Ingin mencari vacuum robot yang sesuai dengan anda? Jom baca review tentang vacuum robot ROIDMI EVE Plus Xiaomi ini dulu. Kami telah berpeluang untuk mencuba dan memberi review tentang vacuum ini.

Ia merupakan sebuah vacuum pintar yang sangat lengkap kemudahannya dan mempunyai sistem steril. Berdasarkan review di Shopee dan laman lain, vacuum robot ini adalah antara yang mendapat komen dan feedback yang positif. Boleh baca SINI tentang produk ini untuk komen-komen yang diterima.

Tidak dapat dinafikan, salah satu jenama vacuum robot terbaik adalah ROIDMI EVE Plus Xiaomi. Kami agak teruja apabila menerima parcel yang dihantar.

Vacuum robot ini dihasilkan bagi memudahkan aktiviti mencuci dan membersihkan rumah tanpa perlu meluangkan masa dan tenaga. Dengan menggunakan vacuum robot ini, masalah kebersihan rumah akan selesai dengan mudah dalam masa yang pantas.

Spesifikasi ROIDMI EVE Plus

Vacuum ini mempunyai spesifikasi seperti berikut:

  • Berat: 2.7kg+3.6kg (Perumah untuk habuk dan vacuum)
  • Tempoh Waranti: 12 Bulan
  • Kapasiti Isi Padu: 300mlVoltan
  • Input : 240V
  • Tempoh Operasi : 250mins
  • Penggunaan Kuasa: 850W
  • Kuasa Sedutan : 2700

Ciri-Ciri Vacuum Robot ROIDMI EVE Plus

Perbezaan vacuum robot ROIDMI EVE Plus dengan robot vacuum yang lain adalah dari rupa bentuk, jumlah kuasa dan kualiti fungsinya. Jom lihat beberapa ciri vacuum robot ROIDMI EVE Plus ini.

1. Sistem Automatik – Robot

Robot vacuum ini menggunakan ciri automatik dimana ia akan membantu anda menyapu sampah, vacuum dan juga mengemop rumah. Robot ini juga bergerak mengikut ciri yang telah ditetapkan iaitu menggunakan pergerakan lurus atau zigzag. Dengan itu, anda tak perlu menggerakkan mop, vacuum ataupun menyapu sampah secara manual lagi.

Robot ini juga mempunyai sistem pensterilan. Pensterilan yang dimaksudkan adalah pengosongan kendiri dimana debu-debu kotoran tidak akan memberi masalah kepada vacuum robot ini. Robot vacuum ini akan membersih dengan baik, memastikan ia kosong dan mensterilkannya sendiri serta menyahbauan. Semuanya berfungsi secara automatik, hebat bukan?

2. Penjagaan Rapi Yang Automatik

Dengan adanya pembuangan kotoran automatik, lebih bersih dan mudah untuk kotoran disapu. Selain itu, fungsi vacuum serta mop lantai juga dapat dilakukan dengan baik. Ia juga dapat melindungi robot vacuum itu sendiri seperti tangki sampah terjaga dengan baik tanpa sebarang masalah.

3. Alat Kawalan Jauh

Jangan bimbang untuk menguruskan vacuum robot ini, ianya mudah diguakan. Butang Power, Spot dan Dock (untuk pulang ke rumah). Ia turut mempunyai apps di handphone yang mudah dikawal. Jika inginkan robot vacuum ini berhenti atau bergerak, anda boleh sahaja mengawal menggunakan apps ini

Anda hanya perlu mengdownlaod app ROIDMI. Kami sangat teruja tentang fungsi ini. Kami dapat mengarah vacuum ini melakukan tugasan dari jauh sahaja, sambil melihat televisyen ataupun daripada katil. Memang terbaik!

