Rasa-rasa macam nak masak menu special hari nih? Nak cuba hidangkan lauk dari normal kebiasaannya? Apa kata cuba masakkan Udang Masak Diraja untuk yang tersayang. Pasti mereka gembira tak terhingga. Rasanya enak sangat tambah-tambah dengan gabungan lengkuas, halia, serai, cili kering dan perahan santan. Memang marvellous lah. Ala-ala macam rendang tapi bukan rendang tau.
Tapi ingat tau, apa-apa masakan pun nak lagi sedap, bahan mentah yang digunakan hendaklah segar. Antara tips nak pilih udang segar untuk masak menu Udang Masak Diraja ini adalah udang nampak berkilat dan nampak kenyal. Tekan sedikit pada udang tersebut. Kalau sudah lembut dan lembik maksudnya udangnya dah tak segar.
Jom lihat resepi yang dikongsi kan oleh Aryati Sarah di laman muka buku. Resepi ini mendapat perhatian dari ramai orang tau. Bukan biasa-biasa ya. Apa lagi jom tengok dan mencubanya. Pasti takkan menyesal. Pasti kena puji dek suami nanti.
1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan
5. Masukkan santan pekat, serbuk kunyit dan asam keping
6. Perasakan dengan garam, gula, perasa (pilihan) Dah siap.
Hanya dengan 5 langkah sahaja dah siap satu menu lauk. Tapi ingat jangan masak lama sangat nanti hilang rasa segar udang tuh. Apa lagi jangan lupa mencubanya dan kongsikan resepi Udang Masak Diraja ini dengan yang lain ya. Resepi lain pun kami ada ya kalau nak mencuba lagi resepi-resepi baru. Selamat mencuba ya.