Nota Editor : Sesetengah ibu mungkin sedikit gusar kerana kekurangnya vitamin untuk anak yang dihamilkan atau disusui. Semoga artikel tips puasa semasa hamil ini dapat membantu.

#1 Persiapkan Mental Dan Luruskan Niat

Beritahu pada diri, “Saya cukup kuat dan saya boleh berpuasa seperti orang lain”. Jangan beri peluang kepada minda untuk beralasan “Kau kan tengah preggy/breastfeeding, pastinya akan cepat letih dan tidak mampu berpuasa, gunakan sahaja rukhsah/kemudahan yang ada.”

Niat dan mindsetting sangat memainkan peranan dalam mempengaruhi kemampuan dan kekuatan fizikal. Bagi ibu yang menyusu, yakinlah rezeki itu dari Allah.

Banyakkan berdoa, “Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku keranaMu. Bantulah aku agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan dan mudahkanlah aku menyusui anakku walaupun sedang berpuasa”.

#2 Latihan Puasa

Latihlah berpuasa dari bulan Rejab dan Syaaban sebagai persediaan menghadapi puasa Ramadhan.

Sekarang dah masuk bulan Syaaban!

Sudahkah anda mula berlatih puasa?

#3 Melewatkan Sahur Dan Menyegerakan Berbuka Puasa

Ini bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW, sepertimana yang terdapat dalam hadith-hadith sahih. Bukan hanya untuk ibu mengandung atau menyusu, tapi untuk semua yang berpuasa.

#4 Makanan Seimbang

tips puasa semasa hamil 1
Imej viaFacebook

Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang memberi tenaga. Bagi yang menyusu, banyakkan pengambilan makanan yang boleh menjadi pemangkin penghasilan susu seperti soya, susu, kurma, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang dan halba.

#5 Air Yang Mencukupi

tips puasa semasa hamil
Imej via Facebook

Pastikan minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya 2-3 liter ketika berbuka puasa dan bersahur. Elakkan minuman berkafein dan bergas.

#6 Sahur Dengan Makanan Yang Lambat Dihadam

Makan makanan yang lambat dihadam ketika bersahur untuk mengelakkan cepat lapar, contohnya makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan oat.

#7 Supplemen

Dalam keadaan berpuasa, vitamin & makanan tambahan (supplements) sangat membantu membekalkan tenaga berpanjangan, terutama untuk ibu mengandung dan menyusu.

Di samping itu, supplemen akan memastikan pengambilan nutrien harian mencukupi walaupun berpuasa seharian dalam keadaan menyusu/mengandung. Ia juga penting untuk mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.

#8 Stok Susu

Ini sangat penting!

Bagi ibu yang menyusu, sediakan stok susu yang mencukupi untuk sebulan, terutama bagi yang mempunyai anak kecil yang masih bergantung sepenuhnya kepada susu badan.

#9 Direct Feeding Pada Waktu Malam

Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Penyusuan malam merangsang hormon prolaktin yang berperanan menghasilkan lebih banyak susu.

Menyusukan bayi sebanyak mungkin pada waktu malam mampu mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari.

#10 Jauhi Stress

Sentiasa berfikiran tenang, positif, ceria, dan jauhi stress kerana ia boleh memudaratkan kandungan dan mengurangkan penghasilan susu.

Percayalah, stress akan mengganggu penghasilan hormon oxytocin dan prolaktin yang akhirnya menyebabkan produksi susu anda terjejas!

Dalam Islam, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi stress yang negatif. Anda boleh perbanyakkan zikir, baca Al-Quran (serta terjemahan/tafsirnya), solat dan bermunajat/mengadulah pada Allah Yang Maha Mendengar, dll lagi – ini semua stress-reliever yang pasti berkesan, In shaa Allah!

Semoga 10 tips ini membantu!

Penulis: Dr Hana

Seorang doktor, isteri & ummi. Bekerja di klinik ibu & anak, sangat meminati dalam bidang kehamilan, penyusuan bayi & kesuburan suami isteri.. Beliau boleh dihubungi di Facebook.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.