Sanah Helwah sebenarnya merupakan perkataan yang diambil daripada Bahasa Arab. Perkataan ini merupakan ucapan yang diberikan untuk menyatakan Selamat Hari Lahir dalam Bahasa Melayu mahupun Happy Birthday dalam Bahasa Inggeris. Ucapan sanah helwah ini telah menjadi kebiasaan bagi mereka yang ingin memberikan ucapan untuk kawan rapat mahupun keluarga mereka.
Terdapat pelbagai tulisan sanah helwah seperti sana helwa, sanah helwah dan sena helwa. Walau bagaimanapun, perkataan ini tetap membawa maksud yang sama. Pada masa kini ucapan selamat Hari Lahir telah banyak digunakan dan ramai yang menggunakan pelbagai variasi Bahasa untuk memberikan kelainan ketika memberikan ucapan selamat. Jom tengok pelbagai jenis ucapan sanah helwah yang menarik.
Sanah Helwah Barakallah fii umrik. Semoga Allah memberkati usiamu.
Ucapan Selamat Hari Lahir! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Sanah Helwah! Semoga lebih banyak kegemilangan menantimu di masa-masa mendatang.
Sannah Helwah. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas. Semoga hatimu semakin bersih dan bijak. Semoga akhlakmu semakin terampil menawan dalam kebajikan.
SELAMAT HARI LAHIR! Semoga panjang umur,murah rezeki,dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.InsyaAllah.
Barakallahu fii umrik anakku. Kekal jadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu dan ayah. Dikaulah permata yang paling berharga untukku dunia dan akhirat.
Selamat ulang tahun puteraku! Semoga kuat hadapi dunia baru ini dengan penuh kejayaan dan kebaikan.
Happy Birthday anakku! Semoga akan lebih banyak kegemilangan menantimu di hari-hari yang mendatang.
Barakallah fii umrik, anakku sayang. Semoga Allah SWT memberikanmu umur yang panjang dan keberkahan dalam hidupmu. Semoga kehadiranmu selalu mampu menjadi pelipur lara kami, serta obat hati dan penyejuk hati kami.
Selamat Hari Kelahiran Buat Wahai Ibuku! Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta taufik dan hidayat daripada Allah S.W.T. Teruskan menjadi ibu yang terbaik bagi anakmu dan doakanlah kejayaan anak-anakmu.
Sanah helwah buat wanita istimewa yang Allah SWT kurniakan buat saya sebagai ibu mertua yang amat dikasihi. Beruntungnya saya dikurniakan ibu mertua yang hatinya sentiasa penuh dengan rasa kasih sayang, rendah diri dan sentiasa memilih untuk berfikiran baik pada setiap manusia dan keadaan.
Selamat Hari Lahir Ibu! Moga selamat sejahtera Ibu di dunia akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus dalam ibadah kepadaNya.
Sanah Helwah untuk ayahanda tercinta. Semoga Allah SWT memberkati ayah, panjangkan umurnya dan berikan kempurnaan kesihatan. Mohon sahabat yang membacanya Aminkan bersama doa ini.
Sanah Helwah untuk ayahanda. Semoga Allah SWT memberkati ayah, panjangkan umurnya dan berikan kempurnaan kesihatan. Mohon sahabat yang membacanya Aminkan bersama doa ini.
Sanah Helwah buat Ayah tercinta. Moga sentiasa dikurniakan umur, ilmu, kesihatan yang bermanfaat dan berpanjangan. Moga2 juga sentiasa dipelihara Allah dalam kebaikan, rahmat, taufiq serta hidayahNya. InshaAllah, amin Allahuma amin.
Sanah Hwlwah. Terima kasih telah menjadi ayah terbaik. Selamat ulang tahun ayah. Semoga usia panjangmu menjadi berkah.
Ayah, terima kasih kerana menjadikan saya seorang anak yang sentiasa berbangga dengan bapanya. Saya harap, hari istimewa ini dipenuhi dengan banyak keseronokan, kebahagiaan dan kebaikan. Selamat Hari Lahir Ayah!
Bahu ayah umpama rumah buat saya. Selamat Hari Lahir buat Ayah terbaik di dunia! Moga panjang umur, murah rezeki dan segalanya yang terbaik saya doakan. Amin
Sanah Helwah! Semoga sentiasa di bawah lindungan rahmatNya, dikurniakan keberkatan Allah serta diluaskan pintu-pintu rezeki.
Sanah Helwah! Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.
Barakallah fii Umrik. Semoga dengan bertambah usiamu, maka semakin bertambah sempurna iman serta akhlakmu.
Miladuki sa’idah. Semoga Allah selalu melimpahkan keberkahan disisa umur yang diberikan-Nya. Semoga dapat menjadi hamba-Nya yang dirindukan oleh syurga. Amin.
Sanah Helwah Sahabat! Semoga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya.
Selamat Hari Lahir Sahabat. Semoga panjang umur, murah rezeki, dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat. In Sha Allah
Sanah Helwah Bro! Semoga Allah merahmati dan memberkati hidupmu selamanya. Amin.
Sanah Helwah Sahabatku. Semoga Allah memberkati dan merahmati seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, di kayakan dengan iman, taqwa dan harta. Dikurniakan segala kebaikan dan hajat dunia dan akhirat.
Sanah helwah buat sahabat baik-ku. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, dicukupkan rezeki, diampunkan dosa dan bahagia bersama keluarga tersayang. Aminn.
Sanah Helwah Sahabatku. Semoga panjang umur,murah rezeki,dilindungi Allah selalu dan sentiasa cemerlang di dunia juga akhirat.InsyaAllah.
Sanah Helwah Sahabatku. Kaulah sahabat dikala aku sepi. Hangatkan suasana bagaikan mentari. Ambillah hikmah dari hari yang telah kita lewati. Selamat hari lahir wahai sahabat sejati.
Sanah Helwah merupakan ucapan hari lahir islamik. Sanah Helwah juga merupakan perkataan arab yang digunakan untuk mengucapkan selamat hari lahir. Ucapan Selamat Hari Lahir sememangnya telah menjadi kebiasaan bagi individu pada masa kini.
Ramai yang menyatakan ucapan sanah helwah ini untuk menghargai hari lahir seseorang.Walaupun begitu, seiring masa berlalu, ramai yang mula mempelbagaikan ucapan selamat hari lahir dengan pelbagai bahasa dari pelbagai bangsa.
Ucapan sanah helwah ini juga lebih bagus jika diletakkan bersama-sama dengan ucapan Syafakallah dan Barakallah Fii Umrik yang mendoakan keberkatan individu tersebut. Semoga ucapan ini menjadi panduan bagi anda yang ingin memberikan ucapan kepada seseorang yang anda hargai pada hari lahir mereka.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti:
Rujukan: