Resepi Thai Milk Viral (Boleh Bikin Ketagih)
Resepi minum petang yang pernah viral. Sekali saja cuba gerenti anda akan ketagih dibuatnya. Nama menu ini ialah Thai milk, minuman yang popular dalam…

Resepi minum petang yang pernah viral. Sekali saja cuba gerenti anda akan ketagih dibuatnya. Nama menu ini ialah Thai milk, minuman yang popular dalam kalangan artis-artis. Diperbuat dengan susu cair, susu pekat, jelly dan biji selasih. Sedap sebab bau wangi dari jelly raspberry dan lemak-lemak susu cair. Layaknya minuman viral, jika beli satu bungkus boleh tahan juga harga dia walaupun tidak mahal sangat. Tapi kalau ingin buat sendiri lagi berbaloi. Thai milk versi Eda Harun ini padu dan terasa lemak-lemak manisnya. Tidak hairanlah resepi Thai milk ini mendapat perkongsian amat ramai.
Resepi Thai Milk Viral

Imej via Facebook
Bahan-bahan :
-
1 tin susu cair carnation (brand ini sangat sedap sebab padu dia punya rasa lemak).
-
2 sudu susu pekat.
-
1 paket kristal Jelly Brand Nona (Perisa Raspbesi). Bekukan dan potong dadu/panjang ikut suka.
-
1 sudu biji selasih. Rendam hingga kembang dan toskan.
-
1 mangkuk ais.

Imej via Facebook
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk berisi ais.
- Susu pekat boleh diselaraskan ikut kehendak masing-masing.
- Kerana jelly sudah manis letak susu pekat sedikit saja.
- Siap. Sedap diminum petang-petang.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi Thai milk, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.