Resepi Tauhu Kukus Goreng Viral (Sedap Sangat)
Antara resepi viral lain yang akan kami kongsikan pada tulisan kali ini ialah tauhu jepun kukus. Hidangan viral yang memikat hati orang ramai. Hidangan…

Antara resepi viral lain yang akan kami kongsikan pada tulisan kali ini ialah tauhu jepun kukus. Hidangan viral yang memikat hati orang ramai. Hidangan ini menggunakan tauhu jepun dan sedikit tauhu biasa. Namun apabila dimakan terasa lembut tauhu jepun lebih dominan semasa digigit dan lumat dalam mulut. Tauhu dikukus terlebih dulu sebelum digoreng. Tujuannya dikukus ialah supaya tauhu jadi lembut, maka masa gorengnya pula tidak perlu lama sehingga tauhu tidak garing dan terlampau keras. Zie Aries berkongsikan resepi tauhu kukus yang viral di Facebook. Jom cubakan resepinya sekarang.
Resepi Tauhu Kukus Goreng

Imej via Facebook
Bahan-bahan :
- Tauhu jepun,
- Tauhu biasa yang lembut,
- Daging kisar,
- Cili api,
- Bawang merah,
- Daun bawang dan daun sup,
- Telur,
- Lada hitam,
- Serbuk lada putih,
- Garam dan serbuk perasa.
Cara-cara :
-
Potong kecil-kecil tauhu jepun dan tauhu biasa.
-
Hiris halus cili api, bawang merah dan daun sup.

Imej via Facebook
-
Gorengkan daging kisar tanpa minyak terlebih dahulu.

Imej via Facebook
-
Kisarkan tauhu lembut, tauhu jepun dan telur sehingga halus.
-
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi ke dalam bekas.
-
Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dihiris halus bersama daging, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa.

Imej via Facebook
-
Masukkan ke dalam acuan.

Imej via Facebook
-
Kukus lebih kurang selama 20 minit.
-
Siap dikukus, biarkan sejuk seketika kemudian masukkan ke dalam telur yang telah dipukul.

Imej via Facebook
-
Kemudian goreng sehingga agak kekuningan.
-
Siap.

Imej via Facebook
Resepi Menarik Lain
Selain resepi tauhu kukus, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.