Ketahui cara mendapat rezeki berkat.
Bagi kelangsungan hidup di dunia ni, kita perlulah berusaha mencari rezeki bagi mengisi perut kita dan ahli keluarga. Wang tak akan turun dari langit jika kita hanya duduk berpeluh tubuh saja.
Dengan kudrat dan kesempurnaan tubuh yang Allah berikan kita mestilah berusaha. Namun, ada garis panduan yang perlu kita turuti untuk mencari rezeki. Sumber rezeki tu mestilah halal dan berlandaskan syariat agama.
Apabila rezeki yang dicari berkat, kita akan nampak tanda-tandanya. Antaranya ialah:
Begitu hebatnya kesan mendapat rezeki yang berkat. Ia bukan dirasai oleh diri sendiri saja, malah ahli keluarga yang lain kerana menjadi darah daging. Hasil yang diberkati membentuk diri menjadi manusia yang terbaik. Jika sebaliknya, kita akan jauh tersasar.
Justeru, dalam artikel ni penulis berbesar hati ingin berkongsi dengan anda semua cara untuk mendapat rezeki yang berkat. Sebenarnya, jika kita ikut lunas-lunas agama, tak sukar untuk melakukannya. Jom baca!
Walau sesibuk manapun, jangan lupa solat pada awal waktu. Jika kita ingkar dengan perintah pemberi rezeki yang agung, bagaimana kita pula nak meminta rezeki? Pastikan solat 5 waktu tak tertinggal. Jangan lupa berdoa selepas solat.
Jika sanggup bangun awal pagi ke pejabat tetapi solat subuh culas, bagaimana rezeki nak berkat? Selain itu, anda juga digalakkan untuk membuat solat-solat sunat yang lain. Paling penting, jangan lupa bayar zakat fitrah.
Tak kiralah apa pun jawatan anda, untuk mendapat rezeki yang berkat anda perlulah menjadi pekerja yang jujur. Jangan kerap datang lambat tanpa alasan yang kukuh. Tepati waktu kerja yang diberikan dan jangan berat tulang.
Jangan sesekali menggunakan pangkat dan kuasa untuk menindas pekerja-pekerja bawahan. Jadilah seorang ketua yang berdedikasi dan disenangi oleh orang lain. Sentiasa bersedia mendengar luahan dan masalah pekerja. Jika perlu bantu, usahakan.
Ada macam-macam pekerjaan di dunia. Yang baik dan yang buruk. Pilihlah pekerjaan yang memberi manfaat kepada diri sendiri, ahli keluarga dan orang lain. Tak semestinya anda perlu menjadi seorang doktor, guru, polis dan sebagainya.
Apa saja pekerjaan misalnya peniaga burger, tukang sapu waima pemandu teksi juga merupakan pekerjaan yang baik. Jangan disebabkan sibuk mengejar kekayaan dengan cepat, anda terjerumus menjadi penjenayah, pengusaha disko dan sebagainya.
Insan-insan yang tak pernah lupa mendoakan kita tentunya ibu bapa. Walaupun anda merupakan seorang pakar bedah terkemuka di dunia, tanpa doa mereka tentunya anda tak akan berjaya. Doa orang tua kita tiada hijabnya. Oleh itu, sayangilah mereka.
Jika mampu, berilah wang belanja setiap bulan untuk memudahkan urusan harian mereka. Jika kurang mampu, rajinkanlah diri menjenguk dan bertanya khabar melalui telefon. Ada ibu bapa yang tak pentingkan wang ringgit, yang mereka nak ialah kasih sayang anak-anak pada usia senja.
Pertama sekali, anda perlulah bertanya khabar adik-beradik sendiri. Adakah mereka cukup makan pakai? Bantulah adik-beradik yang dalam kesusahan. Jika ada yang kurang mampu, jangan pandang rendah.
Kemudian, jika ada rezeki lebih bolehlah bantu jiran tetangga yang memerlukan bantuan. Ramai insan-insan yang hidup serba kekurangan di luar sana. Antaranya ialah ibu tunggal, anak-anak yatim dan gelandangan. Bantulah seikhlasnya.
Jangan sesekali menjadi pendengus dan suka merungut jika ditimpa masalah. Cuba fikirkan, sebegitu banyak nikmat yang Allah berikan, adakah kita bersyukur? Nikmat wang ringgit, kesihatan, makanan yang enak-enak, kenalan yang baik dan sebagainya.
Oleh itu, jika ditimpa kesusahan, anggaplah ia sebagai ujian yang Allah turunkan untuk menguji kita. Allah menguji bukan sebab benci tetapi untuk meningkatkan ketakwaan kita. Sentiasalah ucap ‘alhamdulillah’ dalam apa jua keadaan pun.
Kita sering melakukan kesilapan dalam hal ni. Kita mementingkan hubungan dengan Allah, tu perkara yang terpuji dan mulia. Tak pernah tinggal solat, suka bersedekah, puasa cukup sebulan dan tak pernah lupa mengaji al-Quran.
Namun, ada satu hal yang kurang. Kita lupa menjaga hubungan dengan manusia. Tanpa kita sedari, kita selalu menyakitkan hati jiran tetangga, suka mengumpat kawan-kawan. Kita haruslah menjaga hubungan siratulrahim dengan sebaik-baiknya.
Mana tahu, ada di antara mereka yang sering mendoakan disebabkan kebaikan kita. Jangan sesekali bersikap pendendam hingga menimbulkan pergaduhan. Pastikan jaga tutur kata dan sentiasa mendoakan semua orang.
Haiwan juga merupakan makhluk Allah. Jika terserempak dengan kucing atau anjing di tepi jalan, anda boleh memberikannya makanan. Jika sedang menikmati hidangan dengan ahli keluarga di restoran, kadangkala kucing-kucing suka mendekati.
Jangan halau atau tendang mereka, berikan sedikit makanan anda. Begitu juga jika nampak haiwan yang tercedera atau sakit, bawalah mereka ke klinik haiwan. Percayalah, dengan izin Allah, haiwan-haiwan tersebut akan mendoakan kita atas kebaikan yang dibuat.
Salah satu cara yang boleh dibuat ialah memberi bantuan di masjid atau surau untuk membersihkan kawasan secara sukarela. Anda juga boleh membantu pihak masjid membasuh telekung solat dan sejadah. Keluarkan kos sendiri untuk membasuh atau mendobi.
Setakat ni saja perkongsian penulis tentang cara mendapat rezeki yang berkat. Rasanya kesemua 9 tips yang dikongsikan tak sukar dilakukan. Yang penting kita ikhlas dan berazam untuk mencari keberkatan rezeki.
Jangan lupa kongsikan artikel ni dengan orang lain. Jika ada cara lain untuk mendapat rezeki yang berkat, bolehlah dikongsikan dengan kami.
Jemput juga baca artikel punca hilang keberkatan rezeki, jeis-jenis rezeki dan punca kurang rezeki