Jom cuba resepi sup tulang ini.

Siapa yang suka makan sup tulang? Pada hari raya qurban misalnya jikalau dapat bahagian tulang memang sedap sangat untuk dibuat sup. Sup tulang ala Thai misalnya, pernahkah anda cuba hidangan ini?

Sup ini menggunakan bahan-bahan yang sederhana dan yang membezakan sup tulang ala Thai ini dengan sup lain ialah kerana sup tulang ini menggunakan daun limau purut. Di mana daun ini sangat berperan dalam memberi rasa dan aroma khas limau dalam sup.

Rasanya sangat menarik, apalagi dengan adanya daun limau semakin membuat kita ingin makan hingga tetes kuah terakhir. Sangat menyegarkan tekak. Resepi sup tulang daripada Noorlela Hasri‎ di Facebook ini mendapat perkongsian sangat ramai. Tunggu apa lagi, jom cuba resepinya.

Resepi Sup Tulang Ala Thai

sup tulang ala Thai

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Bawang putih 6-7 ulas (tumbuk lumat)
  • Bawang besar sebiji (belah 4)
  • Daun limau purut
  • Cabai melaka 3-4 biji
  • Serai 2-3 batang (ketuk)

Cara Memasak :

  1. Rebus tulang dengan halia, lengkuas dan sebiji bawang besar belah 4, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Rebus bagi empuk.
  2. Tumis bawang putih sampai kuning, masukkan bahan-bahan lain.
  3. Masak bagi layu daun limau purut.
  4. Kemudian letak bahan dalam sup yang direbus tadi.
  5. Bagi daging empuk dulu baru letak bahan.
  6. Tomato sebiji belah 4.
  7. Asam limau (limau nipis) sebiji (ambik air)
  8. Sos ikan 2-3 sudu.
  9. Perasakan dengan garam dan aji.
  10. Akhir sekali letak batang saderi.
  11. Tutup api. siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi sup tulang ala Thai, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.