Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara puratanya dua jam setiap hari. Pastinya terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis seperti mereka letih, lapar, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.

Setiap individu khususnya ibu bapa, keluarga terdekat serta orang sekeliling akan merasa kurang senang apabila mendengar bayi menangis, apatah lagi jika bayi itu berteriak kuat dan berpanjangan.

Tahukah anda, jika bayi anda menangis melebihi purata 3 jam sehari, berkemungkinan bayi tersebut terkena sawan tangis atau infantile colic.
Awas, anda harus kerap kali memastikan bayi anda selesa untuk mengelakkan daripada menangis setiap masa.

Apakah Sawan Tangis? Sawan Tangis Ini Bagaimana?

Sawan tangis merupakan keadaan bayi yang menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu atau lebih. Keadaan ini sering berlaku sebenarnya memandangkan ianya terjadi kepada satu hingga dua daripada lima bayi yang dilahirkan dimana-mana tempat sekalipun.

Bayi yang mengalami masalah sawan tangis kebiasaannya menangis berlebihan terutama sekali pada waktu petang dan malam namun serangan sawan tangis ini masih boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia amat sukar dijangka.

Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu. Apabila usia bayi mencecah tiga atau empat bulan, ia berhenti sedikit tetapi adakalanya keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan atau lebih.

sawan tangis
Imej via [anneysen]

Ketahui Tanda-Tanda Sawan Tangis

Jika dilihat, bayi yang mengalami sawan tangis mempunyai tangisan yang amat luar biasa kuatnya dan kadangkala rasa seperti telinga hendak menjadi pekak akibat mendengar suara tangisan tersebut yang amat nyaring sekali.

Tanda-tanda sawan tangis boleh dikesan ketika bayi menangis, tangan mereka tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat.

sawan tangis
Imej via [hthayat]

Pelbagai usaha perlu dilakukan ketika sawan tangis terjadi. Antaranya seperti memberi bayi susu badan, puting tiruan, mendodoi serta membedung bayi. Namun lazimnya, usaha ini masih gagal untuk mententeramkan bayi daripada berhenti menangis.

Sawan tangis juga dapat menyebabkan perut bayi menjadi kembung (masuk angin) kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi terasa tidak selesa.

10 Punca Sawan Tangis Ibu Bapa Perlu Tahu

Bagi mengelakkan daripada berlakunya sawan tangis, anda harus kenal pasti apakah punca dan penyebabnya. Bolehlah kita berjaga-jaga sebelum terkena. Jom kita lihat 10 punca sawan tangis sering berlaku pada bayi.

1. Abdomen Perut Sakit

Biasanya bayi yang mengalami abdomen sakit akan menangis akibat kesakitan. Ia merupakan salah satu simptom atau punca sawan tangis. Biasanya bayi akan menangis selama lebih dari 3 jam dan akan berhenti apabila keletihan.

2. Terasa Tidak Selesa

Bayi yang tidak selesa juga akan menyebabkan sawan tangis. Biasanya dari faktor persekitaran, suhu dan sebagainya. Jadi, apabila bayi tidak selesa, pasti mereka akan menangis untuk mengatakan bahawa mereka di dalam keadaan yang tidak baik. Anda harus peka akan hal ini.

sawan tangis
Imej via [phillyvoice]

3. Gangguan Makhluk Halus

Dalam masyarakat kita serta agama Islam khususnya, punca utama sawan tangis adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus. Biasanya, bayi yang baru lahir ini dapat melihat makhluk halus atau jin yang dipanggil ummu sibyan ini.

Biasanya makhluk halus ini akan menggangu bayi sehingga mengalami gangguan tidur malam dan sebagainya. Banyakkanlah membaca doa dan ruqyah dalam rumah dan bayi anda.

4. Susu Atau Makanan Tidak Hadam

Sawan tangis juga boleh berlaku apabila susu atau makanan yang diminum oleh bayi ini tidak hadam. Ia adalah salah satu punca sawan tangis yang ramai ibu bapa tidak peka. Hal ini akan mengakibatkan bayi menjadi tidak selesa dan akan menangis berterusan.