4. Teknologi Pintar – LDS

Robot Roidmi Xiaomi sangat pintar kerana ia mempunyai teknologi LDS yang berfungsi menunjukkan jalan untuk robot tujui. Ia bukan sahaja sekadar bergerak mengikut gerakan yang panjang atau berulang. Oleh itu, sekiranya bilik bertingkat, robot Roidmi Xiaomi ini juga akan ke bilik anda dan tidak berpusing pada satu tempat.

Terdapat banyak lagi ciri Vacuum Robot terbaik ini yang bakal membantu anda membersihkan rumah. Jom lihat apakah fungsi dan kegunaannya pula.

Kegunaan Dan Fungsi Vacuum Robot ROIDMI EVE Plus

1. Cucian Kering Dan Basah

Robot Roidmi Xiaomi tidak hanya mempunyai fungsi menyapu, tetapi boleh mengemop. Daripada cucian kering sehingga cucian basah juga lengkap disediakan. Untuk pengetahuan anda, robot ini menyediakan tangki air 250 ml dan ia cukup untuk membersihkan bilik sehingga 250 meter persegi. Mudahnya kerja!

2. Keperluan Pembersihan Yang Lengkap

Vacuum robot Roidmi Xiaomi ini mempunyai pangkalan pengisian beg sampah 3 Liter untuk kegunaan pembersihan. Apabila ia penuh, paparan LED akan mengeluarkan isyarat untuk perlu diganti. Robot ini juga memiliki alatan asas pengisian seperti pembersihan antibakteria, penyahbauan ozon dan pembersih beg debu pembersih vakum. Sebagai contoh, pangkalan pengisian mempunyai beg sampah tiga liter. Apabila mengisi, paparan LED memberi isyarat perlunya menggantinya.

3. Mempunyai 2 Fungsi Utama: Menyapu Dan Mop

Satu robot ini boleh menjalankan 2 tugasan iaitu menyapu dan mop. Ia menyapu di setiap ruang, sudut dan penjuru dimana robot ini dapat memuatkan diri ke setiap bahagian. Ia akan membersihkan secara menyeluruh. Ketika menyapu, sampah kotoran dan debu akan diangkat dengan rapi dan kemas.

Habuk dan debu akan disedut dengan baik di dalam pengisian sampah. Ia berfungsi dengan lancar dan laju. Robot vacuum akan bergerak seperti biasa sambil vacuum kotoran habuk yang ada.

Bagi fungsi yang kedua, Robot Xiaomi ini akan mengawal pencucian yang basah dari segi air cucian yang diperlukan, membilas dan mengemop lantai rumah anda. Proses mengemop lantai ini menjadikan lantai lebih licin dan bersih.

4. Pelbagai Sensor Keselamatan

Terdapat banyak sensor keselamatan pada vacuum robot ini. Sensor anti langgar menyebabkan robot dapat kenalpasti akan barang-barang besar yang ada di depannya supaya tidak terlanggar, manakala sensor anti jatuh pula akan menghalang robot dari terjatuh dari tempat tinggi seperti tangga dan sebagainya. Selain itu, ia juga mempunyai sensor pecutan, steril, radar dan mod turbo dan senyap.

Vacuum robot ROIDMI EVE Plus Xiaomi ini sangat menarik digunakan kerana ia mudah dikawal, berkualiti tinggi dan mempunyai nilai antarabangsa, pilihan dunia. Pakej vacuum robot ini terdiri daripada Robot Vacuum Cleaner, Side Brush , Single-use mop, Automatic Suction Station, tangki air dan Dust Bag. Anda boleh mendapatkan waranti bagi tempoh 2 tahun. Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Jika tanya kami patit beli atau tidak, jawapannya adalah ya.

Untuk maklumat lanjut yang lain boleh sahaja ke laman web utama ROIDMI .

Penulis: Lily Izzuan

Seorang yang simple dan berpegang pada prinsip bahawa sesuatu yang baik itu perlu dikongsi. Merupakan salah seorang penyumbang artikel di Bidadari.my. Mencari artikel yang menarik yang ada.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.