Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba anda sakit gigi. Dah lah tengah mengandung. Jenuh nak tahan sakit. Jangan risau. Anda boleh amalkan 20 petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung tanpa ubat tahan sakit yang berikut.

sakit gigi ketika hamil

Sumber: Blogammar

1. Tuaman air panas

Isikan air banas ke dalam botol atau anda boleh gunakan hot water bag. Tuamkan pipi pada bahagian gigi yang sakit.

2. Tuaman ais

Selain air panas, tuaman dengan ais juga sangat membantu untuk menghilangkan sakit gigi semasa mengandung. Anda boleh gunakan ais yang dibungkus dalam kain tuala atau ice pack.

3. Gambir

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.

4. Garam & lada hitam

Campuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai antibakteria, anti-radang dan pelali. Campur garam dan lada hitam dalam kuantiti yang sama dengan beberapa titik air untuk menjadi pes. Letakkan bahan ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit. Ulang setiap hari sehingga rasa sakit berkurangan.

5. Bunga cengkih

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

sakit gigi ketika hamil

Sumber: Jsdnadhrah

6. Tampuk buah betik muda

Ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan ke gigi yang sakit.

7. Daun salam & bunga cengkih

Daun salam dan bunga cengkih adalah salah satu petua hilangkan sakit gigi yang boleh anda cuba. Bahan-Bahan yang diperlukan ialah 3 biji bunga cengkih, 5 helai daun salam, dan air secukupnya. Cara membuatnya, panaskan air sehingga mendidih. Masukkan helaian daun salam dan bunga cengkih ke dalam periuk. Rebus sehingga air rebusan mendidih dan mengeluarkan aroma wanginya.

Gunakan untuk berkumur pada setiap waktu sebelum tidur, insha Allah sakit gigi anda akan semakin berkurangan.

8. Air garam & limau nipis

Rebus garam, air dan limau nipis yang dibelah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkan hingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sampai sakitnya berkurangan.

9. Daun sirih & bunga cengkih

Petua hilangkan sakit gigi yang seterusnya  adalah dengan menggunakan daun sirih dan bunga cengkih. Bunga cengkih mengandungi anti inflamasi, anti bakteria, antioksidan dan bersifat sebagai antibiotik yang boleh menyembuhkan luka dan membunuh bakteria pada gigi berlubang. Rebus kedua bahan ini, kemudian gunakan untuk berkumur-kumur. Ulang sehingga sakit gigi anda sembuh.

10. Bawang putih

Bawang putih adalah petua tadisional yang sering digunakan untuk mengubati sakit gigi. Hal ini kerana bawang putih mengandungi allicin yang bersifat anti radang mampu bertindak mengurangkan kesakitan pada gigi. Caranya ialah dengan menghancurkan dua ulas bawang putih dan garam sehingga lumat. Kemudian, lumurkan pada bahagian yang sakit selama 30 minit. Ulangi dalam 4 kali sehari jika perlu.

sakit gigi ketika hamil

Sumber: Draxe

11. Daun jambu batu

Ada 2 cara untuk anda menghilangkan sakit gigi dengan menggunakan daun jambu batu. Cara pertama, anda boleh terus mengunyah daun jambu batu. Tak lama selepas mengunyah, anda akan mula berasa kebas dimulut lalu sakit gigi anda akan hilang.

Cara kedua ialah dengan merebus daun jambu batu bersama sedikit garam dan dijadikan sebagai air kumuran.

12. Teh hitam

Teh hitam yang pekat dipercayai dapat membantu menghilangkan sakit dengan cara mengurangkan bengkak. Manakala teh pudina sesuai digunakan untuk berkumur. Selain itu, anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam untuk dituamkan pada gigi yang sakit untuk kelegaan sementara membuat temujanji dengan doktor.

13. Esen vanila

Titiskan esen vanila ke kawasan gigi yang sakit. Sakit gigi anda akan reda.

14. Asam jawa

Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

15. Tomato muda

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

sakit gigi ketika hamil

Sumber: Faizaleda

16. Bersihkan mulut sekerap yang mungkin

Muntah-muntah bukan sahaja membuatkan anda lemah, malah memberi kesan buruk pada kesihatan gigi. Muntah mengandungi asid yang mampu menghakis permukaan enamel pada gigi jika dibiarkan dalam mulut. Permukaan enamel yang terdedah menyebabkan masalah gigi sensitif. Selepas muntah-muntah, pastikan anda bersihkan mulut. Lagi baik jika anda memberus gigi.

17. Elakkan makanan terlalu panas atau sejuk

Gigi akan terasa lebih sensitif sewaktu mengandung kerana perubahan hormon  dalam badan. Elakkan makanan yang boleh menjadi punca kepada gigi sensitif seperti makanan dan minuman yang terlalu panas atau sejuk.

18. Kurangkan pengambilan gula

Jangan gunakan alasan ‘makan untuk dua orang’ untuk anda makan banyak terutamanya makanan manis danhttps://web.telegram.org/#/im tidak berkhasiat. Elakkan makanan bergula untuk kesihatan badan dan gigi.

Tukarkan gula buatan dalam makanan dan minuman kepada gula semulajadi pada buah-buahan. Pengambilan gula bukan sahaja tidak baik untuk badan, malah memberi kesan pada gigi dengan pembentukan asid pada permukaan gigi dan seterusnya membuatkan gigi berlubang.

19. Pengambilan kalsium yang secukupnya

Pengambilan kalsium yang mencukupi amat penting untuk kesihatan ibu mengandung dan anak. Kekurangan kalsium membuatkan gigi mudah berlubang terutamanya sewaktu kehamilan. Oleh itu, tingkatkan kalsium pada diet harian. Pil supplemen kehamilan hanya merangkumi 10% kalsium harian. Tambahkan kalsium pada makanan seperti yogurt, susu soya dan tauhu untuk kesihatan optimum bayi dan anak.

20. Penjagaan gusi

Selain sakit gigi ketika hamil, ibu juga amat cenderung untuk terkena penyakit gusi. Hal ini adalah disebabkan oleh perubahan hormon yang membuatkan badan kurang bertindak melawan bakteria pada gusi. Jika tidak dirawat, kesihatan gusi akan menjadi lebih teruk dan akan menyebabkan gingivitis. Lebih 50% ibu mengandung tidak terkecuali terkena penyakit ini.

sakit gigi ketika hamil

Sumber: ciroccodentalcenterpa

Itulah dia 20 petua hilangkan sakit gigi ketika mengandung yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat kepada anda.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.