menolong, bercakap menggunakan bahasa yang sopa dan lain-lain lagi. Pada usia ini, kanak-kanak akan lebih mudah dididik kerana mereka mudah cepat belajar.
Tetapi ada juga anak yang ibu bapa katakan nakal kerana tidak mahu mendengar kata-kata ibu bapa atau melawan ibu bapa. Mengapakah hal ini boleh berlaku?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai sebab-sebab anak menjadi nakal. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.
#1. Kita sendiri label anak kita nakal
#2. Padahal anak kita mungkin punya Willpower yang kuat
#3. Apa yang kita sangka, akan membetuk realiti pada anak kita
#4. Kita cakap kita sayang anak kita tetapi sayang tersebut hanya pada level Physical & Verbal semata mata
#5. Ucap perkataan sayang tu kena datang daripada HATI YANG DALAM barulah ucapan sayang tu mampu mengurangkan kekosongan jiwa dan mampu memenuhi tangki emosi si anak
#6. Ucapan sayang yang datang daripada HATI YANG DALAM itu adalah ucapan pada level EMOTIONAL
#7. Caranya adalah perbaiki intonasi suara kita, sentuhan kita dan tatapan anak mata kita kepada anak kita sendiri. Inilah ucapan cinta yang mampu mengubah anak kita buat selama lamanya kerana hanya pada level Emotional, ucapan cinta kita akan masuk ke dalam hati dan mampu mengisi tangki emosi anak anak yang kita sayangi.
*Kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut ibu bapa adalah satu doa. Cuba biasakan dengan mengeluarkan kata-kata positif seperti ‘bertuah punya anak’, ‘anak ibu/ayah yang baik’ dan ‘bijak anak ibu/ayah’. Anak-anak juga dapat belajar untuk berkata benda baik-baik saja. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang yang tersayang.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Sila baca artikel asal di sini.