Selalunya biskut Florentine dibuat nipis dengan alas paper cup sebagai acuan, jadi garing bila dimakan. Namun pada perkongsian kali ini, kami akan hadirkan versi lain dari florentine. Baca tajuk pun sudah tahu, ya versi kali ini anda harus menyediakan kulit tart. Di mana bahan-bahan adunan tepung dan kekacang florentin akan dijadikan filling dalam kulit tart tersebut.

Idea yang menarik bukan? Untuk memudahkan kerja, anda boleh beli kulit tart sedia ada di kedai bakeri. Atau jika rajin tidak kisah pun jika anda ingin buat kulit tart sendiri. Lebih berbaloi bukan?

Mas Intan Masman berongsikan resepi mudah dan ringkas Florentine tart. Jika ada masa lapang boleh lah cuba buat makanan ini. hidangkan untuk pencuci mulut amat sesuai. Selamat mencuba.

Resepi Tart Florentine

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Kulit tart boleh beli di kedai kek.
  • Beli kekacang yang disuka.
  • Tepung florentine.

Cara-cara :

  1. Kekacang disatukan dengan tepung florentine.Gaul-gaul.
  2. Terus cedok adunan dan masukkan dalam kulit tart.
  3. Bakar pada suhu 120°C-150°C dengan api atas bawah selama 15-20 minit ikut oven masing-masing. Masa bakar itu kena rajin juga tengok, takut hangus.
  4. Tengok kalau sudah keperangan maknanya tart sudah masak.
  5. Keluarkan dan terus lorengkan dengan coklat cair.

    Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain florentine tart, kami menulis resepi lain dan menarik untuk anda cubakan. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like ya.

Penulis: Rahayu Z

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.