Apa menu makan tengahari anda hari ini? kami cadangkan buat resepi tom yam ayam pekat.

Resepi tom yam ayam yang pekat memikat, rahsia memikat hati encik suami sekali dengan mak mertua dan seluruh ahli keluarga. Sekali anda cuba resepi ini konfirm ramai yang ketagih tom yam anda.

Rahsia kelazatan tom yam ayam terletak pada kuahnya. Makin pekat kuah, makin lazat rasa tom yam. Bila makan mesti ingin hirup semua kuahnya.

Tanpa tunggu lama, mari tengok resepi tom yam ayam pekat mudah sangat-sangat oleh Nurul Shazalina Zainudin yang dikongsikan di laman Facebook. Bahan tanpa menggunakan seafood ya. Selamat mencuba.

Resepi Tom Yam Ayam Pekat

tomyam ayam

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ayam,
  • Bawang merah,
  • Bawang putih,
  • Cili kering,
  • Serai,
  • Perencah tom yam,
  • Perencah asam pedas,
  • Perencah kiub tom yam,
  • Daun limau purut,
  • Garam,
  • Hirisan cili padi,
  • Sebiji lemon.

Cara-cara :

  1. Blend bawang merah, bawang putih, serai dan cili kering yang sudah direbus.
  2. Tumis bahan blend.
  3. Masukkan ayam. Gaul sebentar sehingga separuh masak. Kemudian tambahkan air.
  4. Masukkan satu peket perencah tomyam adabi, satu peket perencah asam pedas adabi, dan satu kiub tomyam adabi.
  5. Masukkan sekali daun limau purut.
  6. Tambah garam sedikit. Jika ingin pedas, masukkan hirisan cili padi.
  7. Setelah masak, perah sebiji lemon. Tutup api. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi tom yam ayam pekat , kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.