Tepung talam gula merah ini adalah kuih yang sangat senang untuk didapati di pasar malam berhampiran dengan rumah kita. Ianya juga sangat murah dan sedap. Kuih ini sangat digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berada di Malaysia. Rasa kuih tepung talam gula merah yang sedap ialah manis dan berlemak. Semakin berlemak kuih ini semakin sedaplah ia.
Tetapi, tahukah anda kuih ini adalah antara kuih yang mudah dan sangat sesuai untuk dibuat di rumah memandkan ianya tidak memerlukan bahan dan masa yang diambil untuk membakarnya tidaklah memakan masa yang lama. Jadi mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat kuih tepung talam gula merah yang manis dan sangat berlemak.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Azlin Fazlina dan telah mendapat banyak like dan komen yang memberangsangkan di Facebook.
Lapisan bawah (gula merah)
Nota: Masukkan bahan * sehingga larut, kemudian tapis dan masukkan tepung. Kacau sebati dan kukus dalam 15 minit. Lorekkan bahagian atas sebelum tuang lapisan putih.
Lapisan atas (putih)
Nota:
Selain daripada resepi Tepung Talam Gula Merah ini, terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda ya!