5. Usus Sensitif Kepada Protein Yang Terkandung Dalam Susu

Bayi yang baru lahir biasanya amat sensitif terhadap protein yang terkandung di dalam susu. Jangan terkejut jika hal ini juga merupakan salah satu punca sawan tangis terhadap bayi. Jadi, apabila memilih atau memberi susu, pastikan ianya bersesuainya dengan bayi tersebut. 

sawan tangis
Imej via [blog.elevenia]

6. Alahan Terhadap Protein Susu Lembu

Bukan sahaja susu formula yang bayi minum, sawan tangis juga berlaku apabila bayi mengalami alahan terhadap susu lembu. Susu lembu yang murah biasanya mempunyai protein yang rendah. Tidak semua bayi sesuai untuk minum susu lembu tersebut. Pastikan anda memberi susu yang berkualiti tinggi terhadap bayi anda.

Pada mulanya, adalah cabaran kepada ibu bapa untuk mencuba pelbagai jenis susu dan melihat kesesuaian susu tersebut terhadap bayi. Tidak mengapa, asalkan sawan tangis dapat dielakkan.

7. Angin Dalam Badan

Punca angin dalam badan juga salah satu penyebab terjadinya sawan tangis. Biasanya angin dalam badan ini berlaku akibat alahan kepada susu dan sebagainya. Elakkan menangis juga supaya angin tidak terkumpul di dalam badan yang boleh menyebabkan sawan tangis.

8. Menangis Tanpa Sebab Yang Jelas

Biasanya bayi yang menangis tanpa sebab yang jelas juga salah satu punca terkenanya sawan tangis. Buat masa sekarang, doktor juga belum mengenal pasti 100% penyebab kepada sawan tangis ini.

sawan tangis
Imej via [kumbanews]

9. Menangis Dalam Masa Yang Tertentu Dan Tempoh Masa Yang Lama

Menangis dalam masa yang tertentu dalam tempoh masa yang panjang juga adalah salah satu punca sawan tangis. Menangis adalah cara untuk bayi berhubung dan menunjukkan bahawa mereka mempunyai masalah. Jadi, apabila bayi anda kerap menangis pastikan anda memeriksa semua keadaan bayi anda.

10. Interaksi Antara Ibu Dan Bayi Tidak Mencukupi Atau Kurang Sesuai

Punca terjadinya sawan tangis juga datang dari interaksi ibu itu sendiri dengan anaknya. Biasanya interaksi yang tidak mencukupi atau kurang sesuai juga menunjukkan salah satu penyebab berlakunya sawan tangis ini. Sebagai ibu, anda haruslah memastikan interaksi dengan bayi mencukupi dan bayi sentiasa dalam keadaan yang selesa.

Antara Cara Mengatasi Sawan Tangis Boleh Dilakukan

sawan tangis
Imej via [mybaby]

Sekiranya sawan tangis berlaku dan tidak dapat dielakkan, jangan bimbang. Atasinya dengan mudah. Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah sawan tangis.

  1. Memandikan bayi atau memberi urutan yang lembut untuk menenangkannya.
  2. Membedung bayi anda. Cara ini dapat menenangkan bayi dan bayi anda akan terasa seperti seolah-olah berada di dalam rahim. 
  3. Memberi bayi usapan dan tepukan lembut untuk menenangkannya.
  4. Memperdengarkan alunan zikir kepada bayi anda. Bayi amat menyukai bunyi yang menenangkan.

Sekiranya bayi anda terkena sawan tangis, anda haruslah banyakkan bersabar. Jangan stress. Ini merupakan ujian untuk anda sebagai ibu bapa. Jika bayi anda tidak pulih dalam masa beberapa hari, anda harus membawanya ke rawatan perubatan Islam bagi yang beragama Islam. Insyaallah semuanya akan pulih seperti sediakala!

Jom baca juga Tips redakan tangisan anak, Punca bayi menangis malam dan Sebab bayi kuat menangis.

Rujukan:

  1. my.theasianparent
  2. emedicinehealth
  3. mdruzaidaud

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.