Tubuh badan kadang-kadang terasa gatal saja. Apabila tengok ada kesan seperti kurap di tubuh badan. Ia terasa begitu gatal sekali sehingga ingin menggarunya tetapi takut terluka. Adakah ia kurap seperti yang kita jangkakan dan berjangkit?

Tetapi ia bukanlah kurap yang biasa kita tahu dan ia tidak berjangkit sama sekali. Ia adalah ruam Pityriasis Rosea yang kelihatan seperti kurap pada permulaannya. Oleh sebab itu, ia bukanlah penyakit yang berjangkit. Apakah ruam Pityriasis Rosea?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai ruam pityriasis rosea. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Pityriasis Rosea

Pityriasis Rosea ni ialah ruam yang terjadi disebabkan unknown reason (tidak diketahui punca). Para saintis percaya ia mungkin, mungkin ada kaitan dengan jangkita virus. Ianya tak merbahaya, ia tak berjangkit. Ia bukan tindakbalas allergic. Ia akan hilang sendiri selalunya setelah tempoh masa 6 ke 8 minggu ( lama jugak tu).

Usia yang biasa kena PR ni selalunya peringkat umur 10 – 35 tahun.
Dan PR biasa terjadi semasa PREGNANCY.

Ciri-ciri ruam Pityriasis Rose

Macam mana nak mudah kenal ciri ciri PR?

Mula mula akan keluar satu ruam yang agak bulat rupanya, selalunya di kawasan badan ( depan atau belakang). PR memang selalunya melibatkan majoriti kawasan badan, kemudian tangan/ kaki. Amat amat jarang di kawasan muka & tapak tangan / kaki. Ruam yang satu ( ruam permulaan) ini dipanggil ” herald patch” atau ” mother patch”. Herald patch ini lah yang mula mula akan ada di kulit selama tempoh 10 hari ke 2 minggu. Ruam Herald patch ini boleh rasa gatal, dan boleh bersisik ( lihat gambar).

ruam pityriasis rosea

Imej via Facebook

Selepas 2 minggu, akan mula keluar ruam ruam lain di badan. Ruam ruam ini dipanggil ” Daughter patches” .
Daughter patches boleh keluar di badan ( depan / belakang ), kaki, tangan, leher. Ianya pun boleh gatal.

Tidak semestinya akan follow giliran Herald patch — Daughter patches ini. Kadangkala, langsung tiada Herald patch, tau tau satu badan penuh ruam Daughter patches. Tapi ni jarang berlaku. Pityriasis Rosea ni gatal, dan makin gatal kalau kulit panas / berpeluh.

Tindakan selepas terkena ruam Pityriasis Rosea

Apa nak buat kalau kena PR?

Mula mula sekali, tolong JUMPA DOKTOR ya. Dapatkan diagnosis yang tepat. Posting ini sekadar utk beri input untuk general knowledge. Doktor akan pastikan betul betul, ia PR ke, atau ruam lain. PR ( sebab rupa ruamnya) memang selalu di salah anggap sebagai jangkitan kulat, atau eczema, atau psoriasis.

Boleh biarkan aja PR ni, tak bahaya. Cuma ianya GATAL. So, boleh ambil pil tahan gatal. Atau sapu apa apa lotion yang melegakan kegatalan, seperti Calamine lotion. PR punya ruam boleh jadi bersisik / dry sikit, so nak sapu krim pelembab pun boleh.

Selepas beberapa minggu ( antara 5, 6 minggu selalunya) ia akan hilang sendiri. Utk mereka yg berkulit gelap, PR punya ruam seolah olah tinggalkan parut, tapi lepas beberapa minggu lagi ia akan hilang. So PR tak ada parut, no worries.

*Jangan risau penyakit ruam Pityriasis Rosea ini tidak merbahaya. Cuma, kulit akan menjadi gatal-gatal dan jika kerap digaru akan meninggalkan luka. Jadi, cepat-cepat pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan krim gatal atau pil tahan gatal. Semoga info ini memberi manfaat kepada kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.