Siapa pernah buat taufu fa segera guna air kotak soya tapi hasilnya tidak gegar, tidak lembut, jadi pejal macam puding atau agar-agar? Pada perkongsian resepi ini kami akan ajar anda cara membuat taufu fa macam pasar malam punya, lembut, dan menyelerakan, laju menuruni tekak dan menyamankan.

Resepi yang dikongsikan oleh Nieza Nor Hamnira di laman Facebook ini menggunakan 3 bahan juga, sama macam bahan resepi lain. Cuma, ada perkara yang anda terlupa masa tengok resepi yang berlegar itu.

Mesti anda ingin tahu sangat bukan? Jom baca resepi perkongsian taufu fa simpel anti gagal di bawah ini. Selamat mencuba.

Resepi Taufu Fa Simpel

taufu fa

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 2 kotak susu soya 1 liter.
  • Agar-agar tali 8 gram sahaja. (**Dekat step ini yang selalu salah sebab beli sepeket, kerana ada yang berat 10 gram, ada yang 20 gram, jangan hentam terus masuk sepeket ikut resepi itu, patutlah berdentum).
  • Air 1 cawan,
  • Daun pandan simpul kalau ada.

Cara-cara :

  1. Masak air dan agar-agar di atas dapur sehingga semuanya cair dan tidak nampak tali agar-agar tadi.
  2. Kemudian, tuang 2 kotak air soya. Biar mendidih.
  3. Lalu, tapis dan masukkan dalam bekas besar (sebab nanti cedok depan mata ala-ala pasar malam ke dalam bekas yang kecil).
  4. Tunggu 3 jam lebih.
  5. Masukkan ke dalam peti ais, atau biar pada suhu bilik pun boleh.
  6. Sementara itu, buat air gula merah atau gula putih.

Cara Menyediakan Air Gula:

  1. Masukkan 5 sudu besar gula (putih atau gula merah) dan 1 cawan air masing-masing.
  2. Panaskan atas dapur.
  3. Agak-agak sudah mendidih, ketepikan. Kalau air gula merah, mungkin kena tapis dulu.

    taufu fa

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain taufu fa , kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.